Benarlah kata orang, jika kita berbuat baik terhadap orang lain. Akan diingati jasa kita sehingga kita mati.
Jiran jiran yang berdekatan sudah mula memenuhi perkarangan rumah agam itu. Masing masing ingin mengucapkan kata takziah kepada adik beradik yang baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka.
" Tabah ye nak eh. Makcik yakin ibu bapa kamu ditempatkan di kalangan orang orang yang baik. Sebab arwah ibu bapa kamu baik orangnya dulu. Tak pernah jemu tolong orang , tak sombong " kata salah seorang jiran mereka , Makcik Rahimah sambil menggosok perlahan belakang tubuh Syaza.
" Aamiin. Makcik , pergila masuk dulu. Saya nak sambut tetamu " Syaza cuba menyembunyikan kesedihannya. Namun , dia tidak mampu menahan air matanya daripada terus tumpah.
" Kak, kau okay tak ni? " Syanis yang perasan dengan keadaan kakaknya itu menegur.
" Eh , dik. Aku okay je " Syaza segera mengelap air matanya apabila menyedari teguran Syanis menggunakan lengan jubahnya.
" Dahla, takmau sedih sedih okay? Kita doakan mama papa semoga sentiasa tenang. Kalau diorang ada tengok kita sedih sedih camni , mesti diorang tak suka " Syanis menggosok bahu kakaknya dengan lembut. Pujuk la katakan. Kalau diikutkan, Syanis memang susah nak menangis depan orang. Dia akan menangis bila dia sorang sorang.
" Syaza , Syanis. Tahlil dah nak start dah ni. Korang pergilah duduk kat ruang tamu lagi satu. Tengokkan bini aku sekali, takut tiba tiba nak terberanak pulak "
" Baiklah Encik Ahmad Syarif Fahim , akan kami tengokkan bini kau yang juga satu satunya kakak ipar kami yang kami sangat kasihi itu. Tapi kan, bukan ke due Ira lagi sebulan ke? " Syaza menyoal.
" Alaaa, nak dekat dah tu. Manatau tiba tiba nak terbersalin awal ke kan. "
" Yelah yelah, pasrah aku ngan kau ni." Syaza melangkah lekas menuju masuk ke dalam rumah.
Tanpa mereka sedari , di satu sudut terdapat seorang wanita berpakaian serba hitam sedang memandang tajam ke arah mereka. Wanita itu berdiri tegak sambil memerhatikan pergerakan adik beradik itu. " Heh , korang semua memang bodoh. Tunggu je lah Amirah Syafiqah " katanya lalu melangkah pergi
__________________________________________________
Malam itu
Selepas selesai majlis tahlil itu , mereka semua masuk ke kamar masing masing. Mereka terbaring kepenatan setelah melayan tetamu tetamu yang berkunjung sepanjang malam. Tapi , Ira masih belum tidur. Fikirannya terganggu.
Dia bangun perlahan lahan tanpa membuat sebarang bunyi untuk tidak mengejutkan Syarif daripada tidurnya yang lena. Dia menapak ke luar bilik itu menuju ke dapur. Niatnya yang ingin minum segelas air terhenti apabila dia melalu bilik Syanis dalam perjalanan ke dapur.
Fikirannya masih dipenuhi dengan tanda tanya tentang Syanis. Baginya , Syanis terlalu misteri dan penuh dengan rahsia. Mungkin dia patut cuba merapatkan diri dengan Syanis untuk mengetahui rahsia rahsia yang disorokkan oleh adik iparnya itu.
Dia berdiri sejenak dihadapan pintu bilik itu sebelum pintu itu terbuka sendiri dari dalam.
" Eh kak ? Tak tidur lagi ke ? " tegur Syanis apabila melihatkan Ira yang berdiri di hadapan pintu biliknya. " Tak , ingat nak buat teh tadi. Bosan pulak duduk sorang , tu yang akak berdiri depan pintu bilik Syanis. Nak ajak teman hehe " Ira cuba menutup kegugupannya" Ouhh akak macam tahu tahu je kan Syanis tak tidur lagi hahaha. Jomlah , kita gi dapur. Sambil minum boleh membawang "
" Akak dah ada nama ke baby dalam perut tu? " Syanis menyoal dengan riak gembira tentang anak saudaranya. Maklumlah kan, anak saudara pertama. Siapa je tak happy kan.
" Belum la Syanis, akak dah suruh dah abang Syarif tolong carikan nama. Tapi entahlah dia tu, macam tak cari je. Syanis ada idea ke nak letak nama ape kat baby ni? "
" Since baby tu baby perempuan, Syanis ade la jugak terfikirkan beberapa nama. Damia Iman, Hani Alya, Miasara, Afrina. " Syanis mengira dengan jarinya menyebut nama nama baby. " HAAAA ! Alya Nadilla ok tak kak ? "
" Hmmm Alya Nadilla sedap jugak kan " balas Ira sambil mengusap perutnya. " Ermmm nanti akak cakap la kat abang , abang tu mmg , suka procrastinate eee dari kecik camtu "
" Haaaa mengutuk " Mereka dikejutkan dengan Syarif yang muncul di pantry secara tiba tiba. " Borak apa je korang ni ? Nak join jugak " Syarif mencapai sebiji mug untuk membancuh teh.
" Takde pape , tengah cari nama untuk baby je. Yela suruh orang tu , tak dicari pon nama. Nak tunggu baby tua dulu kot baru ada nama gamoknya "
" Hehe, abang lupa la " Syarif tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
" Yelah. Abang, kalau kita letak nama baby kita ni Alya Nadilla okay tak? " Sambil matanya memandang Syanis.
" Alya Nadilla. Hmmm, okay jugak. Siapa bagi idea nama baby ni?
" Syanis "
Syarif memandang adik bongsunya itu. Syanis pula dah tersengih sengih bila Syarif pandang dia. Bangga la katakan sebab bagi idea nama baby.
" Amacam, cantik an nama tu. Pandai aku pilih nama. Hiwhiwhiw " Syanis dah angkat bakul sendiri dah.
" Bolehlah " Syarif balas acuh tak acuh. Dia actually dah suka dah nama tu, Alya Nadilla... Tapi disebabkan ego seorang lelaki, dia terpaksa jawab acuh tak acuh.
" Abang, kita letak nama baby Alya Nadilla eh? " Ira menyampuk.
" Kalau sayang okay dengan nama tu, abang ikut je. " Syarif tersenyum sambil mengusap kepala isterinya yang dilitupi tudung. Ye lah, kalau tiba tiba suami Syaza turun, tak ke naya Ira dengan tak pakai tudungnya.
" Wekkkkkk, aku nak muntah siot. Tak payahla sweet sweet depan aku. Nak sweet pergila dalam bilik sana " Riak muka Syanis memang betul betul macam nak muntah dah.
" Padan muka , sape suruh single " sambil tangannya ligat menyerabaikan rambut Syanis. " Bang , I dont need a man okkayy " balas Syanis dengan memek wajah yang beriak bangga.
" Dahla kau , pergila tidur sana ish " Kata Syarif sebelum memimpin isterinya naik ke bilik tidur mereka. " Goodnight kakkkk ! Jangan buat benda lain lak malam malam ni. Kalau abang menggatal sepak je dia " jerit Syanis perlahan.
" Aku pun dah kena tidur dah ni , esok ada class nanti lambat pulak bangun " Syanis berkata sambil menguap. Tanpa disedari , ada sepasang mata yang memerhatikan mereka sejak dari tengah malam tadi.
Lembaga hitam itu hanya memandang tajam ke dalam rumah dan ke bilik Syanis yang masih terang itu. " Hahahahaha " lembaga itu tersenyum sinis menampakkan taringnya.
YOU ARE READING
Unknown Killer
Gizem / GerilimKisah 3 beradik yang berlainan perwatakan mencari dalang disebalik pembunuhan ibu bapa mereka .................................................................................. " KAU ! PENGKHIANAT ! " " Aku bunuh mak bapak korang bersebab " " KAU...