𝓗𝔂𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪
𝐄𝐥𝐚𝐲𝐧𝐞Pelipis diurut perlahan, fail yang berselerak di atas mejanya diperhati. Mahu sahaja dia mencampakkan fail itu ke lantai bawah.
Keysha mengeluh, sesibuk inikah dia selama ini?
Butang interkom ditekan, "Tolong panggil Ria ya, masuk dalam bilik saya." Butang itu terus dilepaskan selepas dia pasti pihak sana menerima pesannya.
Keysha merenung dinding pejabat, sehinggalah fikirannya menerawang tentang masalah yang diluahkan salah seorang kliennya.
"Boleh saya tahu apa masalah puan ya?" Keysha hanya tersenyum.
Wajah wanita di hadapannya, seperti terbeban akan sesuatu. Apalah yang dialami wanita ini ya?
"Sa.. saya sebenarnya..." Wanita itu berhenti bercakap.
"Kenapa puan?"
Wanita itu mengalihkan pandangannya ke pintu pejabat milik Keysha.
"Ada apa-apa yang ganggu puan, dekat pintu tu ke?"
Wanita itu tidak menjawab, masih lagi memandang pintu pejabat milik Keysha.
Keysha mengeluh pelan sebelum butang interkom ditekan. "Anis, tolong tengokkan dekat pintu bilik saya ni. Ada apa-apa ke? Terima kasih."
Keysha terus melepaskan butang interkom. Dia kembali fokus kepada klien di hadapannya.
Keysha menggamit perlahan wanita paruh baya itu. "Puan?"
Wanita itu tersentak sebelum memandang Keysha. Tersekat-sekat suara wanita itu. "M.. maaf. Saya cuma takut."
Kerutan terbit di dahi Keysha, pelik dengan apa yang wanita itu katakan padanya. Dia turut memandang pintu pejabatnya. Terkejut juga dia apabila pintu itu dibuka secara tiba-tiba.
Tanpa mengetuk pintu, gerangan itu terus memeriksa keadaan pintu pejabat milik Keysha.
"Weh, tak ada apa pu-" Terbutang mata gerangan itu apabila melihat ada orang lain di ruangan tersebut.
Dengan kelam-kabutnya, gerangan itu terus tertunduk meminta maaf. "Maafkan saya."
Berkali-kali juga gerangan itu tertunduk seraya meminta maaf.
"Eh, tak apa. Awak tak kacau pun." Keysha terus bangun dari kerusinya sebelum menghalang gerangan tersebut dari terus menundukkan badannya.
Terdengar bisikkan gerangan itu apabila Keysha menghalang tindakannya. "Sorry, kak. Saya tak tahu akak ada klien. Sorry sangat."
Keysha mengukir senyum tipis, sebelum mengangguk kecil. "It's okay. Salah saya juga tak bagitahu yang saya tengah ada klien."
"Awak keluarlah. Nanti datang check balik tau pintu ni." Keysha tergelak kecil sebelum memberikan Anis ruang untuk keluar.
YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐚𝐲𝐧𝐞
Romance[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐚𝐲𝐧𝐞❞ n. A ray of light Wanita itu tersepit, antara hubungan keluarga yang kian retak atau hubungan dengan tunangannya yang dingin dan tak lupa juga dengan pekerjaannya yang semakin merosot. Keysha Hum...