Sudah tiga jam mereka berjalan tanpa berehat mencari jalan keluar dari hutan ini namun itu semua sia-sia apabila langit didalam hutan tersebut semakin gelap.
"lisa kau tak penat ke?"soal yeri serba salah apabila sudah sejak tiga jam yang lalu dia masih digendong oleh lisa tanpa menurunkannya.
"ani"jawab lisa datar sambil memandang lutut yeri yang terluka akibat terjatuh semasa melarikan diri dari makhluk tadi.jujur dia sudah kepenatan namun mengingat keadaan kaki yeri yang terluka membuatkan dia terpaksa menahan penat.
"gomawo"kata yeri tersenyum manis walaupun tidak dilihat oleh lisa,dan diangguki oleh lisa.
Joy jatuh terduduk diatas tanah dengan peluh yang membasahi wajahnya.mereka semua memandang joy dibelakang yang sudah terduduk dan tiba-tiba rose juga terduduk kerana kepenatan.
Bagaimana tidak penat,tiga jam berjalan tanpa henti ditambah dengan perut yang lapar mengurangkan lagi tenaga mereka.
"kita berhenti dekat sini jelah,a-aku dah tak larat nak bawa badan aku ni"katanya sambil merebahkan badanya.
"haah aku pun dah penat,lapar"kata rose duduk bersila diatas tanah.mereka berlima berpandangan antara satu sama lain lalu seulgi mencuba memujuk joy dan rose.
"ok kita berehat,tapi bukan dekat sini.kita pergi dekat sungai sana"kata seulgi.joy dan rose mengangguk lemah lalu berdiri dan mengikuti langkah seulgi dan yang lain.
Setelah sampai dipinggir sungai lisa perlahan-lahan menurunkan yeri dan membantunya duduk.manakala joy dan rose sudah terbaring lemah.
"korang rehat dulu dekat sini,biar kitorang cari makanan dan kayu api"kata jennie,joy dan rose memberi isyarat tangan bahawa mereka bersetuju.
"aku dengan jisoo akan cari kayu api,korang berdua cari buah yang boleh dimakan."kata seulgi,jennie dan lisa mengangguk lalu berjalan menjauh mencari buah-buahan segar yang boleh dimakan.manakala seulgi dan jisoo mencari kayu api.
---jenlisa side---
Setelah beberapa minit lamanya memetik beberapa buah yang segar dan cukup untuk mereka sehingga esok pagi,lisa dan jennie memutuskan untuk datang semula ke tepi sungai dimana kawan-kawan mereka berada namun saat dilangkah ketiga jennie dan lisa memandang semak samun disebelah mereka yang bergerak menyebabkan kedua gadis itu membeku ditempat.
Jennie bergerak perlahan kearah lisa apabila merasa ada sesuatu yang pelik berlaku,kerana tidak mungkin semak itu bergerak begitu keras apabila tidak ada angin kuat yang meniupnya.atau ada makhluk yang menyeramkan disebalik semak tersebut?.
Lisa menggapai sebuah ranting kayu yang tak jauh darinya lalu mengarahkannya kesemak tersebut.manakala jennie tidak henti-henti berdoa dalam hati berharap tidak ada makhluk yang secara tiba-tiba keluar dan mengejar mereka.
Lisa memberanikan dirinya untuk menyelak semak tersebut menggunakan ranting kayu dan..
"unnie"jennie mengeluh lega apabila imaginasinya tidak menjadi kenyataan.manakala lisa mendudukkan dirinya diatas tanah sambil mengelus bulu makhluk kecil dihadapannya.
Seekor arnab putih yang sepertinya tersesat,agak mustahil ada arnab ditengah hutan tebal seperti ini fikir lisa,ditambah dengan makhluk menggerikan yang pertama kali dia lihat beberapa jam lalu saat mereka masuk ditempat ini.
Jennie menepuk pelan bahu lisa mengajaknya untuk pergi dari sana kerana langit sudah semakin gelap,mungkin kawan-kawan mereka sudah lama menunggu.lisa berdiri dan mengikuti langkah jennie meninggalkan tempat tersebut.
Sesampainya mereka berdua sampai ditepi sungai,seulgi dan jisoo sudah selesai menghidupkan api untuk mereka.lisa dan jennie meletakkan buah-buah yang mereka petik diatas tanah.
YOU ARE READING
7Human in 1Soul
Fantasycerita dongeng adalah sebuah peneman semasa kita masih kecil,diceritakan setiap kisahnya yang mengandungi pengajaran dan nilai.namun banyak yang tidak mempercayainya hanya disebabkan kata "dongeng" begitu juga dengan ketujuh sahabat ini.tidak percay...