Cinta atau bukan? Part 1

59 1 0
                                    

Muhammad Azahar , dari mana dan bagaimana kisah kami bermula? Semuanya bermula dengan rasa ingin tahu sang gadis kecil. Seorang yang suka mengenali ramai orang , seorang yang suka mendengar pengalaman dan kisah hidup orang agar dapat dia jadikan pengajaran.

Bermula di muka buku. Ya benar, kami bermula dia muka buku sebagai hanya kenalan walaupun hakikatnya kami saling mengenali kerana berada dalam kelas yang sama.Pada Azahar, aku merupakan orang yang pertama menegurnya di sekolah. Tapi pada aku pula , sama sekali tidak mengingati siapa yang pertama atau sebaliknya, kerana yang aku tahu hanyalah aku ingin mengenali semua yang berada dalam kelasku.

Aku seorang gadis yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam remaja, gadis yang memperoleh keputusan UPSR 4A ini berjaya memasuki sekolah menengah harian biasa yang berdekatan rumahnya. Pelik bukan? Sebenarnya aku mendapat tawaran ke sekolah menengah sains tapi ayah tidak merestui aku untuk ke asrama. Mungkin ayahku lebih mengenali anaknya.

Tetapi bagiku ketika itu, ayah telah menutup satu jalan untuk aku berjaya. Impian ku ingin duduk di asrama terkubur di situ sahaja. Pada ayah, asrama itu ada pengaruh yang tidak sesuai untuk aku dan mungkin akan memberi culture shock kepadaku. Tapi sebenarnya dia silap, anaknya ini lebih lincah dan bijak dari apa yang dia fikirkan.

Akhirnya dengan berat hati, ke sekolah harian juga lah tempat aku dan disitulah segalanya bermula, Kisah Aku dan Azahar. Cinta atau bukan? Kalian sahajalah yang boleh menilainya. Perkenalan kami bermula dari rasa ingin tahu aku terhadap dia. Dia yang aku rasa mempunyai banyak misteri dan cerita.

Aku mendekatinya dengan memancing dia akan cerita yang aku rasa mungkin ada kaitan dengan nya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adwa & CintaWhere stories live. Discover now