"Ya Allah! MACAM SARANG TIKUS! Kenapa bersepah sangat niii? Korang tak kemas ke hah? akak dah buat jadual kan ? "
Dengan itu Aina dan rakan sekerjanya yang sedang melantak mee goreng macam makan jjajangmyeon terus tersedak dan masing masing macam orang tak cukup oksigen. Faham kan?Cuma yang lainnya, diorang ni tak cukup oksigen yang memerlukan air kalau tidak batuk diorang tu tak tau bila nak berhenti.
Ok sambung.
"Habislah kita. Kalau kak Sya dah marah, memang takde harapan dah nak hidup. Bye bye dunia. Byebye jodoh. Byebye crush. " Afiqah dah start dah over dia tu.
"Over ah kau. Tulah, tadi aku suruh kau kemas store belakang tu, bertangguh tangguh lagi. Macam macam alasan kah bagi. Kan dah kena marah. Hari ni kan hari Khamis, turn kau kena kemas store tu " Aina membalas.
"Entah kau ni eeee pemalas " Epa menyokong. Actually, nama penuh Epa bukannya Epa. Nama dia sebenarnya Aifa. Tapi disebabkan Aina, nama dia yang cantik bertukar menjadi nama nenek nenek. Tapi Epa tak kesah pun sebenarnya. Sebab dia dari kecik family dia panggil Epa. Tapi tak sangka la sampai tempat kerja dia pun Epa jugak. Haih ape la nasib. Takpe takpe, Epa redha.
"Yela yela" Afiqah pasrah.
"Weh korang, Kak Sya datang" Epa dengan jelasnya bagitau Aina dan Afiqah.
______________________________________
Syaza POV
Aku memang geram betul ngan diorang ni.Nak kata tak buat jadual,aku buat dah jadual tugas diorang. Haih tapi tu la, taknak ikut jadual jugak.
" Turn sape harini ? " Muka yang bengis bak singa betina aku tayangkan. " S-saya. Sorry kak Sya " Afiqah mengangkat tangannya perlahan lahan. Aku takleh blah la dengan muka dia ni. Comel sangat, nak marah pon tak sampai hati.
"Kalau turn awak harini,kenapa store tu jadi macam sarang tikus? Dengan stock barang berterabur, kotak kotak yang dah guna campak macam tu je.Awak ade masalah lain ke sampai nak kemas store pun tak boleh?"
"T-takde kak Sya. Saya bertangguh kerja tu tadi. Saya ingat nak kemas sebelum kak Sya datang. Tengok tengok kak Sya dah datang. " Afiqah punya explanation be like.
" Nak tunggu sebelum kak Sya datang? Awak tengok jam kat tangan awak sekarang ni, kalau susah sangat, tengok jam yang kat dinding yang sebesar lautan tu. Dah pukul 12 kan. Korang datang buka kedai pukul 9. Sepatutnya sempat lah" Sebenarnya aku tengah tahan ngan muka comel dia ni. Aku kena marah jugak, sebab dia buat salah. Sekurang kurangnya bila aku marah,bdia insaf sikit nak buat kerja lebih awal. Bila dengan pekerja, memang kadang kadang kita kena tegas sikit, supaya pekerja tidak terlalu senang lenang, memandangkan bos tu baik. Ok,done ceramah.
"Sorry kak Sya. Saya janji saya tak buat lagi" Afiqah mengangkat tangan yang menandakan dia janji.
"Okay. Bukan Afiqah je eh. Yang lain pun,ikut jadual yang akak dah buat tu"
"Okay kak Sya" Dengan serentak Aina,Epa dan Afiqah bersetuju ngan aku.
" Dah, semua sambung kerja cepat. Kalau tak, Kak Sya potong gaji korang " Saja je nak ugut diorang ni. Kalau tak sampai esok la diorang tercegat kat situ.
"Okay again kak Syaaa" Adoii,macam macam la Epa sorang ni.
______________________________________
Syarif POV
Aaaaaa.What a beautiful day. Maklumla,harini tak kerja. Tiba tiba papa suruh aku cuti harini. Katanya suruh dating ngan Ira harini. Haaa , sape Ira? Dia maid kat rumah member aku. Ceh gurau, Ira tu bini aku. Kenapa aku kahwin awal? Ish banyak soal sia korang ni. Hehe sorry. Aku kahwin awal sebab papa suruh, katanya benda yang baik laki elok dipercepatkan.

YOU ARE READING
Unknown Killer
Mystery / ThrillerKisah 3 beradik yang berlainan perwatakan mencari dalang disebalik pembunuhan ibu bapa mereka .................................................................................. " KAU ! PENGKHIANAT ! " " Aku bunuh mak bapak korang bersebab " " KAU...