[ 3 MINGGU KEMUDIAN ]
"Jungkook sekarang dah boleh keluar , lepas je abang kemas semua ni kita balik " kata yoongi yang sedang mengemas pakaian jungkook. Namun jungkook hanya terdiam sambil memandang ke arah luar tingkap.
Yoongi menolak kerusi roda jungkook hingga ke keretanya. Jungkook hanya memandang ke sekelilingnya tanpa berkata apa apa.
Sudah 3 minggu jungkook begini , sejak dirinya sedar dari pengsan , jungkook hanya terdiam dan termenung . Keadaannya itu membuatkan yoongi menjadi lebih sedih.
Yoongi bersumpah bahawa dirinya akan membalas dendam terhadap siapa yang menyebabkan adiknya lumpuh.
"Jungkook , kau nak makan ape ape ke?" Soal yoongi yang sedang memandu kereta. Jungkook hanya memandang keluar tingkap kereta dan terdiam. Yoongi sudah faham dengan jungkook lalu yoongi mengusap lembut rambut jungkook sambil tersenyum.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Yoongi , seokjin dan namjoon hanya melihat ke arah jungkook yang duduk di atas kerusi roda itu sambil memandang ke luar koridor apartment.
"Tak kan dia tak cakap langsung ," soal namjoon.
"Dah 3 minggu lebih dia macam tu , aku pun dah lama tak pegi cafe , kalau aku pegi sapa nak tengok tengokkan dia" kata yoongi.
"Yoongi kau ade kiteorang," kata seokjin yang tersenyum.
Namjoon bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke arah jungkook. Namjoon berdiri di sebelah jungkook sambil mengusap usap rambut jungkook.
"Jungkook , kau kene kuat , kiteorang ade dengan kau , nanti kalau kau dah bersedia nak cerita , kau boleh cerita je dengan abang kau" kata namjoon sambil tersenyum.
"Knok knok knok" bunyi ketukan pintu , yoongi membuka pintu , dan terlihat taehyung yang berdiri di hadapannya.
Mukanya seakan akan pernah dilihat oleh yoongi sebelum ini.
"Ni rumah jungkook kan?" Soal taehyung.
"Kau sape?" Soal yoongi.
"Taehyung . Kawan jungkook , saya datang sini sebab nak melawat dia , saya dengar yang dia dah keluar dari hospital." jawab taehyung sambil tersenyum.
"Masuklah" kata yoongi , yoongi memandang wajah taehyung untuk ingat semula dimana mereka pernah berjumpa.
"Kau?" Soal taehyung yang melihat ke arah yoongi.
"Yoongi . Aku abang jungkook , tu seokjin , namjoon , dorang kawan aku" jawab yoongi yang duduk di atas sofa. Seokjin dan namjoon melemparkan senyuman kepada taehyung , taehyung membalas semula senyuman kepada mereka.
Taehyung melihat ke arah jungkook.
" jungkook ok ke?" Soal taehyung lagi.
"Dia lumpuh , sampai sekarang dia tak bercakap , cuma termenung je" kata yoongi sambil melihat adiknya.
Taehyung mendekati jungkook , jungkook menoleh pandangannya ke sebelah kanannya , dan terlihat taehyung yang tersenyum.
"Jungkook aku datang ni" kata taehyung yang bergenang air mata lalu memeluk erat jungkook. Sedikit terkejut yoongi dan kawan kawannya apabila melihat jungkook menitiskan air mata.
"Kau kawan jungkook kan , kau mesti tau ape yang dah jadi" luka kat muka dia tu , kau tau sape yang buat?" Soal seokjin kepada taehyung. Selepas mendengar soalan dari seokjin itu , taehyung menggeleng kepalanya.
"Tak tau , sebab aku jarang ada dengan jungkook" jawab taehyung.
"Kawan jenis ape kau ni!?"marah yoongi.
"Yoongi , chill" kata seokjin.
Taehyung hanya terdiam melihat jungkook.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Yoongi membuat keputusan untuk menyamar sebagai pelajar sekolah semula , dan seokjin dan namjoon menyamar sebagai guru disekolah itu. Pihak sekolah juga sudah tahu tentang kesihatan jungkook yang menyebabkan jungkook terpaksa berhenti sekolah , pihak sekolah juga bersetuju dengan cadangan mereka atas satu urusan.
Disebabkan tidak ramai yang mengenali tentang yoongi , ia memudahkan yoongi untuk mencari siapa yang telah menghancurkan hidup jungkook.
YOU ARE READING
[C] •| PSYCHOPATH |• PJM✓
DiversosKisah hitam putih yang telah berlaku terhadap seorang lelaki yang bernama Park jimin pada masa lalu , kisah itu jugak tidak mungkin akan dilupakan . Dirinya dibesarkan dengan pelbagai masalah keluarga . sejak kecil lagi dirinya sudah biasa di pukul...