Part 4

41 4 0
                                    

Di dalam Teksi

Suasana di dalam teksi ketika ini hening sekali.Semua orang yang berada dalam teksi tersebut langsung tidak bersuara.Semuanya membuat kerja masing-masing.

Lelaki kacak yang berada di samping aku dijeling sekilas.Dia sedang sibuk bermain telefon pintarnya.

Manakala Lee So man hanya duduk termenung di depan sambil melihat pemandangan di luar tingkap.

Aku mengeluh.

Nampaknya aku juga yang kena buka topik kalau taknak rasa janggal.Hmmmm

" Hei,saya nak tanya satu benda boleh? " soal ku kepada lelaki kacak yang berada di samping aku.Memandangkan dia je yang dekat kat aku sekarang ni jadi why not aku tanya dia first kan?

Dia melihat aku sekilas sebelum menutup telefonnya. " Mesti lah boleh " jawabnya sambil matanya tertumpu ke arah aku.

Aku tersenyum senget cuba untuk menghilangkan rasa janggal sebelum memulakan bicara. " Nama awak siapa yer? " soal ku sambil membalas tatapannya.

" Jung Jaehyun? " jawabnya dengan senyuman.

Aku sedikit terkejut " Jung Jaehyun?Awak Jaehyun dari Nct 127 tu ke?ke nama awak je Jung Jaehyun? " soalku sedikit teruja bila mendengar namanya.

Jaehyun melihat aku. " Ya nama aku Jung Jaehyun.Tapi aku bukan Jung Jaehyun dari Nct 127 tu.Dan satu lagi sila kurangkan tengok Tv,Semua yang ada di Tv yang kau tengok tu adalah satu pembohongan semata-mata " ucapnya kedengaran serius.

Aku melihatnya dengan tatapan tak percaya.Aku tak sangka ada juga orang macam begini kat dunia ni.Ingat kan orang tua ii je yang selalu cakap benda ii karut macam ni.Tapi tak sangka pula orang muda pun ada yer?pelik pelik

" Ternyata masih ada orang berperangai macam ini yer? " keluh aku sambil melihat ke luar tingkap.

"Kau tak tahu ke?orang-orang macam kami ni suka simpan misteri?Macam nama sebenar sendiri. " Soalnya ke arah aku.

" Simpan misteri?kenapa korang nak simpan ii misteri pula ni?" soal ku sedikit ingin tahu.

" Sebab kalau kami simpan misteri.Terserlah lah aura peramal kami. " Jawabnya di susuli gelak kecil.

Aku yang rasa jawapan si Jaehyun tu tak masuk akal hanya mengiyakan jelah mampu.Menyesal betul bercakap dengan peramal macam dia ni.Hmmmm

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kami bertiga pun sampai kat rumah puaka tu.

Lee So Man yang kelihatan bersemangat mula mengatur langkah cepat memasuki perkarangan rumah banglo itu untuk melihat-lihat.

Dia sepertinya tidak mahu mengaku kalah dengan Jung Jaehyun si peramal betul atau tidak tu.

Manakala si Peramal Jaehyun pula hanya berdiri di sebelah aku sambil melihat-lihat tingkah si Peramal Lee So Man itu dengan tatapan meremehkan.

" Cik,Saya tidak mahu berahsia apa-apa lagi dari cik.Sebenarnya dulu tempat yang cik tinggal ini pernah ada orang meninggal. "

" Hawa roh hantu ni tersangat lah kuat,Saya rasa hantu ini belum bersedia lagi untuk pergi.Tapi Cik jangan risau,bagi saya masa sikit untuk pikir cara apa untuk usir hantu ini yer " ucap Lee So Man.

Aku yang ketakutan pada masa itu hanya mengiyakan je kata-kata peramal tua itu.Dalam fikiran aku hanya berfikir kalau hantu tu dah takde hidup aku pun aman! "Baiklah!Asalkan Peramal Lee So man dapat mengusir hantu ini.Saya sanggup bayar lebih lagi " ucap ku tanpa was-was.

Pengantin Di Dunia Yin YangWhere stories live. Discover now