[6]

180 19 6
                                    

Di dalam kelas...

Sujung, Jihyo dan Soo Young memasuki kelas dalam keadaan heboh dengan gelak ketawe. Lelaki di luar kelas pula menjadi kecoh. Biaselah gadis famous. TaeHyung yang melihat kehadiran Soo Young tersenyum gembira.

"Annyeong Soo Young! Selamat pagi!" sapa TaeHyung dengan senyuman ceria daripade tempat duduk. Tangannya dilambai dengan penuh semangat.

"Annyeong TaeHyung, selamat pagi." balas Soo Young tersenyum manis sambil membalas lambaian TaeHyung. Gelagat mereka membuatkan Sujung and Jihyo tak senang hati. Setelah duduk di tempat masing-masing, due anak mate terus memandang tajam kearah Soo Young.

"Soo Young!" panggil Jihyo. Matanya ditajamkan lagi tanda tak puas hati.

"Erm?" sahut Soo Young lalu memandang pelik terhadap gelagat rakan-rakannya.

"Kau dah kenape dengan si TaeHyung tu? Macam rapat je..." tanya Jihyo sambil membuat muka tak suka. Tak naklah Sujung yang bertanyakan dahulu. Mulut gadis itu pedas sikit. Kalau pasal lelaki playboy tu je, mesti  gadis tu bakal menjadi raksasa.

"Tak rapat punlah... Korang je fikir bukan-bukan." balas Soo Young janggal.

"Kiteorang tak fikir bukan-bukan... Tapi gelagat korang berdua membuatkan kiteorang fikir macam ni." balas Jihyo tak suke.

"Kiteorang kawan jelah... Tak rapat sangat pun. Kawan biase je..." balas Soo Young tersenyum kelat.

"Kau tahukan kiteorang tak suke kau kawan dengan die. Kawan biase pun tak boleh." balas Sujung dalam keadaan berang. Hampir sahaja darah naik ke kepala.

"Kenapa..." tanya Soo Young  sayu.

"Kau tanya kenapa?! Kau tahu laki tu macam mane! Kau masih nak berkawan dengan die?! Macam mane kalau die cube ape-apekan kau?! Macam mane kalau die cube permainkan kau?! Die tu playboy! Kau dengar tak? Playboy! Kau patut sedar tentang bende tu!" sudah meletus api kemarahan Sujung. Satu kelas boleh dengar apa yang dikatakan oleh gadis itu termasuklah TaeHyung. Terus sentap lelaki itu.

Soo Young tersentak. Kata-kata Sujung membuatkan hati gadis itu hancur. Tidak pernah lagi Sujung memarahinya seperti itu. Malah Jihyo juga turut terkejut. Air mata Soo Young mula bertakung.

"Maaf..." ucap Soo Young. Kepalanya ditundukkan. Air matanya sudah pun mula mengalir dan semakin lame semakin deras.

"So-Soo Young..." Jihyo tersentak. Seorang gadis yang selama ni tersenyum dan sentiasa ceria, menangis buat pertama kali di depan mereka. Sujung juga turut terkaku dengan ape yang telah dilakukannya.

"S-Soo Young... K-kau okay...?" belum sempat Jihyo menyentuh bahu Soo Young bagi memujuk gadis itu, Soo Young terlebih dahulu bangun lalu beredar dari tempat duduknya. Satu kelas yang menyaksikan kejadian hanya mampu terdiam.

Pandangan Jihyo dialihkan kearah Sujung. "Yah! Han Sujung! Tak perlulah marah kat Soo Young macam tu sekali! Kau tengoklah ape yang dah jadi!" marah gadis itu.

"Biar! Aku cume nasihat die. Kalau die tak nak dengar cakap, pergi mampos dielah kalau ape-ape jadi kat die nanti! Aku tak nak bertanggungjawab!" balas Sujung berkeras hati.

"Aish... Soo-" belum sempat Jihyo berdiri dari tempat duduknya untuk mengejar Soo Young, seseorang terlebih dahulu berlari keluar dengan had yang paling laju dari kelas untuk mengejar gadis itu.

"TaeHyung?" Jihyo yang terkejut dengan tindakan TaeHyung terduduk semula di tempat duduknya. Die tidak berganjak dari tempat duduknya kerana yakin bahawa TaeHyung mampu memujuk kawan baiknye itu.

Di tempat TaeHyung...

TaeHyung mencari Soo Young di setiap penjuru sekolah. Namun kelibat gadis itu langsung tiada. Nafas semakin lama semakin laju kerana kepenatan. Riak muke TaeHyung juge turut cemas menunjukkan betapa risaunya lelaki itu.

[✖] ᴍʀ ᴘʟᴀʏʙᴏʏ ʟᴏᴠᴇʀ ➳ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now