Dia Azahar

86 1 0
                                    

Kisah ini aku mulakan dengan cebisan perbualan antara aku dan dia. Dia? Siapa dia? Dia Muhammad Azahar, lelaki yang pernah menjadi orang penting dalam hidup aku. Orang yang pernah selalu ada untuk aku, memahami setiap gelagat, pergerakan dan pemikiran aku. Orang yang pernah aku impikan akan menjadi bapa kepada bakal anak-anakku. Orang yang pernah berjanji ingin sentiasa ada untuk aku walau apapun yang terjadi. Tetapi orang itu jugalah yang aku sakiti dan aku juga tersakiti. Benar kata orang , kalau bertepuk sebelah tangan takkan bunyi tapi ini bukan kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan sebab bukan aku tak sayangkan dia tapi aku anggap mungkin hanya sampai disitu sahaja cerita aku dan dia.

6 Tahun yang pernah aku lalui bersama dengannya adalah 6 tahun yang banyak mengajar aku pelbagai perkara. Permulaan dan pengakhiran nya merupakan cerita yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Cerita ini tak mudah untuk aku kongsikan dalam bentuk penulisan. Cerita ni banyak memberi kesan dalam diri aku. Setiap bait dalam cerita ini aku ambil dari setiap sejarah perbualan aku dan dia. Semakin aku baca , semakin sakit rasa di hati ini, terluka dalam kata kata dan janji yang pernah diungkapnya.

"Aku tidak mahu menjadi tali kepada layang²mu, yang akan sentiasa menambatmu serta membuatkan mu mengikut gerak telunjukku . Jika putus tali layang² itu, layang² kan melayang jauh dariku dan jatuh ke bumi . Apa yang aku inginkan, kau yang sentiasa ada disisiku, menggengam erat tanganku dan begitu juga denganku yang akan setiasa disisimu dan menggengam erat tanganmu . Biarlah sedemikian rupa , kerana bagiku aku ini hanya insan biasa yang tak putus dari melakukan kekhilafan . Jika aku hilang punca, meleraikan genggamanku, dan tidak lagi seriringan . Kau ada dan masih menggengamku, tariklah aku semula, tariklah aku semula kesisimu,jangan biarkan aku ketinggalkan dibelakangmu  serta jauh dari pencipta dan begitu juga sekiranya hal sedemikian berlaku keatasmu  . Aku akan setiasa ada." ~Azahar

Manis kata katanya, seorang yang sangat puitis dan mahir bermadah pujangga. Setiap bait kata katanya tersusun penuh makna dan selalu membuatkan aku kagum akan dirinya.
Pernah jua aku mengetahui bahawa dia pernah menulis novel tentang kisah hidupnya namun tidak pernah sekali pun dia membenarkan aku membacanya. Aku pernah berangan menginginkan novel sebagai salah satu hadiah di hari bahagia kami tapi sayangnya tidak kesampaian.

Sampai disini dahulu cerita ini , akan aku sambung kisah kami. Berikan aku waktu kerana bukan mudah untuk kembali mengimbau salah satu babak dalam hidup aku. Terima kasih yang sudi membacanya.

Adwa & CintaWhere stories live. Discover now