• PART 3 •

116 8 0
                                    

Keadaan di cafe terlihat sedikit sibuk , yoongi membawa dua gelas coffee dan meletakkan di atas meja.

"yoongi kau ok ke?" Soal seokjin iaitu seorang pegawai polis , kawan baik kepada yoongi.

Yoongi hanya terdiam lalu melabuhkan punggungnya di kerusi dan hanya memandang ke arah wajah dua orang kawan baiknya itu.

"Kau ade masalah ke? Asal pasal adik kau ke?" Soal seorang lagi yang juga pegawai polis , iaitu namjoon.

"Emm takdela semalam dia balik rumah , dia kata dia jatuh tangga , tapi aku tak rasa macam dia jatuh tangga la. Lebam dengan luka dia tu macan kena pukul , lagipun sejak kebelakangan ni aku selalu tengok dia luka sana luka sini , kadang kadang sampai nak berjalan pun susah , bila aku tanye je dia cakap tak ade ape lah , jatuh lah" kata yoongi yang sedikit risau.

"Adik kau main taekwando kan" kata namjoon

"Yela , tapi tak kan sampai teruk macam tu sekali , dulu takde la teruk sangat macan sekarang ni , aku ade la ambik gamba dia masa dia tidur." Kata yoongi lalu menunjukkan gambar kepada mereka berdua.

Seokjin dan namjoon melihat ke arah gambar itu , mereka mengzoom sedikit lebam dan luka di wajah jungkook itu.

"Kau dah tanya dia betul betul ke?" Soal seokjin.

"Ye , tapi dia tetap dengan jawapan dia . Jatuh tangga" kata yoongi lagi.

"pasal ni biar kiteorang je yang siasat ," kata seokjin lalu memegang bahu yoongi. Yoongi hanya terdiam sambil tersenyum.

"Weh korang lepak la dulu , aku nk g ambik jungkook" kata yoongi yang melihat jam ditangannya dan terus beredar dari cafenya menunju ke sekolah.

Seperti biasa jimin , hoseok dan taehyung berjalan menuju ke luar pagar sekolah untuk pulang ke rumah. Tiba tiba taehyung memberhentikan kakinya dan meraba raba poketnya.

"Kau ni pehal pulak?" Soal hoseok.

"Aduh aku tertinggal dompet pulak. Takpe korang g la balik dulu nanti aku ikut belakang." Kata taehyung lalu berundur kebelakang dan berlari ke kelasnya.

Jimin dan hoseok hanya memandang ke arah taehyung , kemudian mereka berjalan pulang.

Taehyung masuk ke kelasnya dan menuju ke mejanya , taehyung memasukkan tangannya ke bawah meja dan mencapai dompetnya , kemudian membuka langkah untuk menuju ke pintu kelasnya . Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya,

Taehyung memandang ke arah tingkap dan terus menuju ke sana. Taehyung melihat di sekeliling persekitaran belakang sekolahnya itu , dan hanya terlihat bangunan bangunan yang kosong sahaja.
Semua bilik mahupun bengkel sudah ditutup kerana semua pelajar sudah pulang. Tiba tiba ada suatu kelibat yang berjalan memasuki sebuah bilik.

Taehyung merenung ke arah bilik itu , dengan cepatnya taehyung terus berlari turun tangga dan berlari ke belakang sekolah menuju ke bilik itu.

Sampainya di pintu bilik itu , taehyung menarik nafas sedalam dalamnya dan menghembus. Dengan perlahan taehyung membuka sedikit pintu itu untuk melihat siapakah kelibat itu.

Bulat mata taehyung selepas melihat kelibat itu adalah jungkook yang memakai pakaian taekwando. Akibat terlalu terkejut , kepalanya terhantuk di pintu , kedengaran bunyi kuat. Jungkook memandang ke arah pintu itu.

"Sape tu?" Soal jungkook. Taehyung menutup mulutnya,

"Kalau kau tak jawab , biar aku yang pegi sana" kata jungkook lagi. Selepas mendengar kata kata jungkook itu , dengan cepat taehyung memusingkan badannya , berdiri di hadapan pintu sambil melihat ke arah jungkook , taehyung memberikan senyuman kepada jungkook. Namun jungkook hanya memandang tajam ke arah taehyung.

"Kau nak ape lagi ni?" Soal jungkook lalu mengeluarkan baju dari begnya.

"Tak aku tadi nampak kelibat orang masuk bilik ni so aku datang la nak tengok." Kata taehyung lalu masuk ke dalam bilik itu , dan berdiri di hadapan jungkook. Jungkook hanya terdiam.

Lagi sekali taehyung terkejut apabila melihat jungkook yang sedang membuka bajunya , terlibat badannya yang tegap.

"Kau main taekwando ke?" Soal taehyung.

"Em" jawab jungkook lalu memakai baju t-shirt hitam.

"Takkan main taekwando pun , badan boleh tegap macam ni" soal taehyung lagi.

"Gym . Workout" kata jungkook lalu menegup sebotol air kosong.

"Abis , asal kau tak lawan balik je bila kiteorang pukul kau." Soal taehyung yang melihat ke arah wajah jungkook , kesan luka bersama lebam masih lagi ada di wajahnya. Jungkook melihat ke wajah taehyung semula.

"Aku belajar taekwando bukan untuk keganasan , cuma untuk mempertahankan diri , lagipun jimin tu ada lebih dari 5 jenis seni mempertahankan diri .macam mana pun aku tetap kena pukul jugak, sama je " Kata jungkook lalu mencapai begnya dan berjalan keluar.

Taehyung hanya terdiam.

"Aku nak mintak maaf" kata taehyung. Selepas terdengar kata taehyung itu, jungkook memberhentikan kakinya sebentar , lalu berjalan semula keluar dari bilik itu. Diikuti oleh taehyung di belakang.

"Aku tau kiteorang salah , sebab tu aku nak mintak maaf , aku menyesal buat semua tu." kata taehyung lagi. Namun jungkook hanya terdiam sambil berjalan. Tiba tiba tangan jungkook ditarik oleh taehyung.

"Kau dengar tak?" Soal taehyung yang memandang tepat ke arah mata jungkook.

"Tak guna mintak maaf tapi ulangi benda yang sama." Kata jungkook yang juga memandang tepat ke arah mata taehyung. Jungkook menarik tangannya semula dan menuju ke kereta yang sedang menunggu di depan pagar itu.

Taehyung hanya terdiam dan melihat jungkook yang berlalu pergi.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Lame ke abang tunggu? Maaf ada hal sikit tadi" kata jungkook yang sedang memakai tali pinggang keledar.

"Em." Kata yoongi lalu memulakan perjalanan mereka.

"Jungkook. Aku tengok muka kau tu makin hari makin bertambah luka . Takkan setiap hari kau jatuh tangga kot" kata yoongi kepada jungkook.

Jungkook hanya tersenyum dan melihat ke arah abangnya yang sedang memandu itu.

"Hari ni latihan taekwando , mungkin letih sangat kot tu yang jungkook banyak buat silap. Ye la , abang tau tak ade la budak tu badan dia lagi besar tau dari jungkook , mau taknyee jungkook jatuh," kata jungkook sambil ketawa . Yoongi hanya tersenyum.

Sampainya di cafe yoongi membuka pintu , mereka berdua mula masuk ke dalam cafe.

Yoongi menyuruh jungkook duduk bersamanya dan juga kawan kawannya.

Riak wajah namjoon dan seokjin berubah menjadi pelik selepas melihat wajah jungkook.

"Pehal teruk sangat muka kau ni?" Soal seokjin sambil membelek wajah jungkook.

"Main taekwando tadi" jawab jungkook yang tersenyum.

"Macam orang pukul je? Ade orang buli kau ke?" Soal namjoon pula , selepas namjoon berkata begitu , wajah jungkook berubah , terlihat jungkook yang sudah gelabah.

" abang , jungkook pegi tandas jap" kata jungkook lalu dengan cepat jungkook berjalan menuju ke tandas.

Yoongi hanya memandang jungkook yang semakin hilang dari pandangannya.

 [C] •| PSYCHOPATH |• PJM✓Where stories live. Discover now