11

147 20 0
                                    


Di Namil High, Yeji dan Jimin baru sahaja tiba. Akan tetapi, keadaan di situ bukan seperti biasa. Semua pelajar Namil High sedang memandang mereka berdua.

Kerutan dahi Jimin jelas kelihatan.

Melihatkan adegan tersebut, Yeji terus mendekatkan dirinya dengan Jimin. Perasaan kurang senang menyelubungi dirinya.

Yeji berbisik.

"Jimin, kenapa dieorang tengok kita?" "Mollayo,"

Mereka berdua terus mempercepatkan langkah menuju ke kelas A1.

Setibanya di kelas, langkah Jimin terhenti apabila memandang papan hitam yang berada di hadapan kelas. Begitu juga Yeji. Papan hitam tersebut penuh dengan contengan.

Jimin penipu!
Jimin anak jutawan!
Yeji nak kikis duit Jimin!
Yeji materialistik!

Bulat mata Jimin apabila melihat contengan-contengan itu.

Yeji sudah terlebih dahulu menangis akibat dituduh sebegitu.

Kepalan penumbuk Jimin kuat. Dia tahu siapa dalang di sebalik semua ini tetapi dia tiada bukti untuk menuduh orang itu.

Jimin memeluk Yeji, menenangkan kawannya itu.

"J-Jimin.. Siapa yang buat ni.." tersedu-sedu gadis itu.

Jimin mengeluh.

"Jimin tahu siapa. Yeji jangan nangis ya?"

Jimin mengelap air mata Yeji.

"Okay.."

Mata-mata pelajar di dalam kelas A1 yang sedang memandang mereka berdua sekarang ini dihiraukan oleh Jimin. Jimin tidak peduli lagi akan statusnya itu. Dia hanya akan mengikuti nasihat San, Yeosang dan Wooyoung kelmarin.

[START OF FLASHBACK]

Selepas mendengar perbualan Troublemaker yang diceritakan oleh Jimin kepada San, Yeosang dan Wooyoung, mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

Jimin yang memandang mereka bertiga, pelik.

"Ada cara tak?"

Jimin mengangkat tangannya, ibarat menyerah kalah kepada sang penyerang.

"Well~ One thing, we can't help you,"
"But we can give an advice-"
"And an idea,"
"Marebwa,"

Yeosang berdehem seketika sebelum membuka mulutnya.

"Berdasarkan cerita ni, Yeonjun memang jenis yang tak akan berputus asa. Dari pengiraan Yeosang, dia akan beritahu semua orang sebelum Jimin dapat beritahu mereka dulu."
"Betul tu. Yeonjun mungkin juga menggunakan Yeji sebagai mangsa dalam pembocoran rahsia Jimin."

San menyambung.

Wooyoung mengangguk-angguk tanda setuju.

"Jimin kena bersedia dengan semua tu."

LOVEY DOVEY || CYJ X HYJ [✔]Where stories live. Discover now