NOVEL : BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA!

6K 117 22
                                    

BAB 1

“Oh damn!!!Dah lambat!!!”

Bella membetulkan skirtnya yang tersingkap ke atas sebelum turun dari kereta Toyota Camry mewah  milik papanya dengan terburu-buru.

Segera saja dia memecut laju ke perkarangan Sekolah Tinggi Persendirian Merien.Kelihatan pagar utama bermangga rapat.Beberapa orang pelajar merangkap senior juga juniornya terkandas di hadapan sekolah.Pak Guard sekolah ini memang tidak makan gaji buta...pelajar lambat sedikit pun..jangan harap nak dibukanya pintu pagar..Betul-betul straight dan ikut peraturan!

Ini semua gara-gara menonton drama Korea hingga lewat pagi.Bangun lambat...ada driver pun tak pandai drift kereta macam filem Too Fast and Too Furious,kalau tak mesti cepat sampai sekolah.Cehh..aku ni..menyalahkan driver pula..kalau naik kenderaan awam,basikal atau motorsikal pasti lagi lambat.Eh asyik membebel jelah aku ni!!.Bila nak sampai sekolah!!

Satu bahagian yang aku suka pasal sekolah aku ini..Sekolah Tinggi Persendirian Merien yang boleh disamakan dengan sebuah sekolah menengah kebangsaan ialah,sekolah aku bersebelahan dengan sebuah sekolah lain yang bernama Sekolah Tinggi Persendirian Omega.Tapi apa pula bagusnya???.

Apa yang bagus ialah,pagar belakang Sekolah Tinggi Persendirian Omega mengalami kecederaan teruk dan hampir saja tidak berpagar disatu bahagian atas tindakan vandalisma para pelajarnya.Dan apa yang paling pasti..aku pun turut serta merobohkan sebahagian kecil dari pagar itu.Ia ialah satu aktiviti yang menyeronokkan!!!

Bella dengan segera berlari ke bahagian belakang Sekolah Tinggi Persendirian Omega dan memasuki sekolah itu melalui satu bahagian pagar yang telah rosak dan terbuka.Pantas saja dia berlari,sepertilah berada di sekolahnya sahaja.

Dia perlu sampai ke Sekolah Tinggi Persendirian Merien sebelum pukul 8.00 pagi,kalau tak mahu pekak telinganya mendengar bebelan pengetua.Sebagai “Penolong Ketua Pengawas”  dia perlulah memberikan contoh yang baik kepada pelajar lain.

Bella berlari dan terus berlari di koridor bahagian belakang Sekolah Tinggi Persendirian  Omega dengan yakin yang langkahnya tidak akan dilihat sesiapa.Mujurlah legging sentiasa tersarung dikaki.Jika tidak mahu rabak skirt bewarna kelabu yang dipakainya.

Tiba di satu selekoh,jantung Bella seperti mahu tercabut apabila dia terlanggar seorang pemuda dan menyebabkan fail-fail yang dipegang pemuda itu bertaburan di atas lantai.Spontan pula Bella membantu pemuda itu mengutip semua fail yang berselerakan.

“Terima kasih awak..”

Syamrein terpaku,darimana pula datangnya pelajar jelita bervest purple dan berskirt kelabu disekolahnya itu.Pelajar barukah?.

Uniform pelajar perempuan Sekolah Tinggi Persendirian Omega bewarna firus.Setahunya uniform  gadis itu ialah uniform pelajar perempuan sekolah sebelah??.

Most welcome!!Saya nak cepat ni,maaf sebab langgar awak tadi,by the way..awak handsome!!!”

Syamrein tercengang seketika atas pujian mendadak gadis yang pasti bukan pelajar sekolahnya itu.Dia cuba mengikuti langkah gadis cantik itu namun niatnya tidak kesampaian apabila namanya dipangggil guru lain.Syamrien mengeluh kecil sebelum berlalu ke bilik guru dengan seribu satu pertanyaan tentang gadis jelita yang ditemuinya tadi.

Bella pula sudah tiba di tembok yang memisahkan Sekolah Tinggi Persendirian Omega dan Sekolah Tinggi Persendirian Merien.Dia membetulkan tali kasut,mengambil beberapa langkah kebelakang sebelum berlari dan melompat tembok yang  berketinggian lebih kurang sepuluh kaki.Mujurlah ada sebuah kerusi buruk tersadai disitu,senanglah dia hendak meloncat.

NOVEL : BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA!Where stories live. Discover now