2

14 1 0
                                    

     Nafiya berjalan menuju ke kelas 4 Dahlia. Banyak mata mata yang memandang kearahnya dari dalam kelas. Tetapi Nafiya hanya beriak selamba.

Ape do dorang ni. Macam tak pernah tengok orang. Mata keranjang betol.

Tok.. Tok.. Tok..

Nafiya mengetuk pintu setelah sampai didepan kelasnya. Setelah itu dia melangkah kedalam kelas dan menuju ke tempat duduk kosong yang ada dipenjuru kelas. Haish apa la nasib aku kena duduk belakang sekali. Huh!

"excuse me, yang baru datang tu.." tegur cikgu yang berada di hadapan kelas.

Me? Nafiya mengarahkan jari telunjuk kepada dirinya.

"haa, awaklah. Kedepan" arah cikgu yang memakai tanda nama FARAH.

Nafiya mengeluh perlahan. Ini satu lagi bala.

"awak tahu kenapa saya panggil awak?"

"yeah, couse I'm late. I know that" jawabnya selamba.

"lagi?" soal cikgu Farah.

"what? Lagi? Apa yang laginya? I think i dah ketuk pintu before masuk right?" soal Nafiya bertubi-tubi. Cikgu ni ada aje nak cari salah aku.

"amboi awak ni. Bukan main sedap ye mulut" sinis cikgu Farah.

"fine cikgu. I'm so sorry okey?" ucap Nafiya malas. Kalau diikutkan mahu saja dia melawan kata cikgu itu. Terdengar cikgu Farah mengeluh kecil.

"awak yang nama Nafiya kan?" soal cikgu Farah lembut.

"yeah, that's me"

Ya, dia rasa semua cikgu mengenalinya. Nafiya Zhahira Zafri. Baru sahaja menapak ke sekolah namanya sudah dicatat dalam rekod disiplin.

Kesalahan pertamanya ialah mewarnakan rambut. Oleh kerana dia dari International high school, jadi dia bebas mewarnakan rambut sesuka hatinya.

"lain kali datang sekolah awal ye? Dan sebelum masuk kelas bagi salam dulu. Awak islam kan? Semua pelajar dalam kelas ni pun islam" nasihat cikgu Farah lembut. Tetapi tetap menyinggung perasaan Nafiya.

"yes cikgu, thank you. I will do that" kata Nafiya lalu terus menuju ke mejanya.

Mentang mentang dia pakai tudung. Aku yang tak pakai tudung ni nampak macam bukan islam. Geram betul.

Cikgu Farah menggelengkan kepala. Entah perangai siapa la dia ikut. Entah emak entah bapa. Haish budak budak zaman sekarang.

***

Nafiya ZhahiraWhere stories live. Discover now