(Bilik Briefing M.A.T.A)
Alicia,Ejen Dayang,Ejen Bakar dan Ejen Karya berada disitu untuk menyusun strategi untuk mencari Ali.
"Mungkin misi kita kali ini akan menjadi sedikit berbahaya.Kamu semua tidak akan berada di satu lokasi bersama.Kamu akan dipecahkan,seorang satu lokasi.Ejen Dayang akan pergi ke arah utara,Ejen Bakar akan pergi ke arah selatan,Ejen Karya akan pergi ke arah timur dan Alicia akan pergi ke arah barat.Pastikan,kamu tidak terkena apa 2 perangkap dan bawa Ali ke sini dengan selamat.Gunakan kekerasan jika perlu.BERTINDAK SEGERA!"
Mereka semua mengangguk dan menaiki pesawat persendirian hak milik M.A.T.A.Kali ini,mereka tidak menangkap penjenayah tetapi..menangkap Ali untuk dibawa pulang..dengan selamat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Pulau Asid"
(Jam 12 mlm.)Perjalanan ke lokasi Ali..
"Ejen Bakar,kenapa pulau ni dinamakan pulau asid?"Alicia bertanya.
"Ouh,pulau ni dulu selalu digunakan para saintis untuk uji setiap benda baharu yang diorang jumpa..suatu hari tu..kemalangan besar berlaku.Ada saintis yang tak bertanggungjawab,dia pergi pecahkan tabung uji dekat makmal yang tiada siapa dibenarkan masuk.Kesannya..bahan kimia tu terbakar dan berjaya hakis 50% hidupan dekat pulau ni."Ejen Bakar bercerita.
"Kalau tiada siapa yang boleh masuk..macam mana dia boleh masuk?"Alicia bertanya.
"Dipercayai yang dia bunuh ketua ujikaji dekat makmal tu dan ambik Kad untuk masuk situ.Kad tu hanya diberikan pada ketua sahaja untuk pantau semua bahan ² dalam makmal tu.Tapi dia pun mati jugak sebab dekat makmal tu dah dipenuhi bahan ² kimia yang membuatkan diorang susah bernafas,infection dan mati."Ejen Bakar menjawab soalan Alicia.
"Sebab dia seorang,kesannya terkena pada semua orang.Tak bertanggungjawab betul!"Alicia mengeluh perlahan.
"Bakar.Alicia,kita dah sampai"Ejen Karya berkata perlahan.
Mereka memakai topeng khas yang disediakan M.A.T.A.Mereka turun dari pesawat tu dengan berhati-hati.Serpihan kaca bertaburan disepanjang tanah yang mereka pijak.
Kawasan pulau itu kosong dipenuhi bangunan-bangunan usang yang ditumbuhi lumut.Udara disitu menyesakkan.Walaupun mereka sudah memakai topeng khas masih sahaja sukar untuk bernafas.Nampaknya,bahan-bahan dari makmal tersebut adalah bahan kimia yang kuat dan terlampau bahaya.
"Nampaknya,kita perlu berpecah sekarang."Ejen Dayang memberi mereka "Light Bomb" setiap seorang jika ada kecemasan,perlu bantuan atau dah jumpa Ali.
"Baling ni ke arah langit,Light Bomb ini sebagai isyarat jarak jauh.Jika ada jumpa apa-apa tanda yang 'masih segar' baling Light Bomb ni ke atas.Faham?"Arahan Ejen Dayang dibalas anggukan oleh mereka.
Mereka berpecah mengikut lokasi masing-masing.Menurut intel yang diterima semasa dalam pesawat tadi,Ali tidak pergi ke tempat lain setelah sampai ke pulau terbiar ni.
(Alicia's POV)
Alicia berdiri di hadapan sebuah bangunan yang tertulis 'Chemicals Laboratory'.Kemudian,
dia mengira jumlah tingkat bangunan tersebut."Only 4 floor..I'll see what's inside.If it's zero then i go to the building that combined next to this building.I need to check everything.I don't wanna go back with empty hand unless i find him."Alicia bermonolg perlahan.
Alicia melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan usang.Dia menghalakan pandangannya pada seluruh bentuk bangunan tersebut.
DUP!DAP!DUP!DAP!
Hanya bunyi tapak kasutnya yang kedengaran.Alicia tidak mendengar atau melihat apa-apa.Semuanya senyap.Sunyi.
Namun,ketika dia memusingkan badannya,bunyi kuat terhasil dari salah satu bilik dalam bangunan tersebut.KREK!QUAK!KREK!QUAK!
'Alicia,hati-hati.Hanya 50% hidupan yang mati.50% lagi mungkin masih hidup tetapi penuh dengan jangkitan.Kita kena hati-hati.'-DeLicia
"Baik."Alicia menggenggam erat blastique di tangan kanannya.
Alicia menaiki tangga secara perlahan-perlahan.Berbekalkan lampu suluh miliknya,dia menyuluh ke arah ruangan kosong pada tingkat 2 bangunan tersebut.
KREK!QUAK!KREK!QUAK!
Pasti,bunyi tu datangnya dari arah sana.
"De,bunyi haiwan?"Alicia bertanya sambil memerhati ruangan kosong yang gelap tersebut
'Mungkin haiwan.Kalau bukan haiwan,manusia.'-DeLicia.
Alicia menarik nafas panjang sebelum mengatur langkah ke arah ruangan gelap tersebut.
KLIK!KLIK!KLIK!
Alicia cuba menarik perhatian makhluk didalam ruang tersebut dengan mematikan dan menghidupkan lampu miliknya.Dia menggenggam erat blastique ditangannya.
DUP!DAP!DUP!DAP!
Ali!Dia berjalan dengan perlahan keluar dari bilik tersebut.Badannya terlihat jelas kesan calar,luka dan darah yang mengalir dari mulutnya.
'Itu Ali!Tapi bunyi tadi tu.."-DeLicia.
KREK!QUAK!
Senyap.Bunyi tadi hilang serta merta.
"To..tolongg.."Ali mengeluarkan suaranya walaupun perlahan.
Alicia menitiskan air mata melihat keadaan Ali begitu.Namun,dia masih belum boleh bergerak kerana telinganya menangkap bunyi lain semasa dia sedang melihat Ali.
Bunyi langkah seseorang.
DUP!DAP!DUP!DAP!
Alicia bersembunyi di bawah meja yang berada tepat dua meter di kanannya.Dia memerhati langkah kaki 'seseorang' menuju ke arah Ali.
"Ali,takde siapa pun yang mampu bantu kau kat sini.Walaupun diorang dah sampai sini,diorang tak mampu bantu kau.HAHAHAHA"Lelaki itu bergerak ke arah meja Alicia.
"Menyoroklah,panggil kawan-kawan kau yang lain,DeLicia.Mana De Si Pembunuh yang aku kenal dulu.Pergi lah,panggil mereka.HEHAHAHA"lelaki tersebut menghilang bersama Ali.
"Si..siapa dia?Ali..minta maaf kitorang sampai sangat lambat..hikss..maaf"Alicia menangis.
'Alicia,A dah semakin kuat.Aku tak rasa yang dia manusia.Dia Darkside Ali..dah jadi nyata.'-DeLicia
"Baiklah,tak kisah lah dia muncul dalam bentuk apa sekalipun!Aku tetap!Akan selamatkan Ali!"Alicia berlari keluar dari bangunan tersebut.
Dia melempar setingginya Light Bomb tersebut sebelum ianya meletup mengeluarkan cahaya kuning yang paling terang.
'Aku akan tamatkan riwayat kau A'-DeLicia/Alicia.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..Makanya,story ini bersambung lagi pada esok malam😹Selamat membaca HaraReaders❣😹Night🥺🌚Comment,Vote and share😆🤪
YOU ARE READING
{COMPLETED}Darkside vs Darkside
Fanfiction"Aku dan kau...KaU dan AkU"Ujar Ali. "Tolong sedar Ali!"Jerit Alicia. "Tak guna kau tolong budak ni lagi.Aku dah dapat dia sepenuhnya AHAHAHA" Baik vs Jahat tapi 'mereka' sama iaitu DARKSIDE! Dont forget to vote amd comment.💖Hopefully my second s...