𝖈𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝖘𝖎𝖝𝖙𝖊𝖊𝖓 - 16

29 6 8
                                    

hospital

yujin terlalu sibuk hari ni dengan pesakit yang perlu dirawatnya . tadi untuk beberapa jam dia bertarung di dalam bilik bedah untuk menyelamatkan pesakitnya . baginya penat itu bukan lah satu kelemahan atau benda yang perlu difikirkan tapi nyawa dan keselamatan pesakitnya yang lebih penting dari diri dia sendiri . yujin terlalu takut jika disebabkan dia nyawa pesakitnya melayang begitu saja . dia tau ajal maut itu ketentuan tuhan tapi bagi dia jika dia masih mampu untuk menyelamatkan nyawa seseorang itu , dia akan cuba sedaya upaya . yujin seorang perempuan yang kuat tapi dia lemah jika takdir menjadikan dia punca segalanya .

"sunbae" sapa jaemin di luar bilik bedah

yujin yang baru keluar dan masih bersarungkan alatan untuk membedah dengan glove ditangannya masih belum dibuka .

"jaemin awak buat apa kat sini ?" soal yujin

jaemin menghulurkan sebotol air mineral kepada yujin . yujin bingung tapi dalam masa yang sama dia hanya menyambut sahaja pemberian jaemin itu .

"gomawo" kata yujin dan meneguk perlahan air itu . terasa dahaga dan penat selepas pertaruhkan diri menyelamatkan nyawa seseorang di dalam

"malam ni sunbae free?" soal jaemin tanpa segan silu

yujin yang sedang meneguk airnya tadi sedikit tersedak akan soalan yang diajukan jaemin itu . dengan tiba tibanya dia tanya macam tu dah kenapa ?

"saya?" soal yujin sambil melihat jam ditangannya . sekarang masa menujukkan pukul 7:35 dimana shift yujin telah berakhir 5 minit yang lepas . kiranya dia dah free sekarang

"saya free je . kenapa?" yujin mengajukan soalan kepada jaemin pula

"saya nak ajak sunbae makan malam boleh sebelum saya sambung shift malam ?" ajak dia

"boleh je . minhee mana?" tanya yujin akan sosok minhee yang tidak kelihatan sejak tadi

"minhee dapat emergency call tadi . dia terpaksa ikut ambulance ambil patient yang baru kemalangan jalan raya" jawab jaemin

"oh kalau macam tu saya pergi salin balik nanti kita pergi makan" kata yujin dan berlalu pergi dari situ

"mungkin ini lah masanya untuk aku luahkan apa yang aku rasa pada dia . aku tau dia dah pun menjadi milik orang lain tapi belum tentu dia akan dimiliki" kata jaemin dalam hati

Yujin pov

"kenapa dengan dia ni tiba tiba ajak aku makan luar sama sama ni ? ya lah mesti ada yang rasa tu ajakan biasa antara sunbae dengan hobae tapi aku dapat rasakan sesuatu yang lain atau aku yang fikir lain ? "omelku dalam hati sambil menyarungkan baju ke badan di bilik persalinan

jaemin sudah pun menunggu aku di luar bilik . aku keluar dari bilik aku dan mengajaknya pergi . kitaorang pergi dengan menaiki kereta aku . perjalanan mengambil beberapa minit juga untuk sampai di restaurant itu .

sampai di restaurant yang jaemin bagitau itu , aku memakirkan kereta di depan restaurant itu . kami berdua terus bergerak masuk ke dalam . restaurant itu sedikit privacy untuk pasangan yang makan di situ . tapi kenapa jaemin bawa aku dekat sini ? aku dengan dia bukan pasangan mahu pun kawan ..

"jaemin kenapa bawa saya dekat sini?" soal aku sebaik duduk di meja makan

bila berdua macam ni , teringat pula dengan doyoung merangkap ex crush aku . macam ni juga lah pertemuan kitaorang dulu . dia bawa aku lari lepastu makan sama sama . siap booking meja untuk kitaorang makan sekali . comelnya dia masatu . ni kalau mark tau tak pasal pasal bergaduh kang diaorang dua tu

[OG] • benci atau suka ? Season 2 'jung jaehyun' ꨄ︎Where stories live. Discover now