...

14 4 0
                                    

"... Walhamdulillahirabill Alamin.. " Syarif meraup mukanya dengan tangan yang ditadahkan yang menandakan dia telah selesai berdoa memohon kepada Rabb Sekalian Alam. Ira juga mengaminkan bacaan suaminya itu .

Rutin kebiasaan mereka untuk setiap malam , solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Selepas selesai berdoa , mereka mendirikan solat sunat witir. Bacaan merdu daripada Syarif sangat menyayat hati. Ditambah pula dengan esakan tangisnya yang seolah olah memahami makna ayat ayat daripada Al Quran tersebut.

Isterinya juga tersentuh dengan bacaan suaminya. Kebiasaanya , Syarif tidak pernah menangis dengan teresak esak apabila mendirikan solat. Tetapi malam ini dia amat tersentuh dengan solatnya itu. Menyedari dia hanyalah hamba yang sangat kerdil apabila menghadap dengan Rabb Sekalian Alam. Menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

" Assalamualaikum Warahmatullah ... Assalamualaikum Warahmatullah " salam diberi , diikuti pula oleh Ira .
Mereka bersalaman selepas solat selesai didirikan . Ira mencium tangan suaminya itu dengan penuh kelembutan . Selepas itu , giliran Syarif pula mencium dahi isterinya itu . Air mata dari sisa esakannya tadi jatuh di dahi isterinya .

" Abang " Ira memanggil suaminya dengan lembut.

" Ya.. "

" Jom kita makan? "

" Takpe la Ira , Ira makan la, abang takde selera " Syarif hanya mampu tersenyum lemah sambil menggosok kepala isterinya perlahan.

" Tapi last abang makan waktu breakfast tadi kan ? Nanti perut abang masuk angin macam mana "

Ya , memang betul. Dia hanya sempat bersarapan bersama isterinya pagi tadi sebelum keluar mencari rezeki. Sejak dari itu dia belum lagi menjamah apa apa. Dia hanya sempat minum seteguk air sebelum solat maghrib.

" Takpe , esok abang makan ya. Abang betul betul takde selera sekarang ni. Insyaallah perut abang tak masuk angin. "

Ira mengangguk lembut . Menyedari suaminya itu masih dalam kesedihan selepas pemergian kedua ibu bapanya. Dia juga turut berkongsi kesedihan itu kerana suaminya lah yang memujuknya apabila ibu bapanya sendiri kembali ke rahmatullah dua tahun yang lepas.

Dengan perut yang sarat , Ira kemudian mendaki tangga menuju ke bilik tidur yang dikongsi bersama Syarif. Tapi dia terlihat sesuatu di dalam sebuah bilik di bahagian hujung koridor.

' Eh , bilik Syanis tu. ' hati kecilnya berkata. Dia tahu Syanis ini seorang yang perahsia namun rasa ingin tahunya mengawal kakinya ketika itu.

Dia menapak masuk ke dalam bilik yang gelap tanpa sebarang cahaya itu. " Hmmm first time masuk bilik Syanis ". Sejujurnya , hadir juga perasaan takut tertangkap di dalam hatinya namun perasaan itu cuba dilawan.

Dia ternampak sebuah briefcase terkeluar dari bahagian bawah katil Syanis. Briefcase itu nampak seperti terbuka. Namun , keadaan bilik yang gelap tidak membantunya untuk melihat isi briefcase itu. Ira baru sahaja ingin mendekati objek itu.

" Kak , buat apa kat sini ? " Syanis yang tiba tiba sahaja muncul memeranjatkan Ira. " Oh- erm Syanis ! A-akak sebenarnya nak cari Syanis. Tengok pintu bilik awak terbukak , ingatkan ada kat dalam " Ira cuba menutup ke'tercyduk'annya.

" Hmm ? Buat apa akak cari Syanis? " Syanis masih berasa sangsi dengan kakak iparnya. " Akak nak ajak Syanis makan. Sebab Syarif takde selera. Hah Syaza mana ? Nak ajak dia sekali "

" Oh Syaza ada dekat luar kot. Maybe tengah bagi Cici makan. Akak makan dengan Syaza je la eh. Syanis tak lapar " Syanis menghadiahkan sebuah senyuman paksa sebelum menutup pintu bilik dia dengan lekas.

Ira masih lagi tertanya tanya. Soalan yang sama bermain di fikirannya. ' Apakah yang ada dalam briefcase tu ? ' Satu hari nanti dia akan cuba mencari jawapannya juga

Namun di sudut yang lain...
" Two down , Amira Syahirah , you're next "

------------------------------------------------------------------------

" Sedapnya bau sambal telur ! " Syaza menyorak perlahan.

" Heheheheh , sorry la Syaza. Malam ni kita makan sambal telur je. Syarif taknak makan , Syanis pun taknak . Eh , Is mana ? "

" Is tak nak makan jugak . Tak lapar katanya " Syaza memberitahu bagi pihak suaminya.

" Oh , okok . Kita dua je lah ni makan?"

" Ha tulah , semua taknak makan . Kita dua je lah "

" Ok , dah siap . Jom kita hidang "

" Sedap gilaaa !!! " Syaza menyorak riang . Nampak la dia cuba buat buat happy.

" Hehe , terima kasih . Syaza , nak tanya sikit boleh ? "

" Ape dia ? "

" Syanis tu memang dari kecik perahsia eh ? " Ira bertanya sambil tangannya ingin menyuap nasi ke dalam mulut.

" Kenapa akak tanya camtu ? " Syaza menyoal balik .

" Takde la , saje je tanya . Cuma I pelik sikit kadang dengan kelakuan dia "

" Haa , dia memang camtu dari dia start remaja . Mula mula dia okay je macam biasa . Tapi sejak umur dia 10 tahun dia jadi perahsia . Kadang taknak cakap ngan orang . Orang tanya angguk geleng je . Kadang dia happy , ikut mood dia lah camne " Syaza menerangkan satu satu.

" Oh , macamtu . U tau tak ape yang ade dalam bilik dia ? Barangan I mean" Ira kembali menyoal.

" Barang tu memang banyak , tapi tak pernah la pulak nampak ape ape yang pelik . Kenapa , akak ade nampak barang yang pelik ke ? "

" Tak ade lah , saje tanya " Ira ' berhusnuzon ' menganggap itu hanyalah barang universiti Syanis .

" Oh , okok . Kalau akak ade ape ape nak bagitau , bagitau je " Syaza memesan kepada kakak iparnya itu.

" Okayy " apa yang keluar dari mulut Ira sememangnya tidak sama dengan apa yang hatinya katakan. Hatinya meronta ronta ingin tahu tentang rahsia yang disorokkan oleh Syanis. Dia yakin yang dia akan menjumpa jawapan kepada persoalannya.

-------------------------------------------------------------------

" Abang tak tido lagi ? " Ira bertanya kepada suaminya sambil tangan menutup pintu bilik.

" Tak , tak tau la kenapa mata ni tiba tiba susah pulak nak pejam . Padahal ngantuk bukan main sekarang ni "

" Oh , nak Ira dodoikan ? " Ira menyoal.

" Boleh je " Syarif menjawab . Dah tua bangka pun masih nak kena dodoi. Eee mengada

" Okay , Ira dodoikan ye " dia ketawa kecil dengan sikap suaminya yang ke'babi' an tu ... Eh salah , ke'baby' an itu. Macam mana lah kalau anak diorang lahir nanti , agaknya manja lagi tak si Syarif itu. Silap hari bulan , bapaknya yang menempel dengan mak HAHAHAHAHA.

" Abang , Syanis tu memang suka duduk sorang sorang eh ? " entah kenapa , hati dia terdetik untuk menanyakan soalan tentang Syanis kepada suaminya. Sejak dia ternampak briefcase tadi , fikiran dia hanya fikir pasal Syanis je.

Syarif yang memejam mata itu segera membuka mata memandang isterinya.

" Selalunya macamtu lah , suka berkurung dalam bilik , kalau family berkumpul , dia akan duduk jauh daripada orang . Kadang kadang boleh jadi kalau mood dia tengah baik , dia boleh jadi happy person . Tengok pada mood dia lah macam mana "

Macam yang Syaza cerita . Bergantung pada mood Syanis .

" Kenapa Ira tiba tiba tanya soalan tu? Tak pernah pernah Ira tanya abang pasal Syanis " Syarif menyoal isterinya. Dahinya berkerut memandang Ira.

" Takde ape lah , saje je " Ira membohong . Sejujurnya , hati kecil dia berasa ada perkara yang dia perlu tahu tentang adik ipar bongsunya itu.

" Kalau takde pape kita tidurlah jom "
" Okay abang "

Unknown Killer Where stories live. Discover now