NEW STUDENT,NEW SCHOOL!

56 14 2
                                    

  Putri Bintang Alana seorang gadis yang berumur 17 tahun. Beliau merupakan seorang anak tunggal kepada Tuan Said dan Puan Fatimah. Putri Bintang Alana atau lebih dikenali sebagai Bintang. Bintang diberi nama begitu kerana sewaktu dilahirkan wajahnya kelihatan berseri ii serta putih ii kemerahan. Bintang seorang gadis yang bijak dan memiliki wajah yang anggun.

                                ✨✨✨

   "Weyh,bintang kau dapat kelas mana?,"tanya Fatihah yang merupakan sahabat baik kepada Bintang. "Ermm..aku dapat kelas 5 Anggerik,kau pulak dapat kelas apa?",balas bintang serta bertanya semula kepada Fatihah. "Wah,alhamdulillah..kita sama kelas,yeay!!",mereka berdua gembira sambil bersorakan. Sebenarnya mereka berdua telah mengambil pilihan untuk berpindah sekolah bersama pada tahun ini. Mereka ingin menjawab SPM di sekolah yang baharu dan kehidupan yang baharu supaya tidak diganggu kefokusan terhadap pelajaran oleh sekumpulan gadis yang dikenali sebagai '3 princesses'. 3 princesses ialah sekumpulan gadis yang sombong dan berlagak,masing ii merupakan anak orang kaya ii. Mereka juga sering membuli Bintang dan Fatihah.

                               ✨✨✨

   Bintang dan Fatihah segera menuju kearah pejabat dan berjumpa dengan guru yang bertugas. Setelah mereka berjumpa dengan guru yang bertugas,mereka dibawa oleh guru tersebut menuju ke arah kelas 5 Anggerik. Suasana yang riuh sekitar kelas 5 Anggerik sebentar tadi telah bertukar menjadi senyap sunyi apabila terlihat kelibat Puan Rohaya selaku guru paling garang di sekolah itu. "Bangun!selamat sejahtera Cikgu Rohaya",jerit Adam selaku ketua kelas 5 Anggerik diiringi pelajar-pelajar yang lain sebaik sahaja Puan Rohaya melangkah masuk kelas tersebut. "Selamat sejahtera,hari ini ada 2 pelajar baharu yang akan bersama dengan kamu mulai hari ini.",terang Puan Rohaya. "Sila perkenalkan diri kamu ya,saya ada urusan yang nak di selesaikan",sambung Puan Rohaya lagi. "Hai,saya Putri Bintang Alana binti Said Rafique,boleh panggil Bintang,saya dari sekolah SMK Aman Damai,selamat berkenalan",Bintang memperkenalkan dirinya dalam keadaan yang malu tak terkata,mukanya juga kelihatan merah padam menahan malu dihadapan kawan ii barunya. "Hai,saya Fatihah Amani binti Amir,boleh panggil Fatihah,saya juga dari sekolah yang sama seperti Bintang,selamat berkenalan",sambung Fatihah. Mereka disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar kelas 5 Anggerik,ada yang bertanya latar belakang keluarga mereka dan ada juga yang memuji-muji kecantikan yang dimiliki oleh Bintang. Bintang berasa gembira kerana apa yang difikirkan menjadi sebaliknya,dia mengagak bahawa kawan-kawan baharunya semuanya sombong malah terjadi sebaliknya.

                               ✨✨✨

   "Hai,so you lah Bintang yang tengah viral sebagai gadis paling cantik di sekolah SMK Bahagia ni,btw nama aq Emelda Katrina,you can call me Mel",tegur salah seorang gadis yang berada dibelakang Bintang. "Ouh,hai Mel. Saya Bintang,saya ni tidaklah cantik mana,awak lagi cantik dari saya",balas Bintang dengan wajah yang tersenyum mesra. "Heyy,lamanya awak pergi beli makanan..dah berjanggut saya",marah Bintang setelah terlihat kelibat sahabat baiknya itu muncul dihadapannya. "Orang dah belikan makanan bukannya nak berterima kasih,ini marah pula yang dapat.",rungut Fatihah dengan suaranya yang manja. "Hehe sorry-sorry,thank you my Fatihah belikan,sayang awak muahh",balas Bintang sambil diiringi ketawa kecil. "Ouh hai,awak ni siapa?",tanya Fatihah setelah perasan kelibat Mel yang berdiri disitu. "Mel",jawab Mel lalu beredar meninggalkan tempat tersebut. "Eii,sombongnya dia. Bintang,awak kenal ke dia?,saya rasa meluat tengok muka dia rasa macam nak je tumbuk muka dia",Fatihah meluahkan perasaan geramnya yang telah dipendamkan sejak tadi. "saya tak lah kenal mana,awak jangan marah ii okey..nanti hilang kecomelan awak tu,hehehehe", pujuk Bintang untuk menenangkan hati Fatihah.

                               ✨✨✨

   "Bintang,macam mana dengan hari pertama persekolahan kamu?",tanya Puan Fatimah kepada anak perempuannya yang baru sahaja pulang dari sekolah. "Best!Bintang dapat kawan baru and budak kelas Bintang semuanya peramah ibu",balas Bintang dengan wajah yang teruja. "Hah,bagus lah tu. Bintang jangan sombong pula dengan kawan baru tu ye..nanti ramai tak suka",pesan Puan Fatimah. "Ya ibu,Bintang tak sombong..Bintang kan baik,hehehe",mereka dua beranak ketawa kecil setelah terdengar gurauan manja Bintang.

                               ✨✨✨

  Setelah siap membersihkan diri,Bintang terus mencapai telefon bimbitnya dan mengirim mesej kepada Fatihah.

perbualan di mesej~

Bintang: Assalammualaikum Fatihah are           you okay with Mel?
Fatihah: Waalaikummusalam,saya tak       suka lah dengan perangai dia tu
Bintang: Hmm,esok awak try lah tegur dia okey
Fatihah: Eii tak nak lah menyampah saya
Bintang: Kalau awak tak suka dia saya pun tak rapat lah dengan dia
Fatihah: Waahh!faham juga awak dengan saya
Bintang: Biasa lah kita kan sahabat,siapa yang awak tak suka saya pun tak nak suka
Fatihah: I love you,okay lah esok jumpa saya nak buat kerja sekolah ni
Bintang: I love you moree,okay saya pun
Fatihah: Assalammualaikum
Bintang: Waalaikummusalam

                

We Are BestfriendsWhere stories live. Discover now