6 Tahun KemudianAKU mengusap dengan lembut wajah seorang wanita yang tersenyum manis di dalam gambar bersama papanya dan juga dirinya yang masih kecil di tengah-tengah. Semuanya tersenyum bahagia. Aku merenungnya lama. Setitis. Dua titis. Air mataku jatuh tepat mengenai wajah dalam gambar tersebut. Wajah bekuku bertukar kepada senyuman yang sedikit hambar.
"Mama...". Tiada ungkapan yang terluah selain hatinya sahaja yang merintih.
Ya, aku rindukannya. Aku rindu pelukan hangatnya dan belaian manjanya kepadaku ketika aku kecil. Aku menutup album itu dan memeluknya erat rapat ke dada seolah-olah memeluk arwah mamanya yang pergi meninggalkannya enam tahun lepas. Peristiwa perit yang tak dapat dilupakan apabila kehilangan orang yang tersayang ketika dia juga bertarung nyawa akibat kejadian yang menimpa dirinya.
Aku memejamkan mata rapat diikuti deraian air mata yang mengalir laju dipipi untuk menghamburkan semua rasa. Seseorang pernah berkata, tangisan yang tidak kedengaran ialah tangisan seseorang yang paling derita dan itulah yang dirasainya sekarang. Dia sangat menderita sepanjang 6 tahun ini.
Ketukan dipintu sedikit menyentakkanku. Aku menghembuskan nafas perlahan dan kembali membuka mata. Wajahku kembali bertukar beku. Aku mengesat air mataku sebelum menyahut gerangan yang memanggil namaku.
"Ya? Laungku dari dalam bilik.
Aku terdengar tombol pintu bilik dipulas dari luar dan terjengul kepala seorang wanita yang kelihatan sudah berusia menyapa pandanganku. Dia tersenyum manis. Wanita itu masih kelihatan anggun walaupun sudah sedikit dimamah usia.
"Airaa, jom turun. Kita makan. Tadi papa ada panggil Airaa tapi Airaa tak menyahut. Katanya ada hal hendak ditanya pada Airaa."
Aku menarik senyum nipis membalas senyumannya.
"Tak apa, ibu turunlah dulu. Nanti Airaa turun." Wanita yang dipanggil ibu itu hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Iyalah, ibu turun dulu. Nanti Airaa turun ya." Lantas ibu berlalu meninggalkan aku seorang diri.
Setelah kelibat ibu tirinya itu sudah tiada. Aku menarik nafas dan hembus dengan berat. Nak tak nak, aku kena berhadapan dengan papa juga.
..........
PAPA berpaling dari dinding terus memandangku. Tajam.
"Kenapa Airaa buat semua tu?!". Tan Sri Malik mencerlung memandang Airaa. Masih segak walaupun sedikit sebanyak sudah dijamah usia. Wajah kacukan Inggeris itu sedikit berona merah menahan marah.
Airaa hanya memandang ke arah lain tanpa reaksi.
"Papa tak pernah ajar anak papa bergaduh! Apa dah gian sangat ke?!". Tambah Tan Sri Malik. Makin naik darahnya melihat wajah Airaa tanpa perasaan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Airaa masih kaku tanpa suara.
Puan Sri Kaira hanya memandang dua beranak itu dari tempat duduknya. Dia tahu suaminya tidak suka orang lain masuk campur apabila dia sedang bercakap dengan seseorang.
Dia memandang sayu Airaa yang diam tidak bersuara dan tanpa perasaan itu sejak tadi. Sejak gadis itu sembuh sepenuhnya akibat kejadian pembulian di sekolah lamanya, Airaa berubah menjadi seorang yang dingin dan tak banyak cakap.
Dan...
Keceriaan dan lemah lembutnya sirna begitu sahaja.
Tanpa sedar air mata seorang ibu mengalir ke pipi. Dia rindu akan Airaa Wafia yang dahulu.
"Ada apa-apa lagi nak cakap?". Airaa akhirnya bersuara setelah puas dibebel oleh papanya.
Papa dan ibunya tersentak dengan pertanyaannya. Seperti mahu tergelak apabila melihat dua merpati ini melonggoh memandangnya tidak percaya.
"Kalau tak ada apa-apa lagi nak cakap Airaa nak pergi kerja dulu. Dah lambat ni". Aira berpura-pura melihat jam tangannya dan berura-ura hendak bangun dari duduknya tetapi terhenti apabila sekali lagi Tan Sri Malik bersuara.
"Apa Airaa cakap? Airaa dengar ke tak apa yang papa cakap dari tadi?! Kerja? Apa papa tak mampu nak bagi apa yang Airaa nak ke sampai kerja lagi penting?!". Geram Tan Sri Malik dengan satu-satunya anak perempuannya ini.
Dia lebih dari mampu memberi apa yang anaknya mahu tapi Airaa tetap berkeras mahu kerja tanpa mahu menyambung pelajarannya lagi. Sibuk dengan kerjanya yang tidak seberapa itu. Dia tahu anaknya bijak tapi kerana tidak mahu satu sen daripada duitnya, anak gadisnya sanggup bekerja untuk keperluan diri sendiri. Apa kata rakan-rakannya nanti kalau tahu Airaa bekerja di kandang kuda. Ya, ditekan lagi sekali "kandang kuda"!
Sungguh memalukan !
Tanpa berfikir panjang, Airaa mencapai kunci vespanya di atas meja dan berlalu ke muka pintu. Malas berlama lagi di rumah itu. Baik jumpa karl lagi bagus a.k.a kuda kesayangannya itu daripada mendengar papanya membebel memarahinya seperti tak akan berhenti itu. Nak tunggu hujan batu agaknya baru nak berhenti. Teringat kuda kesayangannya itu membuatkannya tersenyum senget.
"Airaa nak pergi mana?! Airaa dengar ke tak apa yang papa cakap ni?!". Dia ingin mengejar Aaira yang sudah di garaj tapi ditegah oleh isterinya. Sudahnya dia hanya menapak ke muka pintu utama.
"Aairaa dengar ni. Sekali lagi papa tahu Airaa buat hal lagi, Papa tidak teragak-agak paksa Aaira sambung belajar. I will do what i have said!". Amaran Tan Sri Malik kedengaran keras.
Aaira yang sudah memakai helmet dan start engine terus memecut vespanya berlalu dari banglo tiga tingkat milik papanya.
Aaira yang mendengar bicara papanya tadi tidak peduli.
"Who's care? I also do what i have to do." Gumam Airaa sambil menunggang vespanya.
Bukannya dia yang mulakan tetapi tiga ekor beruk itu yang mula dahulu. Manalah dia tahu beruk-beruk tu anak rakan papa. Kalaulah tahu, makin teruk aku kerjakan.
"You do not find the happy life. You make it."
-Camilla Eyring Kimball-
YOU ARE READING
PRETTY SAVAGE
Mystery / ThrillerSikapnya yang kasar dan dingin menyembunyikan 1001 duka yang merubahnya 360 darjah akibat peristiwa hitam yang berlaku pada zaman remaja. "Saya tahu awak jadi macam ni sebab kisah silam yang membuatkan awak sentiasa berwaspada dan tak percaya orang...