• TAHUN 2002 •

274 17 0
                                    

"boleh tak kalau kau tak membebel sehari? Bernanah telinga aku dibuatnya" jerit seorang lelaki tua kepada isterinya.

"Saya buat semua ni sebab abang , tak boleh ke kita hidup macam keluarga lain?kalau abang tak kesian kan saya , tapi kesian lah dengan anak kita , setiap hari dia tengok , dengar kita bergaduh , dan tolonglah berhenti pukul dia." Balas kembali wanita itu sambil menitiskan air mata.

"Kalau kau nak bahagia macam keluarga lain , kau pegi la kawin dengan orang lain" katanya lagi yang sambil menarik rambut isterinya itu dengan kuat. Lalu dengan tiba tiba , munculnya seorang budak lelaki yang sedang menangis apabila melihat bapanya memukul ibunya.

"Papa.. janganlah pukul mama" kata budak lelaki itu sambil teresak esak.

Lelaki tua itu mendekatkan dirinya dengan budak itu lalu memukulnya , dengan cepat ibunya menghalang dari anaknya terus dipukul , dengan memeluk erat anak lelakinya.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Jimin , kamu nak makan lagi ke?" Soal ibunya yang sedang membasuh pinggan mangkuk. Jimin hanya menggeleng kepala lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Dah siapkan kerja sekolah ke?" Soal ibunya lagi dengan senyuman manis. Jimin mengangguk perlahan kepalanya.

"Mama , jimin taknak pegi sekolah lagi" kata jimin yang menongkat dagu. Ibunya menyiapkan kerjanya dan duduk di kerusi bersebelahan jimin , lalu memeluk erat jimin.

"Kalau jimin tak sekolah , nanti besar jimin nak jadi ape? Jimin..kalau jimin sayang mama dengan papa , jimin kena habiskan sekolah , faham " kata ibunya dengan nada suara yang lembut sambil tersenyum memeluk anak lelakinya itu.

"Tapi jimin tak suka papa , papa suka pukul mama dengan jimin" , selepas mendengar kata kata dari jimin itu , ibunya hanya terdiam dan masih memeluk erat tubuh badan jimin.

Mungkin susah untuk budak yang masih lagi berumur sekitar 7 tahun untuk faham situasi yang sedang berlaku.

Hidup mereka berubah selepas jimin dilahirkan , hubungan suami isteri itu mula dengan pergaduhan kecil , sehinggalah menyebabkan suaminya bertidak kasar untuk memukul mereka berdua.

Bapanya seorang pekerja di sebuah syarikat , ibunya pula hanya suri rumah sepenuh masa. Sejak kecil lagi jimin tidak dapat merasakan kasih sayang seorang bapa.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Tepilah budak tak guna" kata seorang budak lelaki yang bertindak menolak jimin jatuh ke lantai.

Budak budak itu hanya ketawakan jimin , tiba tiba munculnya dua orang lelaki yang menghampiri mereka.

"Woi kau buat ape? " Kata seorang lelaki yang bernama hoseok , budak budak yang sering membuli jimin itu bergegas lari masuk semula ke kelas mereka. Seorang lagi yang bernama taehyung membantu jimin bangun.

"Kau ok ke?" Soal taehyung sambil tersenyum. Jimin hanya mengangguk,

"Kalau dorang buli kau lagi , kau bagitau kiteorang" kata hoseok yang memegang bahu jimin sambil tersenyum.

Sejak dari kejadian itu , mereka bertiga mula menjadi semakin rapat , hinggalah mereka ke sekolah menengah.
____________________________________

 [C] •| PSYCHOPATH |• PJM✓Where stories live. Discover now