4

11 0 0
                                    

Nafiya membaringkan badannya ke atas katil. Sekolah pada hari ini sungguh memenatkan dan sangat membosankan.

"i need to go somewhere" omel Nafiya sendirian.

Lantas dia bangun untuk membersihkan diri. Sambil itu, dia memikirkan kemana dia hendak pergi selepas ini.

Setelah selesai mandi. Nafiya mengenakan solekan ringkas pada wajahnya.

Dia memerhatikan lama wajahnya dicermin. Dari dahi turun ke dagu tiada satu pun sama dengan mummy dan daddy.

Anak matanya bewarna coklat cair. Jauh berbeza dengan anak mata adik kembarnya yang bewarna coklat pekat.

Mereka kembar. Lahir pada hari yang sama. Dan dari ibu yang sama. Tetapi mereka mempunyai wajah berbeza.
Manakala, adik kembarnya mempunyai wajah seiras mummynya.

Mungkin kerana itu mummynya lebih menyayangi adik kembarnya.

Bukan mummy je. Daddy pun sama. Suka sangat lebihkan si Zaireen macam aku ni tak wujud.

Setelah puas dengan penampilannya. Nafiya segera turun ke bawah. Destinasinya ialah ke mall dan shopping sebanyak mungkin.

"Zhahira, nak pergi mana ni sayang?" soal mummy, Datin Naziha.

"shopping" jawab Nafiya sepatah.

"dengan siapa?"

"sorang je. I bukannya ada kawan" jawa Nafiya sambil memeluk tubuh.

"haa kalau macam tu ajak Zaireen sekali. Mummy tak suka la anak mummy keluar sorang sorang. Bahaya" cadang Datin Naziha yang merisaukan anak perempuannya yang keras kepala itu.

"mummy, i bukannya kecik lagi. Look, i dah besar okey. Don't worry lah. I tahu nak jaga diri i"

"sure ni. Mummy risau tau. Nanti ada kalau apa apa call mummy dengan daddy cepat cepat ya dan satu lagi jangan balik lambat sangat. Kamu tu anak dara" nasihat Datin Naziha lembut.

"yes mummy, i know. You don't worry okey. Bye" ucap Nafiya sambil memeluk dan mencium sekilas pipi mummynya itu.

***

Nafiya sampai ke destinasinya. Dia keluar dari perut kereta Audi dan terus melangkah masuk ke dalam bangunan yang besar itu.

Nafiya masuk dari satu kedai ke satu kedai untuk melihat apa yang berkenan dihati.

Dia membelek baju gaun yang sedikit terdedah itu. Cantik. Gaun yang bewarna kuning cair itu memikat hatinya.

Gaun itu hanya separas lutut bertali halus dibahagian bahu. Dia mengambil baju itu lalu membayarnya.

Selepas itu dia menuju ke salon rambut. Hari ini dia mahu mewarnkan rambut. Warna apa yang cantik eh.

"yes miss Nafiya, warna apa yang you nak kali ni" soal pekerja disitu.

Berdasarkan cara pekerja itu bertanya, nampaknya Nafiya sudah acap kali singgah di kedai itu.

"i have no idea la. You rasa gaya rambut yang mana jadi trend sekarang ni" soal Nafiya yang kebingungan memikirkan warna rambut yang akan dia pilih.

"trend sekarang warna like this" pekerja itu menunjuk gaya rambut yang gabungan warna kelabu dan ungu di telefon pintarnya.

"wow, its really nice. I like it. But sekarang ni i still lagi sekolah" keluh Nafiya.

"what do you think with light grey?" soal Nafiya.

"yes, sure. Sesuai dengan you"

***

Nafiya ZhahiraWhere stories live. Discover now