CTY 5

124 8 0
                                    

Sakit hati Aydeen melihat pasangan yang baru sahaja tiba di restoran itu. Ingatkan Aura hanya datang seorang diri rupanya dibawa kawannya itu. Dia tidak pernah menghalangi wanita itu berkawan dengan lelaki itu kerana mereka berdua berkawan sejak dari kecil lagi. Lagipun Aura tidak mempunyai kawan yang lain.

" Sorang je ke ? " sapa Aura.

" Ha'ah "

" Tak nak jemput duduk ke? " soal Ammar.

" Duduk lah "

" So apa tujuan awak nak berjumpa ni? " soal Aura. Dia sebenarnya sudah malas mahu berjumpa dengan lelaki ini. Tapi kerana paksaan lelaki ini mahu bercerita hal yang sebenar terpaksalah dia pergi juga.

" Hm Ammar boleh tak kau bagi kitaorang berdua berbincang . I mean kau duduk dekat meja lain ? " soal Aydeen. Ammar memandang Aura . Aura hanya mengangguk sedikit kepala menandakan dia membenarkan lelaki itu duduk dimeja lain.

" Apa lagi yang awak mahu ? "

" Abang tak nak Aura salah faham . Malam kejadian tu Abang tak tahu apa-apa . Memang malam tu abang ada dekat hotel tu makan dekat situ. Lepas abang makan tu abang rasa pening sangat sampai abang kan abang tak sedar apa apa. Bila abang dah sedar, ada seorang perempuan dekat sebelah abang. Perempuan itu Halyn." ujar Aydeen. Dia harap Aura mempercayai cerita dia.

" Sumpah bukan abang buat. Please , percaya abang. Abang diperangkap . "

" Menda dah jadi abang. Abang nak Aura buat apa ? . Abang lupa ke darah tompok dekat katil tu . Abang tahu tak kemungkinan Halyn akan mengandung. "

" Aura tunggu abang . Abang dah buat keputusan . Kalau dalam masa 2 bulan ni Halyn tak mengandung . Abang janji abang akan ceraikan Halyn . Kita kahwin " pujuk Aydeen. Dia berharap sangat Aura setuju dengan keputusannya.

" No . Jangan sesekali ceraikan Halyn .Aura tak nak disebabkan Aura , Halyn sakit lagi . Biarlah dia bahagia dengan orang yang disuka. " Walaupun dalam hati masih sakit dengan adiknya tetapi dia taknak adiknya sakit. Biarlah adiknya bahagia dengan Aydeen.

" Dia bahagia tapi abang ? abang tak bahagia Aura. Abang langsung tak boleh terima perkahwinan tu. Abng tak boleh tengok dia . Abang jadi benci. "

" Move on abang . Aura dah boleh terima kenyataan yang abang bukan jodoh Aura . Terima kenyataan yang kita bukan berjodohan " tutur Aura. Dia ingin mengucapkan terima kasih dekat Ammar kerana Ammar lah dia berjaya move on dari Aydeen. Dia akan belajar lupakan lelaki dihadapannya ini.

" Secepat itu kah Aura berubah hati ? sampai hati Aura kan . Abang dekat sini masih sakit nak terima semua ini . Tapi Aura ? " Air mata lelakinya hampir jatuh. Begini ke sakit bila orang yang kita sayang mahu pergi dari hidup kita.

" Aura dah buat pilihan . Perkahwinan kita nanti akan bertukar pengantin lelaki . Aura akan kahwin dengan Ammar " . Ammar yang berada dibelakang terkejut mendengar apa yang terkeluar dari mulut Aura . Tak sangka akhirnya Aura memilih dia . Tak sia-sia dia tunggu selama ini.

Air mata lelaki Aydeen jatuh dengan lebat . Tak sangka dengan keputusan yang diambil oleh Aura .

" I will let you go . I hope that you always happy with he . Thank you for everything that you give . " ucap Aydeen . Dia tak sanggup melihat wanita yang dia sangat cintai di hadapannya ini.

" Terima kasih juga selama ni mewarnai hidup Aura . Lepaskan sahaja Aura , Aura udah relakan abang bersama dengan Halyn . Jaga Halym dengan baby tu baik-baik . Assalamualaikum " Aura membawa langkah keluar dari restoran itu.

Aydeen menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya . Air mata lelakinya lebat turun.

' Ya allah , dosa apakah yang aku lakukan setimpal pada kau sehingga kau memberi aku ujian sebegini .'

OG | CINTA YANG TERBIARWhere stories live. Discover now