BUKK!!
Tubuhku ditolak dengan kuat ke arah dinding sebuah bilik yang sedikit usang. Tubuhku melorot jatuh perlahan-perlahan ke lantai.
Aku cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya kerana tubuhku yang semakin lemah. Aku cuba untuk bangun sekali lagi tetapi mereka lebih pantas menolak aku kembali ke arah dinding. Kali ini lebih kuat.
Seorang daripada mereka menapak mendekati aku perlahan-lahan. Langkah diatur satu-persatu hingga sampai ke tempat aku berada. Dia mencangkung di hadapan aku dan menarik rambut aku kasar hingga kepala aku terdongak ke atas tepat memandangnya. Dia berdecit perlahan sambil tersenyum sinis.
"Airaa...Airaa. Aku rasa aku dah bagi kau warning kan? Tapi kenapa kau masih juga degil buat 'benda' yang aku tak suka?". Suaranya perlahan tapi tetap kedengaran keras sambil menunjal-nunjal kepala aku kuat.
"A-aku mi-minta maaf Lina. Semua ini salah faham. Aku cuma...".
PANG!
Belum sempat aku menghabiskan ayat, satu tamparan kuat hinggap di pipi aku. Aku merasakan ada satu cecair merah mengalir di tepi bibirku. Aku menggigil ketakutan memandang ke arah Lina. Kelihatan Lina mengetap gigi menahan amarahnya diikuti senyuman sinis daripada tiga rakannya yang lain.
"Kau ingat Lina buta ke?! Kau ingat kami tak tahu ke semua lelaki kau nak sapu termasuk dia. Kau ni tak lebih daripada...perempuan murahan". Sampuk salah seorang rakan Lina. Tina. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Aku mengeleng-gelengkan kepala menafikan.
"Betul. Aku tak tipu. Lina please, takkan sebab Am, hubungan kita sebagai sahabat terputus. Kita bersahabat dah lama". Aku merayu.
Air mata aku jatuh.
Aku taknak hubungan persahabatan terputus disebabkan lelaki.
Dan...
Aku taknak cipta jurang yang besar.
Dengan muka menahan marah. Lina menyepak tubuhku diikuti rakan-rakannya tanpa belas kasihan.
Darah membuak keluar dari mulutku.
"Sakit? Aku lagi sakitlah! Kau tahu aku sukakan dia kan? Tapi apa kau buat? Kau sengaja semakin rapatkan diri dengan dia. Oh! Sebut pasal sahabat. Eh, aku jijiklah kau sebut pasal sahabat. Aku menyesal kenal kau dulu. Kalau aku tahu aku tak nak kenal kau lah. Jangan sebut pasal sahabat kalau kau sebenarnya backstabbing!".
"Li-Lina. A-aku...".
"Diam! Mungkin dulu ada orang yang boleh backup kau, lindungi kau. But...not now".
Lina tersenyum sinis seraya menumbuk muka aku.
"Dah jom!". Ujar Lina.
Tangisan teresak-esak bergema memecahkan ruang yang sepi. Makin lama semakin kuat membelah ruang yang semakin gelap.
Ya, aku menangis disebabkan tuduhan melulu daripada kawan baik aku sendiri. Aku tak sangka dia bertindak sedemikian.
Hari semakin senja. Aku ditinggalkan di bilik yang gelap tidak bermaya keseorangan.
"Aku tak sangka Lina kau buat aku macam ni. Aku harap satu hari nanti kau sedar". Mataku semakin layu kerana kesakitan yang tak dapat ditanggung lagi.
Sayup-sayup aku terdengar bunyi tapak kaki berlari mendapatkan aku dengan cemas dan memanggil nama aku berkali-kali.
Dia menarik tubuhku yang sudah tidak bermaya ke dalam dakapannya erat. Buat sekian kalinya aku berasa selamat kembali dan dilindungi oleh dia. Dari biasan cahaya tingkap, aku dapat melihat wajah si dia yang mulai kabur dan aku tersenyum hambar sebelum pandanganku gelap. Akhirnya, aku pengsan dalam dakapannya.
"The way I see it, if you want the rainbow, you gotta put up with the rain."
- Dolly Parton-
YOU ARE READING
PRETTY SAVAGE
Mystery / ThrillerSikapnya yang kasar dan dingin menyembunyikan 1001 duka yang merubahnya 360 darjah akibat peristiwa hitam yang berlaku pada zaman remaja. "Saya tahu awak jadi macam ni sebab kisah silam yang membuatkan awak sentiasa berwaspada dan tak percaya orang...