Bahagian 5

2 0 0
                                    

"Ceh, harap muka je handsome. Menyakitkan hati betul. Aku pun nak masuk geng kaulah, Mai." Emilia menghempaskan begnya ke atas katil.

"Geng apa pulak kau ni? Dahlah balik bilik membebel panjang. Apahal?" soal Maisarah sambil menoleh dari latihan Add Mathsnya.

"Geng tiga orang daripada dua belas orang yang tak minat dengan si Nawfal tu. Okay, siapa nak masuk geng aku dengan Mai?" Emilia duduk di kerusi bersebelahan kerusi Maisarah.

"Aku! Aku!" Ayu sudah menyibuk di petak Maisarah dan Emilia. "Ada gosip, kan? Gosip apa? Ce citer, ce citer." Ayu sudah tayang muka comelnya.

"Aku tak masuk campur!" Elya melaung dari mejanya.

"Pedulikan dia. Dia memang ada crush dengan si Nawfal tu sejak form one lagi. So, apa cerita kau?" soal Ayu ingin tahu.

"Hek elleh, kau genglah kau dah ada pakwe. Takut pakwe marah ke, Ayu?" Emilia sengih mengusik.

"Sibuklah kau. Si Thariq tu sepuluh kali lagi menenangkan hidup aku. Buat apa crush and share. Baik aku ambil sorang-sorang je. Cepatlah gosip." Ayu mendesak. Dia sudah duduk di atas katil milik Emilia.

"Sejak bila pulak aku tubuhkan group tiga daripada dua belas orang ni, Emil? Memandai aje kau ni." Maisara bertanya.

"Yelah. Dalam ramai-ramai perempuan dalam sekolah ni, kau je yang layan si Nawfal tu nak tak nak. Orang lain okay je dengan dia. Mesti nak duduk bersembanglah, kerja sekalilah..." Emilia membuat muka menyampah.

"Yang kau ni apahal pulak? Kau pun crush dia ke? Tak takut si Farhan tu jealous?" soal Ayu.

"Farhan tahulah. Aku dah cakap dengan dia. Dia okay je. Lagipun, dia kawan baik dengan si Nawfal tu sejak kecil lagi. Dia tak kisah setakat crush-crush jatuh mata ni. Jangan jatuh hati sudah." Emilia menggigit bibirnya.

"Tapi sekarang, jatuh mata pun aku tak ingin. Dia ingat aku ni robot? Sesuka hati je bagi arahan itu, ini. Dia nak buat projek tutor-tutee pulak dah. Dia suruh aku pilih tutor. Dia ingat aku ni kenal ke siapa paling pandai setiap kelas? Kelas kat sini ada sampai lapan. Nak menghafal nama semua orang pun aku dah sakit otak, dia nak suruh aku susun kumpulan pulak. Haish, bengang betul aku!" Emilia menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

"Kau ni terlebih pandai. Kau pergilah guna kuasa kau tu suruh wakil setiap kelas bagi nama. Itu pun nak kena ajar ke? Habis tu, si Nawfal buat apa?" soal Maisarah.

"Dia buat untuk subjek Fizik dengan Bio. Aku kena buat subjek Kimia dengan Add Maths. Subjek-subjek lain tu, cikgu buat kelas tambahan." Emilia memberitahu.

"Lah, ingatkan kau kena buat semua sendiri. Okay apa? Kau kan memang terror subjek Chem dengan Add Maths tu? Kau carilah mereka-mereka yang seperjuangan dengan kau." Ayu pula memberi cadangan.

"Ala, Ayu, kau nak jadi tutor tak?" soal Emilia.

"Kau jangan nak ngada-ngada. Kimia aku cukup-cukup makan je. Add Maths aku pulak tak pernah tak failed. Kau nak jangan nak mengada suruh aku jadi tutor. Kalau kau nak Add Maths, ni hah, Mai ni ada. Kimia, tu Liya tu mantap tak ingat. Kalau kau nak suruh aku buat subjek Fizik bolehlah." Ayu segera menolak.

"Kau nak, Mai? Aku bagi kau jadi tutor Add Maths eh?" Emilia memandang rakan sekamarnya itu.

"Tak naklah. Aku busy. Nanti kalau aku ponteng prep, macam susah pulak. Lagipun, aku tak rasa aku boleh jadi tutor. Ramai lagi kan yang layak. Tak payahlah." Maisarah menolak.

"Okaylah. Nanti aku siapkan jadual tu, aku bagitau korang." Emilia mencapai buku nota dan kotak penselnya sebelum berlalu keluar dari kamar.

Kunci Hati DiaWhere stories live. Discover now