"Trainee."
"Heol Ye Jiwon!"
Jiwon berasa bangga mendedahkan karier teman lelakinya kepada rakan-rakannya, bukan dapat menjamin masa depannya pun, malah makin menggugat posisi Hyunjoon di syarikat rakaman tu adalah.
"Jiwon, kau betul-betul—"
"Hey, kau pun tahukan Hyunjoon sayang aku? Aku buat apa pun dia akan dahulukan aku, jangan peduli sangat daripada perasaan aku, Hyunjoon tu—" Jiwon mengangkat bahunya, "Stalker. Dah lama dia pendam perasaan kat aku, mestilah dia sayang aku, kan?"
Dua rakannya terdiam, "Bad girl sungguh kamu." Jiwon tersengih kecil, "Dia asyik tengok aku dalam diam sahaja, rasa semak." balas Jiwon. Dia mengetap bibir, menerima panggilan daripada Hyunjoon.
"Hello?"
Kini Jiwon berdiri di hadapan Hyunjoon, masih mendiamkan diri, "Kita berhenti sajalah," Jiwon yang dari tadi menunduk lantas mengangkat kepalanya, "K-kenapa, Hyunjoon?" soal Jiwon. "Saya dah banyak berfikir, Jiwon. Saya sibuk dengan latihan, tiada masa untuk keluar dengan awak, ujian pun dah hampir—"
"Awak dah tak sayangkan saya?" Hyunjoon terdiam apabila Jiwon menyampuk, lelaki itu masih mendiamkan diri. "Maaf, Jiwon. Kita berhenti saja." ucapnya melangkah pergi sebelum lengannya ditarik Jiwon, "T-tolong Hyunjoon. Jangan buat begini."
"Saya tak kisah kalau awak tak dapat keluar dengan saya, saya tak kisah kalau kita jarang berjumpa tapi tolonglah, jangan."
"S-saya—"
"Cukuplah dengar suara awak sahaja, tak perlu hadiah atau apa-apa,"
"Jiwon,"
"Hentikan, saya nak hentikan semua ni."
YOU ARE READING
Second Chance ; Heo Hyunjoon
Fanfictionᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Dua pilihan terletak di tangannya, sama ada untuk rakan baiknya, atau gadis yang pernah dicintainya.