- Benarkah dia tercipta untukku?
PAGI-PAGI lagi Zarief sudah bersiap untuk ke tempat kerjanya. Tali leher yang berada di atas meja solek dicapai. Laju kaki berjalan menuruni tangga. Isterinya yang sedang menyiapkan sarapan didekati.
"Sayang." panggil Zarief sambil merapikan rambutnya ke belakang menggunakan sebelah tangan manakala tangannya yang satu lagi memegang erat tali leher yang berwarna merah berbelang putih itu.
"Kenapa, abang?" soal Erin lalu memandang wajah kacak suaminya. Zarief mengangkat tinggi tali leher kepunyaannya itu. Erin menggangguk perlahan tanda mengerti.
Suaminya dihampiri sebelum dia memakaikan tali leher itu dengan teliti. Terjengket kakinya akibat perbezaan ketinggian mereka. Erin merengus perlahan.
Leher suaminya ditarik agar dekat dengannya. Terbongkok tubuh Zarief dibuatnya. Zarief tegelak kecil. Erin hanya membalas dengan jelingan.
Comel betul ada isteri yang pendek ni.
Zarief tersengih kecil. Wajah cemberut Erin semasa mengikat tali leher, dipandang tanpa jemu. Satu persatu ditilik oleh Zarief. Bermula dari mata hazel itu, turun ke hidung isterinya yang sedikit mancung.
Kemudian ditatapnya pipi berisi yang jelas kelihatan jalur kemerahan kerana kulit isterinya yang putih gebu sebelum mata Zarief jatuh melihat belahan bibir merah ranum yang seakan-akan memanggilnya.
Zarief mengetap bibir. Tanpa dapat ditahan, bibir munggil isterinya dicium sekilas dengan geram. Terundur Erin kebelakang akibat ciuman yang tidak disangka itu.
"Abang!"
Zarief tergelak kecil sebelum dia menggomol wajah isterinya. Erin menggeliat kegelian.
"Stop it!" jerit Erin. Wajah suaminya ditolak agar menjauh. Zarief tertawa kuat. Tubuh munggil isterinya dipeluk erat dari depan. Dia membongkok sedikit sebelum hidungnya digesel diceruk leher wanita itu.
Erin hanya menayang wajah redha. Sudah biasa dengan perangai manja suaminya ini. Rambut belakang kepala lelaki itu diramas lembut. Zarief makin terleka.
Wangian yang terhasil dari tubuh isterinya benar-benar dapat menenangkan hatinya yang galau. Sisi kepala isterinya dicium sekilas sebelum dia mengetatkan pelukan.
"Abang, dah la. Nanti abang lambat nak pergi. Abang kan ada meeting hari ni?" ujar Erin namun tangannya masih belum berhenti dari membelai rambut sang suami. Zarief merengus perlahan tanda dia tidak mahu dikacau.
Leher isterinya dihidu dengan penuh ketenangan. Bertaut tangannya mengunci pinggang Erin di dalam pelukan. Melihat suaminya yang masih tidak mahu berganjak, Erin terus menepuk lengan Zarief dengan kuat. Zarief tersentak. Sekali lagi dia merengus kasar.
"Sudah! Jangan mengada. Meeting tu sejam saja kan? Kemudian abang bertapa la disitu dulu. Lunch nanti abang balik la. Itu pun susah." bebel Erin sambil merungkaikan pelukan.
YOU ARE READING
Bidadara Untuk Aku | SU
Romance# 1 - Angel Series by BeautyAurora_ - Benarkah dia tercipta untukku? [Sinopsis] "Ceraikan dia." "No, I can't!" "Awak pilih, ceraikan dia atau saya yang akan pergi." Cinta? Tidak akan selamanya bahagia. Ini bukan yang dia harapkan. Mana janji-janji m...