Pengenalan

6 1 0
                                    

Aman dan Nazeerah pernah mencipta sejarah; mereka masing masing mempunyai perasaan antara satu sama lain pada waktu kecil. Oleh kerana mereka masih terlalu kecil untuk mengenali apa itu cinta, perasaan mereka dibiarkan bergantung begitu sahaja. Setelah beberapa tahun mereka berpisah, apabila mereka meningkat remaja, di waktu mereka berumur empat belas tahun, mereka saling menghubungi antara satu sama lain. Dek kerana rasa cinta Aman terhadap Nazeerah terlalu dalam, Aman menyuarakan hasratnya untuk meluahkan perasaannya yang telah dia pendam selama bertahun pada Nazeerah. Nazeerah pun menerima kerana selama ini dia juga menanti Aman. Hubungan yang dibina sangat bahagia. Aman terlalu mencintai Nazeerah sehingga sanggup melakukan apa saja yang boleh membahagiakan kekasih hatinya itu. Namun begitu, setiap perhubungan pasti ada dugaannya tersendiri. Begitulah juga hubungan Aman dan Nazeerah. Hubungan Aman dan Nazeerah sedikit goyah apabila ada sedikit salahfaham dalam hubungan mereka. Nazeerah melihat gambar lama Aman dan bekas kekasihnya namun Nazeerah menganggap itu adalah benar. Sudah puas Aman menjelaskan segalanya tapi dek kerana ego, Nazeerah memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka. Aman tidak dapat menerima kenyataan. Setiap hari Aman cuba menghubungi Nazeerah untuk memastikan agar Nazeerah percaya akan dirinya. Tapi apakan daya, Nazeerah tetap dengan pendiriannya. Dia harus meninggalkan Aman. Aman yang masih mencintai Nazeerah tidak jemu untuk mendapatkan cinta Nazeerah kembali. Aman menggunakan orang tengah, iaitu kakak Nazeerah sendiri, menghubungi Nazeerah dan mengajak Nazeerah berjumpa. Tapi Nazeerah enggan berjumpa dengan Aman dan kakaknya kerana Nazeerah tahu itu adalah salah satu taktik Aman untuk memujuk Nazeerah kembali. Setelah beberapa tahun, sejak Nazeerah meninggalkan Aman tanpa penjelasan yang kukuh, Aman berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja disana dan Nazeerah tidak pernah meminta maaf kepada Aman. Setelah beberapa tahun terpisah buat kali kedua, dan setelah beberapa tahun Aman berhijrah ke Kuala Lumpur, Aman pulang ke tanah air untuk beraya bersama keluarga tercinta.  Pada syawal yang ke 5,  Aman dan kakak kakaknya pergi ke rumah Nazeerah. Sekali lagi Nazeerah dan Aman bertemu. Aman seolah olah masih tidak dapat menerima kenyataan yang Nazeerah sudah taksudi bersamanya. Aman cuba mengajak Nazeerah berbual dan berselfie namun tidak diendahkan oleh Nazeerah.  Esok lusanya pula Nazeerah beraya di rumah Aman kerana kakak Nazeerah adalah kawan rapat kepada kakak Aman. Mereka sudah berteman lama. Aman masih lagi tidak jemu mengajak Nazeerah berbual namun masih tidak lagi diendahkan oleh Nazeerah. Dan akhirnya Aman balik semula ke Kuala Lumpur kerana harus mula bekerja. Aman meninggalkan Nazeerah dengan penuh rasa bersalah. 

Jodoh itu milik kita.Where stories live. Discover now