"Mai! Kau lari laju-laju nak kejar siapa?" soal Elya sambil mengejar langkah sahabatnya yang semakin laju itu. Hish, budak ni!
"Kejar masa. Cepatlah. Kau ni apasal lambat sangat?" Maisarah melaung pada Elya di belakangnya.
"Masalahlah kau ni. Nak terberak baru nak korek lubang, macam nilah jadinya." Elya merungut lagi.
"Kau ingat aku kucing ke main korek-korek lubang? Aku pergi toiletlah." Maisarah membalas.
"Dah tu, yang kau melibatkan aku sekali ni apahal?" soal Elya lagi.
"Elya, takkan kau nak biar aku buat kerja berdua je dengan si Nawfal tu? Tak maulah aku. Kau kena teman aku, alright? Kalau kau boring sangat, kau main je game kat komputer tu. Main facebook ke, update twitter ke, tengok youtube ke. Apa-apa jelah. Aku janji aku akan siapkan teks dia cepat-cepat, lepas tu kita balik, okay?" Maisarah berjanji.
"Yelah, kau ni selalu buat aku cair dengan muka puss in the boots kau tu." Elya mengalah. "Anyway, teks apa yang kau nak tolong dia buat tu?" soal Elya.
"Dia kan antara calon Headboy semester depan. Aku tolong jelah." Maisarah menjawab sambil berjalan beriringan dengan Elya.
"Oh, dia nak buat teks untuk kempen nanti ke? Kau ni, memang kalau orang nak menang cari kau je kan? Pandai kau melobi orang. Kenapa kau je tak jadi Headgirl?" Ilyani bertanya.
"Sebab aku tak layak. Emil jadi Headgirl tu tak cukup okay lagi, ke?" Maisarah bertanya.
"Memanglah. Emil memang terlebih-lebih layak pun." Elya menjawab.
"Aku tak naklah jadi Headgirl sebab aku kempen je, tapi tak bertanggungjawab. Aku memang kurang sikit bab-bab ni. Lagipun, I'm helping the one yang paling layak. Yang aku undi. Kira main kotor jugaklah. Tapi, aku sure Emil dengan Nawfal confirm menang. Sebab tu, aku okay je tolong buatkan teks pun." Maisarah menerangkan.
"Yelah sangat. Kau memang sangat baik hati, Mai." Elya menolak pintu makmal komputer tersebut. "Good luck." Elya menepuk bahu sahabatnya itu sebelum berlalu ke salah satu PC kegemarannya setap kali dia ke makmal komputer ini.
"Kau nak aku tulis apa?" soal Maisarah sambil mengeluarkan pensel dan buku notanya.
"Amboi, tak menyempat." Nawfal sengaja mengusik rakan sekelasnya itu.
"Aku ada latihan drama petang ni, encik Nawfal. Baju aku belum iron lagi. Homework aku yang bertimbun tu tak siap lagi. Kalau kau nak tolong siapkan tak apalah jugak." Maisarah bersuara separuh merungut.
"Woah, rilekslah Sarah. Kau ni cepat sangat sentap." Nawfal mengeluarkan buku notanya.
"It's Mai! Maisarah." Maisarah menekan.
"Ikut suka akulah nak panggil apa, mulut aku." Nawfal embuat muka.
"Mulut kau, tapi nama tu nama aku. Buat, buat. Aku tak nak tolong padan muka kau." Maisarah mengugut.
"Yelah. Nah, kau nak cepat sangat, kan? Aku dah buat senarai benda apa nak tulis. Kau boleh buat dan hantar kat aku sebelum Isnin, boleh?" Nawfal menyerahkan buku notanya.
"Ini je kau nak aku tulis?" soal Maisarah dengan muka berkerut.
"Weh, aku habiskan seminggu tau untuk benda tu!" Nawfal mengetap bibir geram.
"Sorry. Kau tunggu kejap tau." Maisarah mengalih pandang ke arah skrin komputer. Penselnya berlari laju menulis sesuatu sementara menunggu komputer di hadapannya itu terpasang. Nawfal duduk di meja hadapan sambil menggendang meja.
Seketika kemudian, Maisarah memulakan kerjanya. Laju sahaja jemarinya berlari di atas papan kekunci sebelum tangannya bermain dengan tetikus.
"Oh mak kau!" Nawfal termelatah mendengar bunyi printer di sisinya.
"Itulah, berangan." Maisarah menutup buku notanya dan bangkit.
"Kau print benda apa ni? Nak buat apa?" soal Nawfal sambil mencapai kertas yang baru sahaja keluar dari printer di sisinya itu.
"Teks kaulah. Dah siap. Aku balik dulu. Jom, Elya." Elya tersenyum pada Nawfal sebelum mengatur langkah mengekori sahabatnya itu keluar dari makmal komputer tersebut.
Nawfal memandang jam di tangannya dan jam yang terletak di dinding makmal komputer tersebut. 20 minit, keluar dua muka surat full macam ni? Budak ni biar betul!
YOU ARE READING
Kunci Hati Dia
RomanceMaisarah memendam perasaan pada Nawfal, ketua pelajar kegilaan pelajar di sekolahnya. Tetapi Nawfal suka siapa??