+8

103 8 1
                                    

memerhati baki simpanan akaun bank secara online, hwawa tahu kalau dia tidak mencari duit tambahan.. dia tidak akan mampu teruskan kehidupan untuk sebulan lagi.

diperhati umji yang nyenyak tidur dengan mulut ternganga luas bagai tiada sebarang perkara yang perlu dirisaukan.

heh, umji anak orang kaya. apa je dia nak risaukan bila semua keperluan dia boleh dipenuhi sekelip mata.

kecuali teman lelaki. rasanya cuma ini satu-satunya kelemahan umji di sebalik hidupnya yang serba mudah.

entah tak tau mana kurang dia. walaupun umji tidak selawa hwawa ( ceh .. ) tapi umji masih lawa. tipulah takda yang cuba memikat hati dia.

tapi rasanya tu la kot masalah umji. dia memilih. kalau tak, takdalah dua jomblo dalam bilik sewa tu sekarang.

ah berbalik soal duit tambahan. umji kata dia boleh je bagi hwawa segala duit yang dia ada. kalau hwawa taknak terhutang budi, jadi saja bibik umji dan anggap semua wang itu sebagai gajinya.

selain rasa nak debik umji, hwawa menolak pelawaan itu kerana merasakan terlalu banyak hal yang dia telah susahkan umji.

dia taknaklah satu hari nanti duit ni jadi punca mereka bergaduh. so yeah, lebih baik wang yang dicari dari hasil usahanya sendiri. tanpa bantuan, tanpa sebarang saluran tersembunyi.

papan kekunci komputer ditekan bertalu talu. hwawa mula mencari pekerjaan secara atas talian. agak-agak ada tak kerja kosong yang boleh dia lakukan dengan gaji yang agak lumayan ?

nasib menyebelahi, satu perkerjaan yang menepati kriteria yang dia inginkan muncul di depan mata.

cikgu tuisyen + gaji usd xxxx.xx
masa mengajar 1 ke 2 jam
sabtu ahad cuti
+baucer kedai runcit pak samad
jika berminat, sila hubungi : +82xxxxxxxxxx (puan lee)

" wow daebak ! sabtu ahad cuti tu yang penting tu HAHAHAH."

hwawa terus mencapai iphone nya. dia tidak mahu melengahkan masa. dia ingin grab pekerjaan itu. menjadi guru tusyen ? hal yang mudah untuk bekas pelajar cemerlang seperti dia.

semua macam cungkil gigi katakan, hahah.

selesai menyalin nombor telifon yang tertera, hwawa membatalkan niatnya yang ingin menghubungi puan lee tersebut. baru dia perasan,

sekarang 3 pagi siot.

lain macam request jadi cikgu pukul 3 pagi ni.

👁👄👁

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ANAK IKAN MAK | SOOBIN TXTWhere stories live. Discover now