"SAYANG yakin nak pergi rumah mama?" soal Zarif sambil memandang wajah Erin yang sedang mengenakan mekapnya.
Erin mengangguk. Apalah sangat yang nak dirisaukan kalau setakat nak pergi rumah mak mertua.
"Abang cuma takut sayang sakit hati dengar mulut kawan-kawan mama. Sayang tahu kan mulut diorang macam mana?" soal Zarief dengan risau.
"Mulut orang, kita tak boleh tutup, abang. Alah, abang jangan risau. Apa yang diorang cakap tu takkan effect sikit pun dekat sayang. Abang rilek je okey?" ujar Erin dengan yakin. Dia melemparkan satu senyuman untuk menenangkan hati suaminya.
Tangannya mula mencapai berus lembut yang tersusun elok diatas meja solek kepunyaannya. Blusher diambil dan dioleskan di pipinya.
Zarif tersenyum kelat. Riak wajahnya kelihatan resah. Macam mana dia nak tenang? Majlis di rumah mama nanti sempena menyambut kandungan Zarina, kak longnya yang barusia tiga bulan.
Macam mana kalau nanti Erin sedih? Zarina yang baru berkahwin selama tiga tahun itu sudah pun mempunya dua orang anak. Dia dan Erin yang berkahwin hampir enam tahun, anak satu orang pun belum ada lagi.
Bukan niatnya mahu mempertikaikan namun, dia takut isterinya itu berkecil hati. Selama ini sudah cukup lama isterinya terasa, dia tidak mahu kejadian lama berulang lagi.
"Dah. Abang jangan fikir apa-apa lagi, okey? Apa yang orang cakap, abang tak payah ambil kesah. Mama pun tak ada bising tentang keadaan Erin, kan?"
Zarief mengeluh perlahan. Kalaulah Erin tahu.
***
KENING Erin berkerut sebaik sahaja kereta yang dibawa oleh suaminya tiba di depan pagar rumah ibu mertuanya.
"Abang, kenapa rumah ibu macam penuh? Dengan kanopi bagai?"
"Abang pun tak tahu. Mama ada buat makan-makan agaknya." ujar Zarief, terpaksa menipu demi menjaga hati isterinya. Erin menjungkit kening tanda mengerti. Seorang lelaki datang ke arah Zarief sebelum berjabat tangan dengannya.
"Lambat kau datang bro?" sapanya. Zarief tersenyum janggal.
"Ada hal sikit tadi." jawabnya memberi alasan.
Bisinglah Taqif ni.
Erin mengangkat mukanya. Lambat? Maknanya Zarief dah tahu acara apa yang mama buat harini. Tapi kenapa Zarief perlu menipu kepadanya?
"Aban.." Ayat Erin terhenti apabila melihat wajah cemberut mama di hadapan pintu rumah. Laju-laju Erin melangkah kesana. Tangan ibu mertuanya dicapai sebelum dicium tanda hormat.
"Kenapa lambat sangat sampai? Lama mama tunggu tahu?"
"Ada hal sikit tadi, mama." jawab Zarief, memberikan alasan yang sama seperti yang diberikan kepada Taufiq sebentar tadi.
"Alasan. Dah, masuk cepat! Orang dah mula makan, baru nak sampai. Baik tak payah datang langsung. Lambat? Lambat, konon! Padahal malas nak jumpa aku." bebel Puan Asyika, mama kepada Zarief.
Zarief menggaru belakang kepalanya. Senyum janggal diukir kepada pendengar-pendengar bebelan mamanya. Mama ni, lambat sikit pun nak bebel. Bebel kuat-kuat pula tu.
'Aku dah besar kot, 26 tahun. Tak payahlah bebel aku. Nak bebel pun, bebel je lah dalam hati, janganlah bebel kuat-kuat. Malulah aku.' desis hati Zarief.
Apabila matanya ternampak kelibat Datin Khairiah, ketua pembawa gosip dan dosa, laju-laju Zarief bergerak mencapai tangan isterinya.
Eh?
YOU ARE READING
Bidadara Untuk Aku | SU
Romance# 1 - Angel Series by BeautyAurora_ - Benarkah dia tercipta untukku? [Sinopsis] "Ceraikan dia." "No, I can't!" "Awak pilih, ceraikan dia atau saya yang akan pergi." Cinta? Tidak akan selamanya bahagia. Ini bukan yang dia harapkan. Mana janji-janji m...