chapter 14

1.1K 47 0
                                    

Kehidupanku,kembali sedikit demi sedikit warnanya🌈..

Walaupun tak pasti,tapi aku boleh rasakan dengan jelas asal warna hidupku berasal...kaulah punca segalanya danial,kau kah penyembuh hati ini...

Aku tanpa sedar,kini telah berpindah ke tempat danial tidur..dan yes aku tengah berbaring ditepi dia sambil menatapi mukanya yg kacak itu...

Syok punya syok perhati..tetiba dia bersuara pula...aku kemain lagi terkejut seorang diri...mata tutup badan tak gerak tetiba bersuara pula..tacut la baby ,taknak ark..tacut la baby😂

"Puas dah skodeng pepagi buta ni?"
Danial smirk sambil mata tertutup..

"Mana ada skodeng,aku saja nak pastikan yg abang still bernyawa..nanti apa apa jadi aku juga yg susah..hahah"
Aku menafikan segalanya dengan senyuman awkward aku....tak banyak dia react masa tu..

"Tak pelah macam tu,iska nak ke kamar mandi nak bersihkan diri habistu nak masak yea..kbyeew"
Aku bergegas bangun utk melarikan diri dari danial..dan sekali lagi usaha ku dipatahkan macam tu je...

Danial menarik kembali tanganku utk berbaring di lengannya..sempat meronta namun kini diriku telah dipeluk erat olehnya...nak taknak kena redha..

"Janganlah tinggalkan abang seorang,teman abang k..dengar ni walaupun ni sekadar percubaan bercinta bagi iska..tapi bagi abang pula semua ni bagaikan hadiah buat abang..ingat kata abang ni..hati abang hanya utk sayang dan hati sayang tu pula akan jadi milik abang seorang..faham!!"
Pelukannya semakin lama semakin erat,tapi tak pula membuatkanku sesak..
Hatiku seakan akan memberi petanda kepada setiap ucapannya adalah benar dan tulus..namun otakku ku pula memintaku utk tetap berpegang pada sebarang kemungkinan yg akan terjadi kelak..

Sekali lagi danial berjaya membuat hati dan otakku bercanggah dalam sesuatu hal yg telah pun telah lama dipersetujui..

Aku kaku seakan akan batu tanpa perasaan..
Dan secara tiba tiba danial mulai bangkit sedikit disampingku dan mengucupku lembut..morning kiss..

Dan semua disekitarku seolah olah terhenti seketika..seakan akan merestui kejadian ini,aku sempat berharap utk hal tersebut kekal sebegitu..namun apa kan daya aku hanya manusia yg lemah..dan perlu melalui setiap detikku tanpa harus berharap akan ada keindahan yg kekal selamanya utkku..

Dan mimpiku itu berakhir setelah danial melepaskan kucupannya itu...
Dan aku pun menolak sedikit tubuhnya agar tidak menghalangi diriku,setelah sepenuhnya berdiri aku pun menghulurkan tanganku..

"Nak temankan iska berus gigi"
Mukaku merah merona,gila malu syiot..

Mukanya tampak riang gembira dan hal itu membuatkanku senang...
Dia pun mengapai tanganku dengan senyuman..

"Abang nak..nak sangat..love u syg"
Kami pun menuju kekamar mandi bersama..

Kami berus gigi bersama
Dan bergurau senda sekali..

Mencukur kumis and misai dia pula aku yg tolong bersihkan..seumur hidupku baru sekali ini aku menawarkan diri utk berbuat sesuatu
Yg tak ingin aku lakukan...

Aku gembira hidupku mulai mengalami perubahan...tengah kusyuk membersihkan jambang dia..dia pun mulai buka bicara semula.

"Iska ni cantiklah..baru bangun pun comel lote je.macam manalah abang tak pernah terjumpa dengan iska?"
Pujinya yg membuatku sedikit geli hati..

"dah abang yg taknak ke office ayah abang..iska dah bertahun kerja sebagai personal assistent ayah abang..kira kira salah siapa tu"
Soalku semula padanya sambil ketawa kecil..mukanya yg sedikit berkerut membuatkanku ingin tertawa terbahak bahak padanya namun ku tahan..

"Pula dah...yelah yelah abang yg salah..tapi ayah tak pernah bagitahu abang yg dia ada PA yg secomel molek iska ku sayang ni..so bukan salah abang seoranglahkan"
Aku hanya mampu menggelengkan saja kepalaku ini tanda bersetuju..

Dia yg sibuk membebel dari tadi tak perasaan yg jambang dia dah selesai dibersihan..

"Abang pergilah ganti baju dulu,sampai bila kita nak berbual dalam tandas ni..baju ada iska sediakan tepi meja solek tu"
Dia yg menyedari hal tersebut terus bergegas ke dalam bilik semula..
Sebelum pergi dia sempat mencium dahiku Dengan lembut sekali..

Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat telatahnya sambil menyentuh dahiku yg dikucupnya sebentar tadi..

Pastinya kehidupanku sehari hari,selepas ini jauh lebih berbeza dgn kehadirannya..
Aku iska akan hadapinya dengan bersemangat...pray for me🌈

TBC
..........




my new mr lahanat is come(season 2)Where stories live. Discover now