PROLOG

116 29 22
                                    

- Cintai aku dengan ikhlas maka aku juga akan mencintai kamu dengan sesungguhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Cintai aku dengan ikhlas maka aku juga akan mencintai kamu dengan sesungguhnya.

     "SAYANG!" jerit satu suara dari belakang. Terhinjut bahu wanita itu akibat sergahan yang tidak dijangka dari suaminya. Wajah ayunya automatik bertukar menjadi hodoh kerana terkejut.

Melihat wajah isterinya yang berubah itu membuatkan dia geli hati. Tanpa dapat ditahan dia melepaskan tawanya. Erin Mikayla mula menarik muncungnya.

Terkejut tahu tak? Kalau dia ada penyakit jantung macam mana? Mahunya kejung terus disini.

"Abang! Terkejut Erin tau!" marah Erin. Pinggang suami kesayangannya dicubit perlahan. Lelaki itu tersengih kecil.

"Sorry, sayang. Abang saja nak gurau, tak sangka pula sayang betul-betul terkejut dengan abang." ujar lelaki itu lalu tertawa ceria. Terserlah dua lesung pipit yang terbenam dalam di pipi lelaki itu.

"Tapi kan, buruk betul muka sayang masa terkejut tadi." usik lelaki itu lagi lalu kembali melepaskan tawanya. Erin memukul perlahan lengan sasa suaminya.

"Eyy, abang ni! Tak nak kawan!" rajuk Erin Mikayla. Dia menyilangkan tangannya dan muncung comel terlakar di bibir munggil itu.

"Baby abang, marah ke?  Tak elok tau marah-marah. Nanti cepat tua. Tengok tu berkedut dah muka." ujar si lelaki itu lagi dalam nada usikkan. Erin hanya mendiamkan diri dan memekakkan telinganya dari mendengar setiap celoteh sang suami.

"Sayang marah abang ke?" soal lelaki itu apabila melihat isterinya tidak memberi sebarang tidak balas. Hanya diam dan merenung kehadapan.

Sang suami mengembungkan sebelah pipinya. Wajah comel juga ditayangkan kepada sang isteri manakala jari telunjuknya pula galak mencucuk-cucuk pipi gebu Erin Mikayla dengan harapan agar isterinya itu cair apabila melihatnya sebegitu. Namun hasilnya tetap sama. Isterinya tetap diam dan merenung.

Haa sudah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa nak buat ni? Tiba-tiba timbul dua tanduk di atas kepalanya. Dia tersenyum nakal.

Tanpa menunggu lelaki itu terus berpaling kebelakang menghadap ke arah pantai. Kedua tangannya dibawa lalu diletakkan di kiri dan kanan tepi bibirnya. Dia berdehem perlahan sebelum menjerit kuat.

"Tolong! Isteri saya dah jadi bisu!" jerit lelaki itu sekuat hati. Mata Erin terus membulat.

"Tolong! Sesiapa tolong la saya! Isteri saya tak boleh bercakap ni! Saya keseorangan tanpa bebelan isteri saya!" laungnya lagi. Mata-mata para pengunjung yang ada di situ mula melekat ke arahnya. Hairan dengan lelaki itu yang tiba-tiba saja menjerit lalu mengatakan isterinya sudah bisu. Namun ada juga yang tergelak perlahan melihat tingkah berani mati itu.

Erin menepuk dahinya perlahan. Inikah yang dinamakan attention seeker?

"Abang!" jerit Erin dengan geram. Dia mencerlungkan matanya ke arah lelaki itu namun sedikit pun lelaki itu tidak gentar. Bibirnya mula naik menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Erin merengus kasar.

Bidadara Untuk Aku | SUWhere stories live. Discover now