JENIS LIDAH :
1. Lidah hikmah
🥕Lidah yang ucapannya sentiasa menyampaikan kebaikan dan perkataannya akan menyentuh hati orang lain.
2. Lidah rahmah
🥕Lidah yang ucapannya sentiasa menjaga hati orang lain, terutama pasangan dan ibu bapa. Dengan ibu bapa, ucapkanlah kata-kata yang menunjukkan orang tua kita dimuliakan (qaulan karima).
Dengan orang lain, ucapan kita kategori qaulan layyinan, iaitu kata-kata yang lembut.Tiada istilah mulut jahat, hati baik. Perah limau, tidak akan mengeluarkan air epal. Apa yang terbit di mulut, pastilah ia berasal daripada hati yang baik.
Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak akan lurus Iman seseorang, sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."
(Riwayat Ahmad)
KAMU SEDANG MEMBACA
Motivasi Hijrah
SpiritualMenyentuh yang tak tersentuh tangan. . Tentang kalam ulama dan guru-guru kita yang mulia zuriyatnya kekasih Allah Motivasi untuk mencari jalan kembali mencintai Allah dan kembali merindukan Rasulullah Bersama dalam hijrah, hamasah, Istiqomah hingga...