Seperti biasa, aku akan meraya-rayau di perkarangan sekolah dan mengacau pelajar-pelajar yang lemah. Hari yang sama juga aku bertembung dengan lawan yang hebat. Orang terbabit merupakan pelajar sekolahku yang lebih tua daripadaku setahun.
Peluh mulai membasahi pipiku bukan keranaku gentar tetapi kerana cahaya matahari yang terik memancar tepat ke arahku. Aku berjalan dengan segak ke arah lawanku . Mata kami bertemu. Tiba-tiba bahunya melanggarku. Aku menjeling ke arah dia dan menggenggam buku limaku dengan kuat.
Jelingan aku seperti memberitahu dia supaya awas kerana 'permainan' ini baru bermula. Selepas sesi persekolahan, aku dan geng-geng aku sudah bersedia 'menjemput' kedatangan musuh aku. Ekspresi muka kami memaparkan kemarahan kami dan budak sial itu akan kami ajar teruk-teruk.
Kira-kira sepuluh minit kemudian, si sial itu muncul seorang diri. 'Ini peluang emasku!'bisik hati kecilku. Aku sudah bersiap sedia dengan sebatang kayu aku. Aku terus berlari ke arahnya dahulu sebelum rakan-rakanku yang lain mula beraksi lalu memukulnya dengan kayu tersebut, rakan-rakanku tergamam melihat aksi aku.
Guru-guru segera datang untuk mengawal keadaan. Setelah keadaan sudah dileraikan, ibu bapa aku dipanggil untuk berjumpa dengan pengetua. Walaupun berjumpa dengan pengetua sudah menjadi satu norma, tetapi naluri memberitahuku perjumpaan kali ini sangat serius.
Semasa perjumpaan tersebut, keadaan menjadi sangat tegang. Ibu bapaku bertengkar untuk kali pertama dan pertengkaran terjadi di pejabat sekolah. Mereka saling menunding jari disebabkan oleh afal aku. Maruah dan reputasi sekolah dan ibu bapaku serta maruah diriku sendiri dihancur dalam tanganku sendiri.
Orang kata, berita yang buruk cepat tersebar tetapi perkara perkara baik lambat tersebar. Kata-kata tersebut memang tepat sekali kerana tidak sampai sehari pun, berita ini tersebar luas di persekitaran kawasan aku. Nasib memihakku kerana kecederaan pelajar tersebut cumalah cedera ringan. aku tidak didakwa.
Sejak hari itu, orang ramai mengubah tanggapan mereka terhadap aku. Mereka sangka aku cuma nakal dan ingin bermain-main tetapi bukanlah seperti sampai sanggup memukul orang kerana tindakan ini tidak ada bezanya dengan ahli kongsi gelap di luar. Aku sendiri juga terkejut yang aku berani sehingga tergamak memukul orang, aku semakin gagal mengawal emosiku sehingga mencetuskan kemelut ini. Aku cuma berdaya membiarkan arus negatif menghanyutkan diriku. Kini, aku digelar syaitan.
Ramai yang telah memulaukanku kerana gentar sekiranya mereka akan menjadi mangsa seterusnya. Aku ingat aku masih memiliki kawan-kawan gengku, tetapi tidak sangka mereka cuma kawan semasa suka, bukan kawan semasa duka. Ternyata, aku tersilap pilih kawan.
Kemurungan ini mendorong aku bercampur dengan kumpulan yang lebih ganas, tamsilannya ahli kongsi gelap yang sebenar dan bukan yang sahaja setakat bermain-main seperti yang di sekolahku. Golongan ini terdiri daripada mereka yang berumur sekitar dua puluhan sehingga tiga puluhan. Mereka melakukan kegiatan haram demi mencari rezeki kerana mengikut hemat mereka, pekerjaan halal tidak menguntungkan.
Betul juga kata mereka, ibu bapaku bersusah payah dan mengambil jangka masa yang panjang, baru dapat pencapaian pada hari ini. Ironinya, kegiatan haram tidak perlu prestasi akademik yang baik mahupun usaha yang gigih untuk mengaut keuntungan yang banyak dan hanya mengambil masa yang singkat untuk menjadi kaya seperti skim cepat kaya.
YOU ARE READING
[✅] KERANA TERSILAP LANGKAH MARUAH TERGADAI
PoesiaMengisahkan seorang remaja yang terperangkap dalam kegelapannya sendiri. 26 September 2020 (Done)