1

35 1 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 pagi tetapi Nafiya masih lena dibuai mimpi. Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bermula.

Tok.. Tok.. Tok..

Bunyi ketukan pintu dari luar.

"cik Nafiya, bangun cik. Cik akan lewat ke sekolah nanti" Mak Zah cuba mengejutkan Nafiya untuk bangun ke sekolah.

"iya Mak Zah dah bangun dah ni" sahut Nafiya sambil menggeliat malas. Matanya digosok beberapa kali. Mulutnya pula menguap malas.

Dia memandang jam loceng diatas meja sebelum mula tersenyum sendiri.

"I'm already late" keluhnya sendiri.

Nafiya bangkit dari katil dan menuju ke bilik mandi.

°°°°°

"good morning dad. Where is mummy and Zaireen? " sapa Nafiya sambil menarik kerusi untuk duduk. Roti putih dicapainya.

"Ira tak reti tengok jam ke? Sekarang dah pukul berapa? First day sekolah dah buat hal datang lewat" tegur Dato' Zafri sambil melihat jam pada tangannya. Nafiya turut melihat jam pada tangannya. 7.30am.

"alaa, rileks la dad. I know what i do. Pagi pagi dah nak membebel. Urghh" kata Nafiya sambil muka menyampah.

"dahlah daddy dah lewat dah ni. Daddy pergi dulu. Ingat! Pergi sekolah untuk belajar bukan untuk tidur" pesan Dato' Zafri lalu bangun meninggalkan Nafiya sendirian.

"arghhhh" jerit Nafiya sekuatnya setelah daddynya keluar dari rumah.
Dia meneguk sedikit air putih didalam gelas.

Dia mula teringat tentang bagaimana dia boleh ditukarkan sekolah dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan.

Ini semua angkara Zaireen. Adik kembarnya yang selalu melaporkan perihal buruknya di sekolah. Akibatnya, Dato' Zafri menukarkannya ke sekolah harian biasa.

Dia mengambil beg dan terus menuju ke pintu utama. Kelihatan Pak Mat sudah menunggu untuk menghantarnya ke sekolah.

°°°°°

Sampai sahaja di pintu pagar sekolah, Nafiya sudah dapat menghidu bau malang yang akan datang kepadanya sebentar lagi.

Terdapat 3 orang pengawas yang sedang menunggu di pintu pagar sekolah. Ditangan masing-masing terdapat buku nota kecil bersama sebatang pen.

"thank you Pak Mat. Petang nanti jangan lupa jemput i tau" kata Nafiya sebelum turun dari kereta.

Nafiya berjalan seperti biasa. Riak wajahnya kosong tanpa senyuman. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan pengawas yang mengawasi pintu pagar itu.

"hei, berhenti!" arah seorang pengawas. Mukanya serius.

Nafiya mematikan langkah. Dia berpusing kebelakang memandang pengawas yang berani memanggilnya 'hei'.

"ye? Panggil i ke? By the way my name is Nafiya not hei. You think you siapa nak hei hei kan orang? Pengawas? Huh, baru jadi pengawas ada hati nak hei hei kan orang" kata Nafiya sinis sambil menjeling pengawas tersebut dari atas hingga bawah.

"ya, itu memang sesuai untuk orang yang datang lambat macam kau ni. Sia-sia pakai jam kalau tak pandai tengok jam" kata pengawas perempuan itu sambil menjeling jam tangan yang dipakai oleh Nafiya.

"boleh tahan jugak ye mulut you ni. Hm i rasa boleh bukak lah tudung tu. Tak sesuai lah people like you wear hijab. Nampak munafik sangat" bidas Nafiya selamba.

Pengawas itu menggenggam penumbuk. Hatinya terasa panas dengan kata-kata Nafiya. Ingin saja dia menampar muka gadis yang muda setahun darinya itu.

"ada apa ni Farza?" soal pengawas lelaki yang baru sahaja berada disitu.

"Faiq, saya rasa kita perlu bawa budak kurang ajar ni jumpa cikgu Lisa lah" kata Farza. Pengawas perempuan yang dari tadi asyik berperang mulut dengan Nafiya.

"excuse me, what did you call me? Kurang ajar? Hei pengawa.."

"stop it!" kata Faiq sedikit kuat. Matanya memandang Nafiya. Begitu juga dengan Nafiya. Pandangan mereka bertaut buat seketika.

Ketika itu jantung Faiq berdegup laju. Gadis keras kepala itu sekarang ini berada didepannya.

"apa nama awak?" soal Faiq lembut. Nafiya. Nafiya Zhahira. Ya, dia sudah tahu nama itu sejak sekian lama. Nama yang sering hangat diperkatakan oleh guru-guru disekolah itu.

"Nafiya" jawab Nafiya sepatah.

Seorang pengawas perempuan disitu mencatat nama Nafiya dibuku kecil yang dipegangnnya sejak dari tadi.

"okey, Nafiya awak boleh masuk ke kelas sekarang" arah Faiq dengan tenang.

Manakala Farza sedikit ternganga. Bukankah budak kurang ajar itu perlu dibawa kebilik disiplin.

"Where's my class?" tanya Nafiya sedikit bingung. Dan pengawas-pengawas disitu juga kelihatan agak bingung dengan pertanyaan Nafiya. Nafiya yang menyedari hal itu cepat-cepat meminta maaf.

"sorry, can you help me? Actually i still tak tahu i belajar kelas mana. So, boleh tak u tolong i cari kelas i kat mana?" pinta Nafiya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"sure" jawab Faiq dan terus berjalan bersama sama Nafiya untuk mencari tahu dimana kelasnya.

Dibelakang, jelas kelihatan raut wajah Farza yang geram melihat Nafiya yang boleh lepas begitu sahaja. Memang tidak adil. Tengoklah, aku report perangai kau kat cikgu Lisa nanti.

"macam mana awak boleh tak tahu awak belajar dalam kelas mana?" soal Faiq ingin tahu.

"sebab i tak ambil tahu" jawab Nafiya selamba.

Faiq tergelak dengan jawapan bersahaja Nafiya.

"i don't think that's funny"

"yes, but you're funny" kata Faiq sambil memandang wajah cemberut Nafiya.
Itu lagi membuatnya geli hati.

"hey, stop laughing" marah Nafiya.

"okay, I'm sorry" pinta Faiq sambil kedua belah telapak tangannya dilekapkan tanda minta maaf.

Mereka menghampiri papan kenyataan yang memaparkan senarai nama pelajar beserta kelas.

"oh, this is your name? Nafiya Zhahira binti Zafri?"

Nafiya menggangguk.

"4 Dahlia. Okey, now i know where's my class. Thanks to you for helping me"

"it's just nothing" kata Faiq sambil mengukir senyum.

"you know, i fikir semua pengawas kat sekolah ni poyo but i think i salah lepas kenal you and i like you" ucap Nafiya jujur.

"ish takde lah" kata Faiq malu malu sambil menggosok belakang lehernya.

"okeylah, i need to go. Jumpa lagi"

Nafiya meninggalkan Faiq berseorangan disitu. Faiq hanya tersenyum mengiringi langkah Nafiya yang jauh kehadapan meninggalkannya.

"amboi tersengih sengih bakal ketua pengawas kita ni" tegur Adam sambil menepuk lembut bahu kanan rakannya itu.

"ha'ah bro, kau dah tangkap cintun dengan minah cun tu ke?" soal Shah yang datang dari sebelah kiri Faiq.

"ish korang ni, mana ada" Faiq menafikannya.

"eleh ngan kitaorang pun nak berahsia. Jangan risau lah bro, kami takkan kasi tahu Puan Lisa lah"

"arh apa apa lah korang ni. Jom lah masuk kelas" ajak Faiq malas melayan. Dia memulakan langkah meninggalkan dua orang sahabatnya dibelakang.

I like you? Apa maksud dia? Ish jangan fikir yang bukan bukan lah Faiq. Dia suka kau sebab kau tolong dia bukan sebab dia dah jatuh hati kat kau.

***

Nafiya ZhahiraWhere stories live. Discover now