MIMPI KE?

34 13 3
                                    

  "Syu.....bantuan pernafasan nya dicabut pagi tadi semasa kamu semua menjawab SPM,cikgu nak bagitau kamu tadi tapi cikgu tak nak mengganggu kamu",terang Puan Manis. Fatihah bagaikan hilang kata-kata. Air matanya mengalir,Bintang juga turut bersedih. Fatihah berlari menuju kearah tandas berkaitan. "Bintang,awak pergi cari Fatihah ye, tengokkan dia bagi pihak saya", pinta Puan Manis. Bintang menuruti arahan Puan Manis.

                             ✨✨✨

    Bintang mendapatkan Fatihah. "Weyh...tolonglah bagitahu yang ni hanya mimpi...weyh aku tak kuat,aku sayang dia", Fatihah berkata dengan suara yang teresak esak. "Weyh jangan nangis,nanti aku pun nak nangis..kalau dia ada mesti dia marah tengok kau nangis sebab dia",Bintang cuba mengambil semula semangat untuk Fatihah. "Fatihah,heyy...dengar ye,Allah temukan dia dengan kita semua ada sebab..Allah ambil dia juga mungkin ada hikmahnya..",Bintang juga turut mengalirkan air mata. "Malam ni aku nak pergi rumah Syu,kau temankan tau",pinta Fatihah. Bintang hanya mengangguk.

                           ✨✨✨

   Kesunyian rumah tersebut dipecahkan dengan suara laungan salam oleh seseorang. "Assalammualaikum", "Waalaikummusalam,Fatihah masuklah.",Ibu Syuhada mempelawa Bintang dan Fatihah masuk ke dalam rumah. "Aunty sihat?uncle?",tanya Bintang. "Aunty and uncle sihat Alhamdulillah",balas ibu Syuhada. "Aunty macam mana dengan keadaan Syu?",Fatihah memulakan sesi perbualan. Ibu Syuhada tersentak mendengar soalan tersebut. "Uncle masuk dalam bilik dulu ye,kamu berdua boraklah dulu", ayah Syuhada meminta izin untuk memberikan mereka sedikit privasi. "Syu..dah tak ada,majlis kebumi dia petang tadi..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar",terang ibu Syuhada lalu mengenang peristiwa yang perit petang tadi. "Aunty saya minta maaf,saya tak berniat nak buat aunty sedih..salam takziah ye buat Aunty sekeluarga",Fatihah mula berasa bersalah. "Aunty baru ingat yang Syu ada tinggalkan surat buat Fatihah,sebentar ya aunty pergi ambilkan",ujar ibu Syuhada. Fatihah dan Bintang tertanya tanya.

                             ✨✨✨

     Ibu Syuhada menghulurkan surat tersebut lalu Fatihah dan Bintang pun meminta izin untuk pulang kerumah. Mereka langsung tidak berbual. Perjalanan pulang kerumah malam itu sungguh sunyi dan gelap hanya bertemankan lampu jalan dan lampu suluh. Setelah tiba,Fatihah terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu dan membuka surat yang diberikan oleh ibu Syuhada.

__________________________________________

Kehadapan sahabatku Fatihah,
Saya ingin meminta maaf atas segala kesilapan saya. Lupakanlah saya dan segala kenangan kita...anggaplah seperti saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Walaupun saya dah tak ada nanti,awak doakanlah syurga menanti saya. Terima kasih kerana awak sudi berkawan dengan saya. Anggaplah pertemuan ini hanya perancangan Allah. Allah sayangkan awak Fatihah. Dia hadirkan saya tatkala Bintang meninggalkan awak dan Allah hadirkan semula Bintang dalam hidup awak lalu mengambil saya semula. Allah tak nak awak bersedih. Please jangan menangis akan pemergian saya,saya dah tak lama kat dunia ni. Ingat tau,anggap je saya ni sebagai ilusi awak sahaja. Teruskan berkawan dengan Bintang,jangan disebabkan benda kecik korang bergaduh. Nanti saya tak ada,siapa nak dengar luahan korang bergaduh tu. So jangan sedih ii ye..awak perlu terus kuat dan jalani hari ii biasa tanpa saya.
Awak,saya sayang awak..saya tak pernah jumpa orang yang anggap saya ni sahabat dia macam awak anggap saya sahabat. Jangan nangis ye,tak comel lah. Bye awak..assalammualaikum..jaga diri tau.
Yang benar,
Syu
___________________________________________

      Fatihah menangis teresak esak. Dia rindukan Syu. Fatihah terlalu penat hingga terlelap.

                              ✨✨✨

    "Hai Fatihah,aku nak minta maaf sebab sakitkan hati kau semalam,aku tahu aku tak patut buat camtu...sorry tau", Ujar Bintang. "Hah?kenapa?bukan benda tu dah lama ke?",Fatihah terpinga pinga sambil meneguk air sirap ais. "Apa kau merepek ni?,kan kita gaduh semalam.",Bintang turut pelik akan tingkah laku Fatihah. "Wait,malam semalam kan kita sama ii jawab SPM then,malam tu kita pergi ziarah rumah Syu. Kan iii?",Fatihah bertanya inginkan kepastian. "Wait,siapa Syu?kenapa kita berdua pergi melawat dia?",Bintang hairan dengan perangai Fatihah. "serious kau dah lupakan dia?weyh dia baru je meninggal..Syuhada kelas sebelah tu la", Fatihah cuba sedaya upaya menerangkan hal tersebut kepada Bintang. "Kelas sebelah tak ada nama 'Syuhada' lah,are you okay Fatihah?",Bintang bertanya kepada Fatihah. 'Rupanya Syu hanya bayangan mimpi aku je'desis Fatihah. "weyh harini kita ambil SPM paper 3 kan?",tanya Fatihah. "Apa yang kau merepek ni,ada lagi seminggu kita nak jawab SPM tahulah kau excited nk SPM.",terang Bintang. "Kalau macam tu aku pergi tukar jadual",Ujar Fatihah. "Hah okey,cepat sikit nasib harini aku datang awal", Bintang menghembus nafas lega.

We Are BestfriendsWhere stories live. Discover now