SINOPSIS
Cerita ini adalah tentang kisah cinta LDR seorang gadis yang bernama Starla Eva,anak bungsu kepada Encik Richard dan Puan Mary Ann . Dia adalah seorang yang pada awalnya bersifat manja, keras kepala, dan sedikit degil. Namun sifat-sifat tersebut mula terhakis apabila dia dengan secara tidak sengajanya mula berkenalan dengan seorang pilot muda yang dikenali di dalam sebuah grup sembang santai menerusi aplikasi Whatsapp Messenger.
Niatnya asalnya hanyalah untuk berkawan dan menambah rakan kenalan yang datangnya daripada negeri yang berbeza. Di dalam grup tersebut tiada jurang sempadan di antara sesama mereka. Kesemuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjalinkan hubungan silaturahim dan ukhwah dengan kenalan-kenalan baru. Tiada sebarang pemisah walaupun mereka semua datangnya daripada bangsa, agama, dan budaya yang berbeza. Pantang sahaja ada masa yang terluang dia akan menyertai sesi bersembang bersama dengan setiap ahli di dalam grup tersebut.
Setelah hampir beberapa bulan menjadi ahli tegar dan ahli yang aktif, dia mula tertarik dan jatuh hati kepada salah seorang ahli di dalam grup tersebut. Setiap baris kata dan mesej daripada jejaka tersebut dihadamnya dengan begitu mekar sekali. Bait-bait indah diselangi dengan kata-kata yang mencuit hati membuatkan dia ingin mengenali dengan lebih rapat akan gerangan jejaka tersebut. Boleh dikatakan hampir setiap masa mereka berdua berbalas mesej di dalam grup tersebut. Ruang sembang di dalam grup tersebut saban hari dipenuhi dengan kata-kata puitis berbaur cinta daripada mereka berdua. Ahli-ahli grup yang lain hanya mampu memerhatikan sahaja gelagat puisi cinta sepasang merpati yang saling pikat-memikat itu.
Shawn. Dialah jejaka muda yang telah berjaya mencairkan hati kecilnya itu. Jejaka itu mempunyai beberapa sifat dan karakteristik yang telah berjaya menakhluki jiwanya secara halus. Jekaka itu pandai menghiburkan hatinya dengan menyakat, bergurau, dan kadangkala selalu mengirim rakaman suaranya yang menyanyi sambil bermain gitar sepanjang sesi bersembang di dalam grup tersebut.
Starla tahu bahawa bukan dia seorang sahaja yang menaruh perasaan sayang terhadap Shawn, bahkan ramai lagi ahli-ahli wanita lain yang juga menaruh perasaan yang sama sepertinya terhadap jejaka itu. Perasaannya adakala berbelah bahagi. Dia bimbang sekiranya dia tidak berkesempatan untuk menjalinkan hubungan ke fasa yang lebih jauh dengan jejaka itu. Dengan perasaan berat hati dia redha dan pasrah sahaja. Dia tahu bahawa seekor lebah jantan sedang dikelilingi oleh ratusan bunga yang melingkar mengeluarkan halwa manisan tersendiri. Dengan berat hatinya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan grup tersebut secara mengejut dan mula membawa hatinya yang sedang berduka lara itu ke benak paling dalam di sanubarinya.
Dalam masa yang sama Shawn terkejut dan terpinga-pinga dengan tindakan mengejut yang telah dibuat oleh gadis tersebut. Rupa-rupanya dia juga menaruh perasaan yang sama terhadap Starla. Nasibnya baik kerana dia sempat menyimpan nombor telefon Starla dan pada detik itulah buat pertama kalinya dia menghantar mesej secara peribadi kepada gadis tersebut. Siang malam dia memujuk gadis itu untuk kembali menyertai grup tersebut. Starla masih dengan egonya, walaupun dia mempunyai perasaan sayang dan cinta terhadap Shawn, dia masih berahsia dan tidak membuat sebarang pengakuan cinta kepadanya. Pada peringkat ini Starla ingin berkawan dahulu sebelum menjalinkan hubungan tersebut ke peringkat yang lebih serius. Sekembalinya dia ke dalam grup tersebut, muncul pula seorang jejaka baru yang seakan-akan menaruh perasan terhadapnya.
Shah. Ahli baru di dalam grup tersebut dengan lantang dan beraninya telah membuat pengakuan suka dan sayang terhadap Starla. Kesemua ahli di dalam grup berkenaan terkejut dengan pengakuan yang telah diluahkan olehnya. Starla tergamam. Jiwanya kini bercelaru. Dia tidak menjangkakan bahawa Shah akan membuat pengakuan demikian secara terbuka. Dia tahu yang Shah menaruh minat padanya tetapi tindakan jejaka itu langsung tidak dapat dihadam olehnya. Dalam masa yang sama Shawn bertindak menarik diri dengan keluar daripada grup sembang tersebut. Perasaan lelaki sukar ditafsir dan diramal. Hakikat itulah yang sedang menimpa diri Shawn. Dia sedih. Kerana insan yang sepatutnya melafazkan perkataan Sayang dan Cinta sepatutnya datang daripadanya, bukan daripada Shah yang entah dari mana muncul secara tiba-tiba lalu membuat pengakuan berani mati tersebut.
Shah pula menjadi bengang. Manakan tidak, tiada langsung sebarang reaksi yang diterima daripada gadis yang diminatinya itu. Buat kesekalian kalinya gadis itu menarik diri meninggalkan grup sembang tersebut. Acap kali juga dia menelefon dan menghantar mesej secara peribadi kepada gadis itu namun tiada satupun yang dijawab mahupun dibalas oleh gadis itu. Keadaan itu mendesaknya untuk menghubungi Shawn dan bertanya setiap persoalan yang bermain di benak mindanya. Pada pendapatnya mungkin Shawn hanyalah seorang sahabat biasa kepada gadis itu namun tanggapan itu salah sama sekali. Tindakannya itu boleh
diumpamakan seperti menyimbah sebaldi minyak petrol ke atas api yang sedang marak terbakar. Walaubagaimanapun nasibnya baik kerana Shawn memilih untuk memendam perasaan amarah dan kecewanya itu. Dia masih lagi mampu mengawal perasaan dan emosinya. Soalan yang paling menyeksakan hati jejaka itu adalah berkaitan dengan status sebenar hubungannya dengan Starla, si gadis yang menjadi idaman hatinya itu. Shawn memilih untuk berdiam diri dan hanya menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar seperti seorang abang angkat dan adik angkat. Pada saat itu Shawn sudah tawar hati dan dia mengambil keputusan untuk tidak menjalinkan lagi sebarang perhubungan dengan gadis yang juga menjadi idaman hatinya itu. Dia tertawa. Tawanya dalam tangisan. Dia sanggup melepaskan gadis impiannya demi kebahagian jejaka lain. Perjuangannya terhenti di situ.[Today 08:30 pm
Shawn _
Good morning girl.
Girl I hope u'll understand this.Please...don't be a judgemental k.Starla,I have to make a confession. Before it go too far, I need you to know that yg kita ni sebenarnya tak lebih daripada hubungan seperti seorang abang dan adik je. Saya harap kamu faham. I have my own journey. And the condition also apllied on u & I really wish that you can build a new relationship with 'Shah'. He's an innocent guy girl. Saya tak pernah lagi jumpa org yg GENTLEMAN macam dia. Jangan sombong2 taw.
You should know that the memories that we built before tak lebih daripada love-hate relay amongs ADIK BERADIK. Not more than that. Understand that.
Take care my lil sis. Urmmm..Last but not least, kalau dah ready nak makan nasi minyak nanti jgn lupakan saya kat sini.
Goodbye..
#AbangAdik #KeepCalmLikeShawn #Muahmuah
-SHAWN-]
Jiwa Starla hampir musnah berkecai apabila menerima mesej tersebut daripada jejaka idaman hatinya. Berulang kali dia menghubungi dan menghantar mesej bertanyakan situasi sebenar yang sedang menimpanya itu. Jawapan yang diterima hanya seperti melepaskan batuk di atas tangga. Hatinya terguris. Hampir setiap hari dia bermuhasabah diri. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan menyepikan diri dan adakalanya menangis buat satu tempoh yang lama. Adalah mustahil baginya untuk menerima insan baru yang langsung tidak diketahui asal kedatangannya dengan begitu mudah. Dia memerlukan masa dan ruang untuk memulihkan kembali jiwanya yang hancur berkecai itu.
Apakah suratan takdir yang bakal dan harus ditempuhi oleh si gadis yang bernama Starla Eva? Segala persoalan dan jawapan terkandung di dalam kisah 'I LOVE YOU FROM 36,000 FEET.
YOU ARE READING
MY DEAR CAPTAIN, l LOVE YOU FROM 36,000 FEET
Lãng mạnJodoh.... Kadang kita tak sangka ianya berada dekat dengan kita. Memerhati dan menyayangi kita tanpa kita sedarkan. Malah disaat kita memerlukannya ,ia tampil menghiburkan ,menyokong dan begitu memahami sedang kita tak terpandangpun bahkan menyedar...