MY DEAR CAPTAIN, I LOVE YOU FROM 38,000 FEET

55 3 0
                                    

BAB 1

"Jangan mudah percaya dan jatuh cinta apatah lagi dengan orang yang kau kenal dari alam maya tu Starla. Aku tahu mungkin kau akan terasa dengan apa yang aku cakap ni. But as a friend, aku just nak mengingatkan je. Aku tak mahu kau terluka di satu hari nanti disebabkan oleh hubungan yang tak jujur dan penuh dengan kepalsuan tu". Camalia menyusun kata, berharap agar gadis itu tidak akan berprasangka buruk dan memahami akan niat baiknya itu. Dia tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Cukuplah dengan peristiwa pahit yang pernah menimpa dirinya dahulu. Kali ini dia tidak akan sesekali membiarkan peristiwa itu berulang lagi kepada dirinya mahupun kepada gadis itu.

Starla yang khusyuk dari tadi melayani mesej di dalam grup sembang Whatsapp mengalihkan pandangan sambil tersenyum.

"Jangan risau okey. Aku takkan mudah untuk jatuh cinta. Kau sendiri maklum akan perangai akukan? Cintaku terlalu mahal untuk dimiliki dan hanya individu-individu tertentu saja yang boleh memiliki aku. Kalau dia boleh membuatkan aku menjadi maka dia layak untukku".

Camalia tersenyum, sedikit kelegaan dihatinya, namun dia masih belum puas untuk menyuarakan kebimbangannya.

"Baguslah kalau kau tetap dengan pendirian kau. Starla, aku harap kau mampu untuk mengawal hati dan nafsu kau.Sebagai sahabat aku cukup bimbang..kalau-kalau kau tersasar jauh dari pendirian asal dan akhirnya menjadi lemah dengan kepalsuan yang tidak terzahir di dunia nyata ini. Kau masih mentah lagi. Kau belum kenal lagi sepak terajang percintaan dalam dunia maya ni. Kau belum kenal lagi sebab kau masih dalam proses belajar lagi. Apa yang aku dapat katakan adalah tak semua orang itu jujur jadi aku harap kau berhati-hati apabila berkawan dengan sesiapa pun yang kau kenal dari dunia maya tu". Panjang lebar pesanan yang dititipkan oleh sahabat baiknya itu.

Pengalamannya ditipu oleh beberapa orang kenalan yang dikenali di media sosial pada suatu ketika dahulu meninggalkan impak yang cukup besar terhadap dirinya. Ditipu dari segi wang ringgit, dijanjikan dengan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan, dan tak lupa juga dengan janji-janji manis dan palsu oleh segelintir lelaki yang kebanyakannya berhidung belang belaka.

Dan semua ini mengajarnya untuk seringkali berwaspada di dalam pelbagai situasi dan kehidupan seharian. Oleh sebab itulah dia memberikan nasihat dan peringatan keras kepada sahabat baiknya yang telah dianggap seperti adik kandungnya sendiri itu.

************************************************

Setiap butir bicara yang dilontarkan oleh Camalia dihadamkan dengan begitu serius. Renungan mata kecilnya itu seolah-olah tidak berkedip .Telefon pintar yang tergenggam kemas di tangan kanannya tadi diletakkan dengan begitu cermat di atas meja kayu.

Camalia tertawa sendiri. Ketawanya disebabkan oleh renungan tajam gadis itu. Dia sedar bahawa tumpuan yang diberikan oleh gadis itu sudah difokuskan 100% terhadapnya.

"Kenapa ni? Relax okey, asal kau pandai dalam menjaga diri itu cukuplah. Kau pun bukan budak-budak lagi. Ingat, jangan senang-senang mempercayai seseorang. Hadam tau apa yang aku cakapkan ni ". Pesannya lagi sambil menggaul rencah mee di dalam mangkuknya itu.

"Dahlah tu beb. Cepat makan. Panas-panas lagi tu." Pelawanya lagi.

"Camalia, kau tau tak aku tiba-tiba je hilang mood nak menyembang dalam grup tu. Kaulah ni kacau daun sangat. Apapun aku nak berterima kasihlah kat kau sebab tak pernah putus-putus menasihati aku yang cukup lemah ni." Balasnya. Sesekali dia menghirup sup sambil memperincikan pandangannya ke dalam ruangan restoran yang berkonsepkan fusion itu.

"Sebab aku ke atau sebab lain? Kau ni ada-ada je. Aku sayangkan kau tau tak? Kita berdua ni dah macam adik beradik okey."

"Sebab kaulah. Bukan sebab lain. Yelah, aku pun sayangkan kau jugak. Kau jangan risau sangat okey? Thanks kak Camalia."

MY DEAR CAPTAIN, l LOVE YOU FROM 36,000 FEETWhere stories live. Discover now