Rangkap Keduapuluh Dua - Ekspedisi XIV : Broken 2

21.8K 168 20
                                    

Suasana dikampung tempat dimana Imran membesar cukup menenangkan. Jumlah kepadatan penduduk tidak melampaui batas akan tanah yang ada. Masih terisi dengan kehijauan belantara dan dihiasi dengan corak liuk-lentuk sungai berdampingan dengan permandangan sawah padi. Hanya terdapat sebuah pekan kecil bagi para penduduk untuk berlibur dan mendapatkan barangan serta servis yang disediakan. Lengkap terbina dengan kemudahan asas serta perkhidmatan kerajaan dan kewangan. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut menggerakkan daun pelepah kelapa yang berada diatas kepala Imran. Berdiri Imran disitu menunggu kelibat Salwa. "Ehhh...Imran? Kenapa datang sini? Bukan kata nak jumpa kat sana je ke?", tanya Salwa sambil dipegang kain tuala yang mengikat tutup aurat wanita dikepala. Tercongok dimuka pintu hadapan rumahnya sambil berdiri memegang alang pintu. Ditubuhnya melekat tutup baju kelawar berwarna merah bercorak bunga. "Takde laa...kalau Imran nak ke warung Pak Lang Munir, kan lalu depan rumah akak? Tak salah rasanya kalau kita gerak sekali!", kata Imran. Rona-rona kemerahan kian timbul dipipi Salwa. "Romantiknya~macam dalam novel yang aku baca dulu! Hehehe...kena cepat-cepat siap ni! Tak nak bagi sang arjuna aku ni tunggu lama-lama! Hikk!! Gatal kau Salwa!!", jerit Salwa didalam hatinya. "Kalau macam tu...Imran tunggu kejap boleh? Akak siap dulu?", kata Salwa sambil tersenyum memandang Imran. "Ehey...dia senyum pulak! Lain macam pulak aku rasa nih. Macam betul je...apa acik aku cakap tadi ni!", kata Imran didalam hati. "Okay...Imran tunggu sini!", balas Imran.

Setelah siap Salwa menukarkan pakaiannya, mereka mula beredar meninggalkan perkarangan rumah Salwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah siap Salwa menukarkan pakaiannya, mereka mula beredar meninggalkan perkarangan rumah Salwa. Menapak menuju kearah warung Pak Lang Munir yang terletak berhampiran dengan sungai tempat mereka bermandi-manda sewaktu kecil dahulu. ".....sory Imran. Tunggu akak lama...!", kata Salwa membuka bicara. "Ehh...mana ada lama pun. Setengah jam je...!", kata Imran dalam nada menyindir. "Err....kau jangan laa cakap cenggitu! Kau yang datang terus panggil akak macam tu...tak wasap tak apa...at least bagitahu ler dulu. Orang perempuan ni perlukan masa untuk bersiap kau tau? Ingat semudah lilit-lilit siap? Lama tau nak pakai tudung ni...!", bebel Salwa sambil mencebikkan mulutnya. "Ceh...apa punya twist la pulak. Terus Imran yang salah? Macam tu pun boleh ek? Haha....akak still mengajar ngaji lagi ek?", tanya Imran kepada Salwa yang berjalan beriringan disebelah kirinya. "Uiks! Mana kau tahu?", tanya Salwa sedikit terkejut. "Emm? Bukan ada akak gantung bunting dekat pokok kelapa muda tu ke? Imran baca kat situ tadi...ke banner kutip tepi jalan saja-saja gantung simpan nak guna nanti-nanti?", balas Imran. "Eh...ada pulak banner tepi jalan. Betul la tu..akak masih ngajar budak-budak bawah 12 tahun ngaji. Lupa pulak ada gantung bunting...huhu...malu akak!", balas Salwa sambil tersenyum. "Ooohh...untuk budak-budak je ke? Yang dewasa sikit...12 tahun keatas macam tu? Akak tak ngajar?", balas Imran sambil memandang kearah wajah Salwa. Terus terlihat perubahan wajah Salwa. Daripada senyum sebentar tadi, terus bertukar muram. "Akak?", kata Imran apabila Salwa bagaikan mengelamun. Memikirkan sesuatu yang kurang enak. "Eh...ahh...ya...ehh...tak...akak memang dah tak ngajar dah budak start umur 17 tahun kebawah dah.", balas Salwa sedikit terabur intonasi suaranya. "Oohh...jadi dulu akak ada laa ngajar budak 17 semua tu..? Hemm...kenapa akak tak ngajar dah?", tanya Imran sekadar bertukar cerita. Tidak langsung dia tahu bahawa soalannya itu sedang menggoncang memori Salwa, membuatkan dirinya mengingati saat-saat gelap didalam hidupnya. "Emm...sebab ada kes dulu ni dengan budak-budak tu semua. Kurang ajar...! Yelah...baru remajakan? Semua benda nak dicuba..! Dah laa Imran...tak best pun cerita pasal hidup akak ni! Tu jelah kerja yang akak tau buat...lepas tamat SPM. Ceritalah pasal kau? Apa kau buat kat bandar tu?", balas Salwa.

Sebumbung Bersama 4 Gadis Jelita - SekunderWhere stories live. Discover now