Bab 2

8 1 0
                                    

Oleh kerana rasa bersalah yang mendalam, Nazeerah tekad untuk menanti Aman penuh setia. Tidak pernah lekang dibibir nama Aman dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Tanpa pengetahuan Nazeerah, Aman juga sering menyebut nama Nazeerah agar mereka dipertemukan  semula pada waktu yang tepat. Sepanjang berada di Kuala Lumpur, Aman tidak pernah melupakan Nazeerah. Malah, Aman cuba untuk melupakannya tapi takboleh. Aman bekerja sebagai Bussinessman di Kuala Lumpur. Setelah beberapa tahun, Aman tekad untuk pulang ke tanah air, Sarawak dan berpindah kerja di sana. Aman menyuarakan hasrat hatinya terhadap keluarganya dan meminta pandangan dari mereka tentang Aman ingin mencari Nazeerah dan meminang Nazeerah untuk dijadikan isterinya. Keluarga Aman tidak membantah. Mereka menyerahkan keputusan kepada Aman dan mereka hanya mendukung apa yang keputusan dibuat oleh Aman. "Aman, mummy tak kisah siapapun isteri Aman. Asalkan Aman bahagia. Dan komen mummy tentang Nazeerah, kejarlah cinta kamu Man, kalau kamu rasa itu yang terbaik. Berdoa, berusaha dan selebihnya serahkanlah kepada Allah semata mata. Jika kamu memang kuat hati nak memilih Nazeerah, doalah banyak banyak, tapi, kalau dah tertulis di Luh Mahfuz bahawa Nazeerah bukan jodoh kamu, kamu redha ya nak? Apa apa pun, Mummy doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Mummy sebagai ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik dan mendukung apa pun keputusan Aman". "Terima kasih Mummy, kerana mendoakan Aman dan selalu mendukung keputusan Aman", kata Aman kepada ibunya. "Sama sama sayang. Jagalah Nazeerah sebaik baiknya kalau memang dia jodoh kamu". "Baik mummy"; kata Aman. Setelah beberapa hari Aman berada di Sarawak, Aman keluar ke pekan membeli barang dapur. Dia terjumpa ibu Nazeerah lalu menegurnya. "Assalammualaikum, puan ni ibu Nazeerah kan", sapa Aman. "Walaikumsalam, Iya saya, kamu siapa ya? eh, kamu Aman kan? bekas kekasih anak makcik". kata ibu Nazeerah. Muka Aman merah merona. "er..er..iya untie. saya Aman", jawab Aman. "Oh, bila Aman balik Sarawak? bukankah Aman bekerja di Kuala Lumpur?". tanya ibu Nazeerah. "Iya untie. tapi tu dulu. Sekarang saya dah pindah ke Sarawak". jawab Aman. "Oh yaka? kenapa?". tanya ibu Nazeerah. Kemudian Aman terdiam dan memikirkan sesuatu. Aman tekad untuk menyuarakan hasrat hatinya dengan Ibu Nazeerah untuk meminang Nazeerah. "Aman?", tegur ibu Nazeerah. "Eh ya saya? maaf untie". "Kenapa termenung pula? ada masalah kah"; tanya ibu Nazeerah. "Untie sebenarnya, dah kebetulan kita berjumpa disini, ada sesuatu yang ingin saya katakan pada untie"; Aman memulakan suara. "Apa dia?". "Tapi bolehkah untie teman saya pergi ke kafe yang berdekatan sini?". pinta Aman. "boleh boleh. kejap ya. untie bayar barang ni dulu". kata ibu Nazeerah. "takpa, Aman bayarkan sekali dengan barang Aman. Jum untie" . pelawa Aman. kemudian mereka berjalan menuju ke kafe yang berdekatan. "Apa dia yang kamu nak cakap tadi Man?", ibu Nazeerah bertanya. "Begini, untie. Sebenarnya, saya masih mencintai Nazeerah. Saya pulang ke Sarawak pun sebab nak meminang Nazeerah. Saya tahu saya dan Nazeerah dah lama berpisah. Tapi sejak kami berpisah, saya takboleh lupakan Nazeerah. Setiap malam saya berdoa pada Allah agar membuka jalan buat saya dan Nazeerah. Setiap malam saya meminta pada Allah agar diberikan petunjuk dalam membuat keputusan. Setelah berbincang dengan ahli keluarga dan ibu saya tentang ini, mereka bersetuju membenarkan saya pulang ke Sarawak. Kebetulan pula surat saya yang saya mohon untuk pindah ke Sarawak sudah lulus. Pada mulanya saya ingin pergi ke rumah untie esok lusa untuk menyuarakan hasrat saya ini, tapi tak sangka pula terjumpa untie disini. Seolah olah segalanya dipermudahkan.", Aman berkata. Intonasi suaranya agak sedih. Takut barangkali. "Oh yaka, Nazeerah dah tak duduk dengan untie sekarang, dia dah duduk rumah dia sendiri. Dia pun busy kerja sekarang". kata mummy Nazeerah. "Oh yaka? Tapi untie izinkan ke saya meminang anak untie?" tanya Aman. Ibu Nazeerah tergelak kecil; "Siapalah untie ni nak menghalang, kalau dah betul jodoh kamu berdua terlalu kuat. Sebenarnya, seminggu yang lalu, untie ada menyuarakan hasrat untie untuk menyatukan Nazeerah dengan anak kawan untie, tapi Nazeerah menolak. Dia kata, dia tengah tunggu seseorang tu muncul dalam hidup dia semula. Dia kata dia rasa bersalah, dan dia berharap sangat dapat memilikki kamu semula. Untie ada tanya, siapa kah gerangan yang ditunggu. Dia jawab, namanya Aman. Untie dapat mengagak, kamulah orangnya. Dia juga kata, kalau boleh, bagilah dia masa sebulan untuk mohon petunjuk dari Allah. Kalau betul kamu bukan untuk dia, dia akan cuba untuk terima lelaki yang ingin untie jodohkan untuk dia". Aman terkejut lalu tersenyum, "Seriuskah untie? dia tunggu Aman? Dia mencintai Aman lagi?"; tanya Aman dengan penuh gembira. "Iya Aman. Dan dia pernah berkata, dia terlampau menyesal, dan setiap malam dia menyebut nama kamu". jelas ibu Nazeerah. "Baiklah Aman, mungkin benar, jodoh kalian kuat. Untie izinkan kamu meminang Nazeerah. Nazeerah mesti happy kalau dapat tahu". kata ibu Nazeerah lagi. "Terima kasih untie. Taksangka jodoh kami kuat". kata Aman. Aman memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengabulkan permintaannya. Dua minggu selepas itu, Aman dan rombongan meminang datang ke rumah untuk meminang Nazeerah dan mereka telah mengikat tali pertunangan. Aman dan Nazeerah bahagia. Ikatan pertunangan yang dibina penuh dengan rasa bahagia dan syukur. Setelah 5 bulan mengikat tali pertunangan, Aman dan Nazeerah disatukan dalam ikatan perkahwinan. Aman dan Nazeerah telah selamat diijabkabulkan oleh abang Nazeerah. Majlis yang penuh girang gemilang itu dihadiri oleh rakan taulan, ahli keluarga dan kenalan rapat. Bahtera yang dibina penuh dengan bahagia. Aman bersyukur kerana jodohnya bersama 'crush'nya di zaman kanak kanak terlalu kuat. Mereka melayari bahtera rumahtangga dengan bahagianya. Aman membawa Nazeerah bercuti di Maldives. Mereka bahagia sekali. Aman menanyakan pada Nazeerah, "Sayang? boleh Abang tanya?" "Boleh, apa dia Abang?". jawab Nazeerah. "Kenapa selama sayang tersiksa tunggu Abang selamani, sayang takpernah dm Abang ataupun cari Abang di Instagram? Kenapa sayang tak bagitahu Abang yang Sayang masih cintakan Abang?" tanya Aman. "Sebenarnya, Naz tersedar yang Naz banyak buat silap pada Abang sejak dulu dulu lagi. Bila Naz sedar, Naz rasa bersalah tapi Naz takda kekuatan nak cari Abang dan menyuarakan hasrat hati Naz. Naz takut Abang x terima Naz". jawab Nazeerah dengan nada sedih. "Laa, Abang takpernah ambik hati pun dengan apa yang sayang pernah buat kat Abang dulu. Sebab Abang tahu, bila ada salahfaham yang pernah berlaku diantara kita dulu tu membuatkan sayang marah, tu bermaksud sayang cintakan Abang dan takut kehilangan Abang. Tapi tu lah, Abang kecewa bila Sayang terlampau mengagung agungkan ego sayang tu. Next time sayang janganlah macamtu ok? Abang cintakan sayang tau. Jangan tinggal Abang lagi." kata Aman. "Abang takmarah ke Naz tengking Abang dulu tu?" Naz menginginkan kepastian. "Tak sayang. Abang takdendam dan takmarah". kata Aman meyakinkan Naz. "Terima kasih Abang sudi terima Naz seadanya". "Sama sama sayang". setelah dua minggu berbulan madu di Maldives, mereka pulang ke tanah air untuk bekerja. Nazeerah sibuk dengan perniagaan butiknya dan Aman sibuk dengan syarikatnya. Pada suatu hari, Nazeerah muntah muntah sehingga mukanya pucat lesi. Aman yang melihat keadaan Nazeerah risau. "Sayang kenapa ni? pergi hospital jom". ajak Aman dengan penuh kerisauan. "Takpalah Abang, Nazeerah boleh pergi sendiri nanti". jawab Nazeerah. "Haish, apa yang sayang cakapkan ni? Abang takkan biarkan sayang tahan sakit ni sorang sorang. Jom Abang bawak awak". kata Aman. Nazeerah sudah takberdaya untuk menolak ajakkan si suami. Mereka pun pergi ke klinik. Setibanya mereka di klinik, Nazeerah duduk manakala Aman mengambil nombor giliran. "Nazeerah Azzahara", panggil nurse yang bertugas. Mereka dipelawa masuk. Setelah Nazeerah diperiksa, Doktor telah mengesahkan Nazeerah mengandung dua bulan. "Tahniah, puan dan suami puan bakal menjadi ibu dan ayah". Alangkah bahagianya Aman dan Nazeerah. "Alhamdulillah Syukur ya Allah". ucap Aman penuh kesyukuran. "Alhamdulillah Abang, kita bakal jadi ayah dan ibu" kata Nazeerah. Aman mengambil keputusan untuk bercuti dan menjaga Nazeerah di rumah. Dia ingin memastikan isteri dan anak mereka yang bakal lahir itu sihat. Selang beberapa bulan, bahtera yang dibina tak selamanya bahagia. Setiap bahtera yang dibina pasti diuji. Bekas kekasih Aman iaitu Vivien telah datang ke butik Nazeerah dan memfitnah Aman. Vivien menunjukkan gambar gambar dia dan Aman berpelukkan padahal gambar itu telah di super-imposekan oleh Vivien sendiri. Namun Nazeerah terus percaya. Airmata mengalir di pipi gebu milik Nazeerah. Nazeerah mengambil keputusan untuk keluar dari butiknya terlebih awal. Setibanya Aman dirumah, Aman kehairanan melihat kereta isterinya belum ada. "Jammed barangkali"; getus hati Aman. Aman enggan memikirkan perkara yang bukan bukan tentang isterinya. Aman pun masuk ke rumah dan melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Aman tertidur sebentar. Setelah beberapa jam Aman tertidur, dia tersedar lalu mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 9:00 malam. "Mana pergi isteri aku ni", getus hati Aman. Selalunya Nazeerah akan tiba di rumah pukul 5, dan Aman akan berada di rumah jam 6 petang. Aman risau dan panik lalu menghubungi Nazeerah. Tapi Nazeerah telah meng-offkan telefonnya. Aman cuba menghubungi butik Nazeerah, bimbang Nazeerah tak balik lagi dari butiknya. Butik Nazeerah kebiasaannya akan tutup pukul 9 malam. Namun, pekerja Nazeerah mengatakan Nazeerah telah keluar awal dari butiknya. "Puan Nazeerah dah keluar awal tadi encik. Pukul 3 petang tadi dia keluar. Katanya dia nk balik awal dan berehat di rumah kerana tidak enak badan". Alangkah terkejutnya Aman. "Aduhhhh. mana pergi bini aku ni? ya allah. kluar dri pukul 3 petang tadi? kenapa dia tak bagitahu aku pun". kerisauan Aman terhadap Nazeerah semakin menebal. Puas Aman menghubungi Nazeerah namun phonenya masih off. Tak lama kemudian, terdengar bunyi pintu seolah olah di buka. Sah! Puan Nazeerah balik. Aman bergegas berlari dan menuju ke pintu. Nazeerah terkejut melihat suaminya. Muka Aman berubah garang. "Pergi mana?" soal Aman. Nazeerah tidak mnjawab pertanyaan suaminya. "Pergi mana Abang tanya kenapa tak jawab? Dah takda suara ke?" bentak Aman. "Beli barang tadi". bohong Nazeerah. Aman tergelak kecil, "Mana barang yang sayang beli? dah berani nak tipu Abang ke? Siapa ajar ni? Jujur dengan Abang? Sayang pergi mana? dengan siapa sepanjang hari ni? pekerja sayang kata sayang keluar awal. Kenapa keluar tak bagi tahu abang? dah tak hormat Abang sebagai suami awak ke?". soal Aman bertalu talu. Nazeerah terdiam. Taktahu nak jujur ataupun tidak. "Naz penat. Naz naik dulu". jawab Nazeerah ringkas. Aman menahan Nazeerah. "Abang tanya ni. Awak keluar dengan jantan mana balik lewat?". Nazeerah terpana. Taksangka Aman menuduhnya seteruk itu. "Saya tak keluar dengan lelaki lain lah. Saya masih tahu batas terhadap lelaki lain. Saya tahu status saya", bentak Nazeerah. Nazeerah melepaskan gengaman Aman dan meluru naik ke atas. Aman kehairanan. Aman cuba mengajak Naz berbincang tapi Nazeerah enggan dan terus tidur. Keesokkan harinya, Nazeerah masak nasi goreng sebagai sarapan pagi. Seperti kebiasaannya, Aman akan mencium dahi Nazeerah tapi pagi itu Nazeerah mengelak daripada dicium oleh Aman. Aman tekad untuk berbincang dengan Nazeerah. Dia tidak ingin rumahtangganya hancur kerana tidak berkomunikasi apabila ada masalah. Dia memujuk Nazeerah sedaya upaya. Pada mulanya Nazeerah tidak mahu berbincang. Tapi setelah dipujuk rayu oleh Aman, barulah Nazeerah mahu menjelaskan apa yang terjadi. "Sayang? cakaplah dengan abang, apa yang membuatkan sayang macamni? apa salah abang? takkan kita nk lack of communication? please sayang", pinta Aman. "Baiklah. Semalam bekas kekasih Abang datang butik dan tunjuk gambar ni pada saya", Nazeerah menyerahkan iphone milik dia pada suaminya. Alangkah terkejutnya Aman melihat gambar dia dan wanita itu sedang berpeluk. Aman menjelaskan pada Nazeerah yang gambarnya telah di edit. Namun Nazeerah enggan percaya. "Sayang, percayalah pada Abang. Takkan Sayang takpercaya suami sendiri? Sayang kenal abang kan? Sayang tahu kan yang Abang takpernah rosakkan mana mana perempuan. Eventhough sayang pun Abang takpernah sentuh dulu. Percaya lah pada Abang sayang. Jangan macamni. Takkan sayang lupa pada janji kita yang kita dah buat pada malam pertama kita dulu? Sayang ingat kan janji kita? kalau ada salahfaham yang macamni, kita dah berjanji untuk berbincang terlbih dahulu sebelum menjatuhkan hukum? takkan sayang dah lupa? sayang, hubungan kita pernah hancur dulu disebabkan fitnah yang sebegini dan sebab ego sayang ketepikan perasaan Abang. Takkan sayang nak buang Abang lagi disebabkan fitnah bodoh macamni?" terang Aman dengan harapan isterinya itu sedar. Nazeerah terdiam dan menangis. Aman memeluk isterinya "dahlah sayang, Abang minta maaf kalau abang kasar dengan sayang. Abang cuma nak sedarkan sayang sahaja. Abang taknak sayang menyesal dikemudian hari. Memang abang cintakan sayang sepenuh jiwa raga Abang. Jiwa dan raga abang ni milik sayang sepenuhnya. Takkan ada perempuan lain dapat ganti tempat sayang di hati Abang. Tapi sayang fikirlah jugak, Abang manusia biasa. Hati Abang pun pandai terluka jugak kalau sayang berterusan sebegini. Abang taknak dan tak sanggup kalau suatu hari nanti Abang akan lukakan hati sayang. Maafkan Abang. Abang cuma nk bimbing sayang jadi isteri yang baik. Abang cuma nak menampung segala kekurangan sayang. Tak salah kan kalau Abang menegur? dan membimbing sayang?" nasehat Aman penuh dengan rasa hati hati. Bimbang isterinya terluka.

Jodoh itu milik kita.Where stories live. Discover now