Seperti yang mereka janjikan untuk datang ketempat tersebut keesokan paginya untuk memastikan bahawa betul atau tidak suara seseorang meminta pertolongan.lisa,jennie dan rose orang pertama yang datang kesekolah diawal pagi kerana yakin bahawa mereka betul-betul dengar suara seseorang didalam perpustakaan lama tersebut.
Satu persatu mula datang diiringi dengan para pelajar yang boleh dikira datang kesekolah diawal pagi.seulgi dan jisoo datang bersama dan terus menuju kearah dimana ketiga gadis tersebut berada seperti mana yang dijanjikan tanpa menyimpan terlebih dahulu bag mereka.
Lalu diikuti oleh joy turun dari keretanya lalu berlari masuk kesekolah dan menjumpai mereka berlima yang berborak kosong sambil menunggu dirinya dan yeri.
"semua dah ada?"soal seulgi,rose menggeleng menjawab soalan dari seulgi.
"yeri belum datang lagi,kita tunggu lima minit lagi,kalau dia tak datang juga kita pergi dulu"kata jennie diangguki oleh lisa.
Namun tidak sampai lima minit,sudah terlihat yeri berlari kearah mereka dengan tergesa-gesa.
"haa..mian sebab lambat"katanya sambil mengambil nafas panjang kerana penat berlari.mereka berenam memberikan senyuman manis pada yeri dan dibalas senggehan dari gadis tersebut.
Mereka bertujuh pun berjalan beriringan keperpustakaan lama tersebut,dan berhenti tepat dihadapan sebuah perpustakaan usang dipenuhi oleh lumut dan daun-daun yang rimbun menutupi sebahagian bangunan.
Lama mereka bertujuh berdiri disitu tanpa berbuat apa-apa.hinggalah joy bertanya pada mereka.
"erm macam mana kita nak tahu orang tu ada dekat dalam atau tak?"semua mata tertuju padanya,masing-masing berfikir cara agar mereka tahu sama ada ada orang didalam sana.
"apakata kita panggil orang tu"kata yeri lagi.
"hello! Is there anyone inside?!!"jerit rose secara tiba-tiba.jisoo mengaruk tengkuknya dengan wajah yang sedikit kebinggungan mendengar perkataan rose.manakala yang lain menepuk dahi.
"rosieposie kita sekarang dekat korea,manalah orang tu faham apa yang kau cakap"kata jennie sambil menepuk pelan bahu rose.manakala yang lain tertawa melihat wajah rose yang memarah menahan malu.lain pula dengan jisoo yang masih binggung,seulgi mengambil perannya sebagai sahabat pada kim jisoo dengan menerangkan apa maksud rose tadi.
Dan secara tiba-tiba jisoo tertawa terbahak-bahak ditengah keheningan menyebabkan yang lain ikut tertawa melihat tingkah 4D jisoo.
Ditengah-tengah mereka tertawa sebuah suara memasuki gegendang telingga mereka dan secara automatik semuanya senyap seketika.
Dan kali ini mereka mendengar dengan sangat jelas bahawa ada sebuah suara meminta tolong datang dari dalam perpustakaan didepan mereka.
Mereka bertujuh memutuskan untuk berjalan mendekat kearah perpustakaan lama tersebut dengan perlahan-lahan.langkah mereka terhenti apabila mendengar pertanyaan yeri.
"macam mana kalau suara tadi bukan manusia?"soalnya.
"maksud kau hantu?"soal joy memancing keberanian yeri.yeri mengangguk selamba.
"kalau hantu sekali pun kita kena juga tolong,manatau dia tersesat ke apa.kesian dia"kata jisoo sambil memandang yeri.seulgi tersenyum kekok kearah kawan-kawannya yang terkejut seketika mendengar jawapan dari jisoo.
Fikirnya mereka berlima akan menertawakan dan mengejek jisoo namun sebaliknya,kawan-kawannya mengikuti arahan jisoo dan mengajak gadis tersebut dengan semangat tidak terkecuali lisa yang tersenyum manis sambil berjalan mengikuti kawan-kawannya yang lain.manakala seulgi berasa terharu sekaligus lega kerana pertama kalinya ada orang yang mampu menerima sikap dan keperibadiaan 4D jisoo selain dirinya.
YOU ARE READING
7Human in 1Soul
Fantasycerita dongeng adalah sebuah peneman semasa kita masih kecil,diceritakan setiap kisahnya yang mengandungi pengajaran dan nilai.namun banyak yang tidak mempercayainya hanya disebabkan kata "dongeng" begitu juga dengan ketujuh sahabat ini.tidak percay...