KU AKAN MENANTI

33 13 1
                                    

  "Weyh Fatihah,sejak bila kau rapat ngan budak tu?",soalan demi soalan yang Fatihah dapat namun tidak dijawab walau satu dan hanya diam membisu. 'Syu,cepat sembuh..aku rindu kau,kuat tau lawan kanser kau' hanya ayat tersebut yang diulang-ulang oleh Fatihah. Fatihah kelihatan tidak bermaya dan lemah semasa sesi pembelajaran dijalankan,guru kelas 5 Anggerik mengesyorkan supaya Fatihah hanya berehat dirumah. Fatihah hanya menuruti.

                               ✨✨✨

   Pada malam tersebut Fatihah bermimpi bahawa dalam mimpinya Syuhada datang menemuinya dalam berpakaian serba putih...lalu berkata"Fatihah,awak jangan sedih tau..awak kena kuat", lalu Fatihah terbangun dari tidurnya. Perkara tersebut berlaku setiap malam. Hari minggu telah pun tiba,Fatihah meminta izin kepada ibunya untuk melawat Syuhada. Fatihah disambut oleh ibubapa Syuhada dan menuju kearah hospital. Setelah tiba di hospital,waktu melawat pun bermula. Syuhada kelihatan sangat gembira apabila didatangi oleh ibubapanya dan air matanya mengalir deras setelah melihat kedatangan Fatihah. Mereka saling berpelukan. "Awak minggu ulang kaji dah nak tiba,saya harap awak cepat sembuh ya",Fatihah memberikan info tersebut kepada Syuhada. Syuhada hanya membalas senyuman.

                         ✨✨✨

  Hari berikutnya Syuhada tidak dibenarkan pulang lagi. Fatihah seperti biasa hanya keseorangan,kesepian tiada teman,dia juga sudah tidak peramah seperti kebiasaan. Fatihah mula menjauhkan dirinya dari semua orang terutamanya Bintang. Setiap hari Fatihah berdoa agar Syuhada cepat sembuh. Bintang sesekali mencuba untuk menegur Fatihah tetapi tegurannya diendahkan.

                           ✨✨✨

   Semakin bertambah detik waktu berlalu semakin kuat rindu Fatihah kepada Syuhada. Hanya waktu yang tertentu sahaja mereka dibenarkan untuk melepaskan rindu. Fatihah berubah 100 peratus disebabkan ketiadaan Syuhada. Namun dia cuba untuk kuat dan terus bangkit. Dia mula fokus dalam pelajaran. Bintang juga begitu,semakin hari dia mula rindukan sikap Fatihah yang dulu. Mel sentiasa menggunakan kebaikan Bintang untuk kepentingan diri sendiri. Fatihah sentiasa menanti akan kepulangan Syuhada dari hospital begitu juga Bintang yang akan menanti perubahan Fatihah yang dari pendiam kepada ceria semula.

We Are BestfriendsWhere stories live. Discover now