12 Malam
Kelihatan ada sosok seperti lembaga sedang merayau-rayau di dalam rumah itu.Dia menuju ke sebuah tempat yang kelihatan ada seorang lelaki yang sedang khusyuk bermain telefon pintarnya dan orang itu adalah Jaehyun si Peramal betul atau tidak itu.
Lembaga itu berdiri tepat di belakang peramal muda itu sebelum memegang bahunya.
" Hei,Aku dah datang ni " Ucap gadis bernama Roseanne yang disangkakan lembaga itu.
Perlahan-lahan Jaehyun pun pusing sambil menatap Rose dengan wajah pucatnya.
Oleh kerana terlalu terkejut hampir sahaja gadis itu hendak menjerit namun sempat di tahan oleh Jaehyun.
" Ummmm "
" Hahahhahahah kau ini penakut sekali yer?tu baru kena prank dari aku kalau hantu betul ii tadi tak tahu lah apa yang kau buat nanti " ucap Jaehyun di susuli gelak tawanya.
Roseanne yang masih ditekup mulutnya mula rasa geram dengan sikap lelaki itu.
Dasar kau Peramal tak guna!Berani-berani yer kau mainkan aku?tunggu kau!
Tanpa berfikir panjang lagi jari Jaehyun pun di gigit oleh Rose tanpa rasa bersalah.
" Wuarghhh!Kau ini manusia ke anjing? " soal Jaehyun yang cuba menahan rasa sakit di jarinya.
Namun soalannya itu dibalas dengan muka toya Rose yang tidak bersalah.
Dengan rasa kesal terhadap Rose,Jaehyun langsung membuka telefonnya dan bermain.
Namun belum sempat bermain telefon pintar itu sudah di rampas Rose dengan cepat.
" Dah lah tu.Jangan lah main ii lagi!Ni adalah masa yang ditunggu-tunggu sekarang ni.Jadi buat lah sesuatu Jung Jaehyun, jangan tahu main phone je " ucap Rose dengan geram.
Jaehyun hanya diam dan mengeluh.
" Kalau yer pun jangan lah gigit tangan aku tadi.Kalau bukan sebab aku tutup mulut kau tadi.Memang sah ii Peramal Tua tu akan tahu yang kita belum tidur lagi " jawab Jaehyun cuba untuk membela nasib dirinya.
Rose hanya menjeling sambil buat muka ada aku kisah?
" Btw,Apa yang kau rasa tadi selepas gigit aku ? " soal Jaehyun gugup.
Rose yang sibuk melihat ke kiri dan ke kanan ,ke belakang dan ke hadapan hanya menjawab acuh tak acuh sahaja pertanyaan itu.
" Rasa apa?Setahu aku,aku langsung tak rasa apa ii bila gigit kau tadi. "
" Betul ke?kau betul ii tak rasa apa ii tadi? " Soal Jaehyun yang masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Rose sebentar tadi.
" Rasanya kita tidak berciumkan tadi.Jadi mana mungkin aku rasa apa ii "
" Btw aku hanya merasakan suhu badan kau sedikit rendah.Kau sakit ke? " Soal Rose yang kedengaran agak risau dengan keadaan Jaehyun.
Jaehyun hanya diam dan mengabaikan kata-kata Rose sebentar tadi.Kini matanya sedang fokus melihat ke arah Jam yang sudah menunjukkan tepat pukul 12.30 malam.
Firasatnya mengatakan yang hantu itu akan datang tidak lama lagi.
Tanpa melenggahkan masa.Lengam Rose pun ditarik oleh Jaehyun dan di bawa paksa menyorok di belakang sofa tersebut.
Rose yang masih kebinggugan hanya mampu menurut.
" Dia sudah datang,mari sembunyi dulu " beritahu Jaehyun ke arah Rose yang ada di belakangnya.
Rose yang mula meremang sudah memeluk kedua kakinya sambil melihat Jaehyun yang berada di sisinya.
" Kenapa kita sembunyi?hantu tu boleh je tahu kita ada kat sini " soal Rose yang masih tidak faham kenapa lelaki itu membawanya bersembunyi ketika itu.
" Siapa kata hantu boleh tahu? " soal Jaehyun balik ke arah Rose.
Rose yang hampir menangis kerana ketakutan hanya mampu menjawab dengan pasrah. " Tak ada siapa.Aku agak je "
Jaehyun diam seketika sebelum menjawab. " Kau takut sangat ke dengan hantu ? "
" Huhuhu...sudah! jangan tanya soalan itu lagi.Sekarang yang lebih aku takutkan ialah bila jantung aku bila ii masa sahaja berhenti berdetak lagi. Ucap Rose yang macam orang gila di depan Jaehyun.
Seketika suasan jadi hening dan
" Dia sudah datang " ucap Jaehyun berbisik.
Rose yang seperti cacing kepanasan itu mula lah tengok ke kiri dan ke kanan untuk melihat-lihat di manakah hantu itu berada.
Di situ dia dapat melihat dengan jelas yang hantu itu datang dari arah dapur rumahnya sebelum menuju ke tangga di mana tingkat atas berada.
Rose dan Jaehyun hanya duduk diam sahaja sambil melihat hantu itu menuju ke tingkat atas.
Rose yang tidak dapat mengawal takutnya cuba untuk mencubit legang Jaehyun agar dia tidak menjerit.Akibatnya Jaehyun terpaksa menahan sakit yang teramat di pergelangan tangannya.
Di satu arah.Kelihatan Peramal Lee baru keluar dari biliknya sambil melihat-lihat ke suasana sekeliling rumah itu sebelum bergegas mengikut hantu itu.
Rose yang risau mula memujuk Jaehyun untuk sama ii membantu Peramal Lee untuk hapuskan hantu itu.
" Macam mana ini?Apakah kita perlu bantu dia? "
" Tidak perlu.Aku yakin Peramal tua itu dapat mengalahkan hantu itu.Jadi tugas kau hanya tengok baik ii je okay " jawab Jaehyun dengan tenang.
Rose yang masih risau tentang keselamatan Peramal Lee itu mengikutinya dari belakang sambil melihatnya dari jauh.
Di situ peramal itu dapat berjalan dengan baik sekali biarpun gelap.Ia sepertinya tidak seperti Peramal Lee So Man yang dikenali Rose pada permulaan tadi.Namun segera fikiran negatif itu dibuang oleh Rose.Bagi Rose sekarang ini menghalau hantu itu adalah lebih penting daripada semua perkara.
Peramal Lee itu menangkap hantu itu dan menjatuhkan hantu itu di atas lantai.Tanpa melengahkan masa peramal itu pun segera melepaskan seluarnya.
Rose yang melihat itu mula berfikir sejenak.
" Apakah peramal Lee So Man menggunakan jurus menyiram air kencing ke arah hantu itu? seperti yang ada di dalam buku cerita yang aku selalu baca masa kecil tu? " monolog Rose dalam dirinya sendiri.
Namun tiba ii Peramal itu memberhentikan dirinya dari melepaskan seluarnya.Dia melihat hantu itu betul ii sebelum marah.
" Tak guna!Cik itu tidak ada di sini.Ini pasti kerja peramal muda tak guna itu yang merosakkan segalanya!Padahal kalau bukan sebab peramal itu tadi sikit lagi aku terkam gadis itu.Tapi semuanya sia-sia je sekarang! " Marah Peramal Lee yang tidak puas hati.
Rose yang tadi melihat adegan tersebut mula mengerti siapa sebenarnya Peramal Lee So Man ini.Dan dia yakin sekali sekarang ini peramal Lee So Man adalah seorang yang penjahat yang sebenar!
Tak guna!Mereka semua memang cari nahas dengan aku sekarang ini!
YOU ARE READING
Pengantin Di Dunia Yin Yang
FanfictionMengisahkan seorang gadis ( Roseanne Park ) yang ditakdirkan untuk mengahwini Hantu ( Kim Taehyung ).Dan Hantu itu pula ialah Raja yang menguruskan alam baka. Apa yang akan terjadi bila manusia kahwin dengan hantu? kalau nak tahu cerita sepenuhnya...