BAB 5

5.8K 527 141
                                    

"YA ALLAH, umi dah cakap kan duduk ajelah kat rumah umi. Ini tak, nak juga duduk jauh-jauh. Ni bila dah jadi macam ni, umi juga yang kena datang dari jauh untuk jenguk kamu. Kamu ni Rara..." Kedengaran suara seorang wanita dalam lingkungan separuh abad membebel.

Aariz mencelikkan mata. Agak kuat juga suara bebelan wanita tersebut sehingga kedengaran di telinganya lalu sedikit sebanyak membawanya ke alam sedar.

Imej pertama yang terzahir di matanya ialah siling putih. Buntu, di manakah dia berada sekarang ini? Matanya diliarkan pula ke sekeliling lalu pandangannya tertancap pada rod besi yang menggantungkan sebotol botol IV drip. Tangannya kirinya yang bertampal branula diangkat separa muka lalu tanpa suara, keluhan kecil terbit daripada mulutnya. Confirm, hospital.

Nasal cannula yang dipasang pada hidungnya pula disentuh perlahan. Alat perubatan yang membekalkan oksigen kepadanya itu benar-benar mengembalikan nostalgia lama yang seboleh-bolehnya mahu dikuburkan mampat ke dasar memori. Sirih pulang ke gagang, itu peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan dirinya yang kembali terlantar lemah di katil hospital.

"Alhamdulillah, sedar pun kau Dark," ucap Light.

Jejaka tampan itu menarik sedikit kain langsir yang memisahkan katil Aariz dengan katil sebelah lalu masuk ke ruangan tersebut sambil menjijit beg plastik. Senyuman kelegaan terukir di wajahnya yang ditumbuhi jambang halus dan dicukur rapi.

"Apa yang jadi?" tanya Aariz lalu perlahan-lahan bangun dari pembaringannya. Postur badan dibetulkan sedikit agar lebih selesa untuk bercakap. Nasal cannula yang agak membataskan pergerakan mulutnya juga dicabut perlahan. Dia sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen walaupun nafasnya masih semput.

"Doktor cakap kau alah habuk. Entah, aku pun tak tahu sangat istilah medik ni. Tapi jangan risau, kau boleh terus discharge hari ni," jawab Light sambil membuka penutup botol air mineral.

"Nak air?" tanyanya lalu menyuakan botol air yang sudah dibuka penutupnya.

"Tak apa, kau minumlah," tolak Aariz dengan tenang. Beruntung dia mendapat partner yang baik macam Afiq Taqiuddin ini, sangat memahami orangnya.

"Kau betul-betul dah rasa okey? Ada rasa sesak nafas lagi tak? Ada rasa tak selesa?" soal Light lagi bertalu-talu. Lagaknya ini memang seperti mak-mak, sebiji dengan suara membebel di katil sebelah.

"Aku dah okey, jangan risau," balas Aariz sambil tersengih. Aduhai, Light!

Light dilihat menganggukkan berpuas hati dengan jawapannya. Lega hatinya melihat jejaka itu diam juga akhirnya.

"Okeylah kalau kau dah okey. Aku risau, tahu? Sebab aku dulu, kau jadi macam ni. Sepatutnya aku yang terlantar sakit macam ni, bukannya kau." Setelah beberapa saat diam, Light meluah.

"Aku dah cakap kan jangan buka balik topik ni? Benda ni takdir, Light," balas Aariz. Ada rasa tidak senang dalam nadanya apabila Light seolah-olah enggan berdamai dengan takdir.

"Tapi..." Light ingin membalas lagi, namun pandangan tajam Aariz segera membantutkan niatnya.

"Kita buddy, Light. Dulu, kini dan insya-Allah selamanya. Ketika kau susah, aku tolong kau. Ketika aku susah, kau tolong aku. Ingat janji kita, Light. Apa pun jadi, kita tetap sahabat," kata Aariz dengan suara penuh autoriti. Dia mahu Light reda dengan segala yang menimpanya dahulu.

"Okeylah, okey." Light akhirnya mengalah.

Keadaan kembali sunyi. Masing-masing sibuk melayan kenangan misi mereka dahulu, yang meninggalkan parut hitam kepada agensi perisikan mereka. Kerana insiden tersebut, walaupun misi tersebut diklasifikasikan berjaya atas tertangkapnya ketua penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis, namun konsekuensi yang harus ditanggung oleh ejen perisikan berkod nama Dark sangatlah tinggi.

CODE NAME: DARK [COMPLETED-in editing]Where stories live. Discover now