Stay with me Icha(1)..

735 40 4
                                    

2 weeks passed...

   Alicia bersandar didinding bilik latihan tersebut sambil melihat skor latihannya tadi.Dia hilang fokus secara mendadak..

   "80% je..hm..perkara yang berlaku pada Ali,berlaku pada aku.Heh..some kinda Deja Vu isn't it?"Alicia berkata perlahan.

  'Maybe it's a Deja Vu but in opposite way'-DeLicia

  "Posisi aku tadi..sebijik macam waktu aku nak dia pengsan haritu..and now dia dah pengsan..why am i waiting for him to wake up?..hiks"Alicia menangis lagi.

   Sungguh,dia benci melihat Ali dalam keadaan terluka.Kalau diikutkan hatinya,dia mahu membunuh sesiapa sahaja yang menganggu Ali.Tapi,kalini lawannya bukan secara fizikal tetapi mental..mental yang tak terkawal dan sakit menciptakan sesuatu yang bahaya.

  'Just pray the best for Ali.Soon,he will save..but i hope he will stay alive'-DeLicia

   "Mak..maksud kau?"Alicia terkejut.

   'Kau dah lupa apa yang A cakap haritu?'-DeLicia

   Alicia memejamkan matanya, cuba mengimbas kembali memorinya..

   "Kuasa dia dapat ditampung semputna dengan badan milik Ali"Perlahan Alicia menggumam.

   'Kita kena usaha,Ali kan super ejen!kita kena selamatkan super ejen!'-DeLicia

    "Bila tiba masanya,kita akan selamatkan semuanya!"Alicia perlahan-lahan bangun untuk menyambung latihan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

  Ali merenung makanan ditepinya serta bilik putih tersebut.

  "Bilik M.A.T.A..Aku fikir aku dah mati..kenapa korang selamatkan aku?"Ali bermonolog sendirian.

  Bilik putih yang luas itu khas untuk ejen yang 'sakit' seperti Ali.Semuanya berwarna putih kecuali makanan.

  "Mata..sakit"Ali menggosok perlahan matanya.Dia sudah kurang bercakap membuatkan skill bertuturnya menurun juga daya ingatannya.

Kriuk!

  "Ali!Makanlah,aku tahu kau lapar!Makan..ye Alii..hiks"Alicia terkilan melihat keadaan Ali.

  Ali hanya mengangguk dari dalam bilik.Ejen-ejen muda lain dilarang masuk sama sekali kedalam bilik Ali untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

  Perlahan,bungkusan itu diangkat sebelum dia terlanggar sesuatu dari meja kecil itu.

PRAANGG!!

  Cermin itu terus berderai sebaik sahaja jatuh ke lantai.Ali hanya memandang pantulan dirinya yang terlihat dari serpihan kaca-kaca kecil itu.

'Ini..aku?'Ali menyentuh kedua pipi nya perlahan.
Sebelah matanya sudah gelap sepenuhnya manakala bahagian sebelah matanya masih normal.

'Dua..orang..tengok Ali..'Ali berkata dalam hati.

  Ali berniat ingin mengalihkan kaca-kaca tersebut namun ditegah oleh Alicia.

  Ali melihat Alicia dengan tatapan kosong.Siapa?soalan itu muncul dikepalanya.

  "Biar aku bersihkan,kau pergi makan.Dah lapar sangat tu.Pergi makan dulu okay?"Alicia bersuara selembut yang boleh terhadap Ali.

  "Kau..."Ali berpaling seketika.Dia merenung wajah mulus Alicia sebelum menyambung bicara.

  "Siapa?..."Ali bertanya.Wajahnya kosong.Tidak menggambarkan apa-apa perasaan.

  Alicia terkilan,terduduk dan menahan airmatanya sebelum dia keluar dari bilik itu.

  "JANGAN LUPA MAKAN!"Alicia mengingatkan Ali sebelum bilik dan ruangan luar kembali sunyi.

  Ali membuka bungkusan makanan yang dibeli oleh Alicia.Namun,Ali sudah mula melupakan orang disekelilingnya secara perlahan.

'Makanan ni...'Otak Ali mengimbas semula saat waktu pertama kali dia 'tersilap' mengambil bungkusan makanan yang bukan miliknya.

  Kemudian,otaknya memainkan semula rakaman ketika dia pertama kali berjumpa dengan Alicia di M.A.T.A.

'Perempuan tadi...'Ali perlahan-lahan menyuap makanan kedalam mulutnya sambil cuba menghadam semua peristiwa yang bermain di mindanya tika ini.

  "Kalau aku tak ambil bungkusan tu,mesti aku tak jadi macamni.Mesti aku akan jadi murid biasa yang tak perlu melibatkan diri dengan semua ni.Tapi,semuanya dah lambat"Usai berkata begitu,dia fokus pula untuk menghabiskan makanannya.

  'Jadi,nama dia Alicia?Maaf..sebab..tak ingat kau'Ali melepaskan nafas berat.

   Ali tersenyum seketika..

   'Mungkin tak perlu..heheheh'

   Kini,kedua bola matanya sudah berubah hitam.

   "Aku harap Alicia..mampu bantu aku"
Ali menghabiskan makanan dan minumannya sebelum kembali merebahkan badannya ke atas katil.

.
.
.
.
.
.
.
         "STAY"
.
.
.
.
.
.
.

Author dah draft part ni dari dua hari lepas.So,Enjoy HaraReaders!♡💜

 

 




  

{COMPLETED}Darkside vs DarksideWhere stories live. Discover now