Dear, Liamysrh
Tajuk Karya : Korban Cinta
Genre : Fantasy RomanceCerita dia macam Scarlet Heart Ryeo la weiii, di mana orang zaman moden pergi masa lalu tapi Korban Cinta ni dia masuk ke dalam story dia buat sendir dan dibadan orang zaman lalu yg pengsan atau koma ntah apa hshs.
Buku keenam qes review. Bismillah.
COVER
🌻Cover dia simple dan tersusun, cantik! Nampak elegan sikit hehe.
BLURB/SINOPSIS
🌻 Blurb dia not bad tapi, banyak sangat dialog. Macam 8 dialog dan tak tahu siapa gerangan pemilik dialog tersebut.
STORYLINE
🌻 Qes baca sampai bab 8 tak silap. Jalan cerita dia hampir sama dengan Hae Soo/IU dalam Scarlet Heart hshshs, bezanya Afiyah/Kasturi ni penulis manakala Hae Soo/IU kosmetik.
Hae Soo/IU datang ke masa lalu sebab dia lemas dalam tasik time gerhana matahari dan Afiyah/Kasturi jatuh pada jam 2 untuk masuk ke dalam story dia buat. Pasal Tengku Muhammad, dia tu macam putera Wang So atau Wang Wook sebab jatuh cinta dengan Afiyah/Kasturi hshshshhhh.
Baiklah, jalan cerita dia memang best dari apa yang qes baca dan banyak bahasa istana *thumbs up
PERKATAAN
🌻 Qes lupa dia bab keberapa tapi ada tulisan jawi disitu dan ianya tersangatlah panjang, tak silap surat daripada Afifah/Mawar. Sebenarnya ramai lagi pembaca di luar sana yang masih tak berapa mahir dalam membaca tulisan jawi. Ada yang tersekat-sekat dan ada juga yang baru sahaja belajar membaca tulisan jawi.
Buku awak best jadi, tak boleh ramal siapa yang menjadi pembaca buku itu sama ada dia non-muslim atau muslim ataupun dia masih tak seberapa mahir dalam membaca tulisan jawi. Kalau taknak letak maksud/translate dia ke bahasa Melayu sebelah tulisan jawi tu, rasanya awak boleh letak kat paling bawah tu kan? Atau mungkin sebab surat tu tak penting sangat? hshshs
Qes sekadar menegur, qes minta maaf kalau ada perkataan qes yang boleh membuatkan kecil hati atau terasa ^_^
Rasanya itu sahaja bagi Korban Cinta hasil karya Liamysrh ^^
Sekali lagi, qes minta maaf kalau ada perkataan yang buat awak terasa. Maklumlah, qes masih budak baru ")
YOU ARE READING
Qesrwa Book Review | [ H ]
RandomSemua tau book review tu apa kan? Jadi, yang hati kental sila majukan diri. Jkjk Terbuka kepada semua penulis di dunia oren ini. Batch 01 - 🌻 close √ Batch 02 - 🌼 close √ Batch 03 - Batch 04 - BATCH 01 DAN 02 DAH PENUH. BATCH 03 AKAN DIBUKA SELEPA...