Kejadian semasa tahun 2019 :-
Waktu tu lepas solat Isyak, cikgu suruh kitorang naik ke dewan dalam keadaan berbaris. Campurlah semua. Masa tu hujan dan yang perempuan ada still pakai telekung.
Aku tak macam kawan aku yang selalu boleh nampak. Tapi aku punya jenis yang boleh mendengar. Kalau nampak, memang jarang. Kali pertama aku nampak semasa umur aku enam atau tujuh tahun. Tu pun nampak pocong atas bumbung rumah jiran aku.
Back to the story.....
Sekolah aku ni taklah beberapa keras. Di kala semua duk nyanyi lagu apa entah, aku terdengar seseorang menangis. Sayu-sayu je. Jauh pulak tu. Orang kata kalau jauh, perlahan tandanya dekat, kalau kuat tandanya jauh. Right?
Tangisan tu tak lama lepas aku tutup telinga aku. Tangisan tu lebih kurang sama dengan kawan aku. So bila dah sampai dekat dewan, aku pergi dekat team kawan aku. Aku tanyalah dia kalau dia ada nangis or buat-buat nangis. Tapi hampeh bila dia serius jawab "Tak", siap geleng lagi. Aku try pula tanya yang lain. Memang semua geleng. Aku pula dah pucat. Itu pada hari pertama.
Malam kedua
Hujan lebat, cikgu suruh ketua dan penolong setiap kumpulan pergi check khemah di padang. Risau pulak ada yang basah kena air.Masa tu baru lepas selesai solat Maghrib. Aku penolong dari pasukan aku dan ketuanya budak darjah lima memandangkan dalam kumpulan aku hanya tiga orang dari kelas darjah enam dan ketiga-tiganya perempuan termasuk aku. Aku yang last sekali keluar dari surau sekolah. Dengan menggunakan lampu suluh kawan, aku berjalan seorang diri ke padang. Aku bersyukur bila aku nampak yang lain still ada kat sana. Tapi tulah... Aku terdengar bunyi seolah-olah ada yang berjalan di atas bumbung astaka di padang.
Nak pandang malas risau nampak benda yang tak sepatutnya. Sesampai je aku kat khemah tu, diorang semua mengalihkan setiap beg ke depan untuk mengelakkan dari terkena air. Bila je selesai semua tu, kitorang berkumpul. Diorang tunggu aku sebab aku sorang berkelas senior disitu. Sebelum pergi, sempat aku kira bilangan diorang. Tak silap aku ada ramai. Lebih kurang 15 macam tu. Tapi bila kira balik just ada 10.
"Mana lagi lima?" Soal aku.
"10 jelah kak. Kalau dengan akak sekali jadi sebelas." Balas seorang dari dorang.
Jadi masa tu adalah kali kedua aku nampak makhluk halus. Dahlah kelima-lima tu ada tolong aku. Aku tak fikir pelik pun sebab tahun 2019, sekolah aku ada ramai pelajar baru yang masuk dan aku tak berapa kenal dengan diorang.
"Ouh.. Okey.. Aku kira lagi k. Sebelas sekarangkan" Mereka mengangguk. Aku sambung kira balik dalam hati.
'10.. 11.. 12..'
Bulu roma aku menegak. Asal genap pulak? Haih.. Pucat sia muka aku time tu.
"Asal kak?"
"Aku nak kata ni tapi lepas aku kata kita lari" Dorang mengangguk.
"Tadi ganjil tapi bila kira balik genap" Aku terus lari.
Yang otak loading masih kat sana. Seketika kemudian baru dorang faham dan lari.
Korang maybe tak rasa seram, tapi kalau aku seram. Aku serius.
Malam ketiga...
Kitorang tidur di bilik JQaf. Masa tu kira-kira pukul 3 pagi, kawan aku tersedar bila dia dengar bunyi guli terjatuh. Katanya seperti di tingkat atas tapi bunyinya seperti di luar bilik. Tak cukup dengan tu, benda tu main ketuk pintu pulak. Dia baca segala surah yang dia hafal dan selubung dibalik selimut. Tak lama kemudian bunyi tu hilang tapi gangguan lain pula yang datang.Kawan aku terdengar bunyi seseorang berjalan di luar. Bunyinya sangat kuat. Kemudian dengar seseorang berlari pulak. Nasib baik time tu dia di sebelah ustazah je. Dia goyangkan badan ustazah sehingga ustazah tersedar.
"Hmm kenapa? Nak ke tandas?" Soalnya dalam mamai.
"Ada bunyi kat luar" Kawan aku time tu memang pucat habis muka dia. Rasa nak pengsan, nangis pun ada. Aku, time tidur pun boleh dengar tapi apa boleh dibuat jika aku begitu letih? Aku dengar bunyi seseorang berlari tapi aku hiraukan sebab terlajak letih.
"Tak pe.. Tidur je. Lagi kamu takut, makin suka dia kacau. Ingat Allah" Kawan aku ikut apa yang ustazah kata dan dia lena hingga esoknya.
YOU ARE READING
Sesuatu Yang Aku Alami
Non-FictionTiada yang menarik pun dalam ff ni. Hanya beberapa kata or ucapan yang tersemat di hati dan diucap dari mulut. Juga beberapa pengalaman yang aku lalui seperti diganggu. Tolong singgah dan baca dahulu. mana tahu kalau best.