+6

109 9 7
                                    

" jadi, kau buat plastic surgery kat hidung ke ?"

umji gelak kuat mendengarkan pertanyaan yang meluncur laju dari mulut minhyuk sebaik saja jejaka itu sampai di tempat kebiasaan mereka melepak malam itu, kedai serbaneka.

kalau takda hal, memang ketiga sekawan itu akan melepak di situ sambil menikmati ramen berserta soju dua tiga botol.

tapi yang minum cuma umji dan hwawa. pstt, minhyuk tak pandai mabuk hahah.

pertanyaannya yang tak berlapik itu mengundang marah hwawa. mahu saja dilempar ramen yang sedang direndam dengan air panas itu ke muka minhyuk.

biar melecur kulit cantik yang tak sesuai dengan dia yang bernama LELAKI.

" serius doh. kau buat plastic surgery ke apa."

mendengarkan lagi soalan itu berserta muka minhyuk yang sememangnya jujur menyangka hwawa membuat pembedahan hidung buatkan umji hampir jatuh kerusi kerana gelak.

" dahlah sia. aku balik kang." ugutan hwawa meredakan gelak umji. dia membetulkan duduknya.

" ok.. ok. aku stop. tapi sumpah kelakar. plastic surgery HAHAHAH hmm HAHAH. bodohlah minhyuk, kau funny sial malam ni." walaupun cuba untuk berhenti, umji tau dia tak mampu.

baginya semua itu masih lucu dan tetap lucu untuk esok hari bahkan perkara ini akan melucukan hatinya untuk seminggu. silap-silap sebulan pun tak habis weh.

" amenda sia." minhyuk blur.

hwawa pula nampaknya hilang sabar. dia bingkas bangun sambil mencapai kunci vespa dan mangkuk ramen yang masih tunggu masa mengembang.

" WEH YE OK. AKU STOP. OK DAH."

umji menahan lengan hwawa. tawanya juga hilang. cepat-cepat dia rampas mangkuk ramen di tangan hwawa dan bantu gadis itu duduk semula ke atas kerusi plastik.

hwawa mengibas rambutnya. walaupun dia duduk balik, marahnya masih belum hilang. plaster di hidung dibetulkan sikit pabila dirasa seakan ingin tertanggal.

" hello.. takda yang nak cerita kat aku apa jadi ke ? ke nak aku sebut balik pasal plastic surgery and minah putus suis ni akan gelak sampai esok ?"

mendengarkan lagi ayat minhyuk buatkan umji ingin ketawa semula. tapi ditahan. demi hwawa.

" hidung aku ni dah cantik auto mancung. kau dah kenapa ingat aku nak buat plastic surgery ?" tanya hwawa pula sedikit berang.

" aih manalah tau kau bosan jadi mancung. tiba-tiba nak penyekkan pulak."

kali ni umji tak boleh tahan ketawa dia. habis terburai keluar. ditepuk bahu minhyuk berkali-kali.

" kau kelakar jai malam ni sumpah kelakar hahahahah."

minhyuk buat muka annoying sambil menepis nepis tepukan umji. bila dia perasan ada sebotol soju sudah habis, barulah dia paham kenapa umji mudah terhibur malam ni.

" siapa buat dia patah hati ?" tanya minhyuk separa bisik kepada hwawa. umji di sisi masih ketawa tak sudah sudah.

" cikgu sekolah kita. ingatkan single, rupanya dah kawin. anak tiga pulak tu." beritahu hwawa tak berperasaan.

dibuka penutup ramen yang dalam rendaman air panas tadi. nampaknya dah mengembang dengan baik. perencah aku mana pah !

" cikgu sekolah kita mana pulak. bukan semua memang dah kawin dah bercucu dah nak monopos pun. takkan umji nak try."

" ada cikgu baru. ish malaslah aku nak citer. bagi aku makan dulu boleh tak. aku lapar."

hwawa mengaul rata perencah ramen sebelum menyuap beberapa gulung menggunakan chopstick.

minhyuk menggelengkan kepala. dipandang umji yang mempunyai sisa tawa tak putus. diacah nak pukul tapi umji balas dengan gelak.

ini betul patah hati ni.

" kau tu kenapa pulak. hidung tu."

hwawa mengisyaratkan minhyuk tunggu sekejap untuk dia habis telan kunyahan ramen. kemudian baru dia cerita,

" ni.. ada budak pijak muka aku."

" jap, macammana.." minhyuk cuba membayangkan. budak pijak muka hwawa. budak kecik ke ? anak buah dia ?

" ok.. kisah dia macamni..."

dengan itu, segala hal yang berlaku pada siang hari tadi habis hwawa ceritakan termasuklah kisah menghayat hati yang berlaku di antara umji dan cikgu park.

umji sangkakan cikgu park masih single. paling tak pun, masih bujang tidak berstatus suami orang.

tapi dia silap, cikgu park sudah berkawin bahkan mempunyai anak tiga orang. satu lelaki dan duanya perempuan.

macammana umji tau ? cikgu park sendiri yang tunjuk gambar dia sekeluarga sambil bercerita betapa sayangnya dia akan mereka.

time tu juga umji tak pikir lama, terus block cikgu park di laman sns.

walaupun umji tau dia boleh je cari lelaki lain, tapi hati siapa yang tak kecewa. dahlah minah tu sanggup beli sepasang baju sukan baru untuk hari ini.

sekali yang nak ditackle laki orang dahhh.

kalau tadi umji gelak terbahak-bahak, kali ni minhyuk pulak. dia ketawa kaw kaw punya siap pandang umji lepastu tunding jari tanda padan muka dan umji yang mabuk pun ketawa tanpa mengetahui minhyuk tengah gelakkan dia.

" HAHAHAH BODO HAHAHAHA."

botol soju kedua sengaja dihulur untuk umji minum. umji terus capai dan diteguk. cawan plastic yang berada di atas meja cuma dijadikan hiasan.

hwawa hanya menggelengkan kepala. lantaklah dorang. perutnya yang perlu diisi lebih diutamakan.

sambil makan sambil hwawa terfikir sesuatu. walaupun dia sudah cerita segalanya pada minhyuk, tapi ada satu hal yang dia tak ceritakan lagi. bahkan umji pun tidak tahu.

ye, cerita pasal .. choi-soobin-

satu notification terpancul pada skrin iphone miliknya. hwawa lihat.

binbinchoi is following you

ANAK IKAN MAK | SOOBIN TXTWhere stories live. Discover now