Sebelum mula membaca citer niyy !! Min nak habak mai yang min x leh nak update part 7 pada minggu depan (24/9/2020) sbb min sibuk dengan exam . sorry 🥺🥺.Gud luck for myself 💋💋. Hehe tiber . Gud bye .
***********************
Tiada seorang pun di kelas 6 murni . Kedenggaran sunyi . Tetapi terdapat kesan kerusi yang tidak teratur seperti ada orang yang duduk .Hatinya masih lagi gementar dan trauma dengan tragis yang menimpa di awal hari . Sakinah mengumpul air liur lalu telan . Sebaris gigitnya diatas rapat dengan gigi yang bawah , takut yang menggunung mengawal susuk tubuhnya .
"Kamu duduk dengan Pak Cik Hamid nanti pukul 7.40 baru masuk kelas , kita jumpa guru besar untuk report hal ini yee nak " kata Pak guard yang melihat susuk tubuhnya yang mengeletar dengan hati yang kesian dengan apa yang berlaku pada si Sakinah .
Dalam perjalan ke pondok pengawal yang terletak di pintu masuk ke sekolah , kelihatan beberapa pelajar yang sedang merokok . Tiada perasaan takot dengan kehadiran Pak Hamid .
Zaman sekarang bukan seperti dulu , tidak takut dan malu dengan kesalahan yang dibuat .
"Woiii " jerit si pelajar yang pura -pura sudah dewasa .
"Engkau cari pasal en siap ko " balas Pak Hamid dengan jerkahan yang amat kuat .
Bergeletar luntut lalu cabut dengan lintang - pukang . Putung rokok di buang ke dalam longkang . Risau jika tertangkap.
Gengster sekadar jauh tetapi jika dekat takutnya seperti nampak hantu . Berlari Pak Hamid sekadar memberi pengajaran supaya tidak besar kepala .
Pak Hamid mengambil secawan kopi lalu dihidangkan bersama roti kepada Sakinah .Rasa lapar menghilang apabila ketakutan mengawal dirinya . Siapa boleh makan ketika takut ? . Pasti tidak boleh memamah walaupun sebutir nasi dek kerana ketakutan yang menggunung mengawal tubuh .
"Makan lah nak , mamah larr walaupun sekeping bagi tenaga sikit , wajah nak sudah pucat nii " pelawa pak Hamid yang melihat wajah Sakinah yang pucat lesi .
Masa yang berlalu pergi seperti air yang menyelusuri hulu sungai , dari hulu sungai ke hilir sungai , cepat .
Jam yang dibelek sudah pukul 7.40 , ramai rakan sekelasnya sudah datang , tetapi dengan pesanan Pak Hamid dia menuruti .
Rakan - rakannya yang lalu disitu melontarkan seukir senyuman di bibir sebagai tanda persahabatan ke arah Sakinah,lalu dia mengukir sebuah senyuman lalu dilontarkan kembali sebagai penutup keresahan dan masalah yang dia hadapi .
Dia tetap senyum walaupun dia hadapi masalah . Dia malu jika rakan sekelasnya tahu tentang ini, biarlah Pak Hamid seorang yang mengetahui hal ini .Dia jugak tidak mahu ayahnya mengetahui hal seperti ini kerana tidak mahu ayahnya risau.
Jika hal ini disampaikan oleh neneknya ,Mak Anjong pasti riuh satu kampung membawang aib muka keturunannya sendiri . Neneknya tidak seperti nenek rakannya yang lain , meluahkan kasih sayang , dan meluangkan masa bersama . Selama hidup dia tidak pernah rasa nikmat kasih sayang dari neneknya .
Teringin . Sebak di dada apabila teringat yang telah berlaku . Sukar dan perit untuk ditelan .Dia cemburu melihat rakannya yang lain dapat merasai bagaiman nikmat kasih sayang dari seorang nenek . Fikirannya melayang ke dedaun kalbu .
YOU ARE READING
Sakinah
Mystery / ThrillerLanguage : malay Cerita ini mengisahkan Sakinah seorang perempuan yang bisu dan cantik . Hidupnya merana selepas kejadian merogol. Perit , sakit berselih di ruangan hati. ."aku perempuan bisu , tapi hinakah aku ?" - sakinah . Mampukah dia menempuh...