Langkah dibawa bergerak masuk ke dalam rumah besar itu . Baru sahaja mahu memanjat tangga untuk masuk ke bilik , namanya dipanggil oleh ibu mertuanya .
" Halyn! "
" Ya ibu . Kenapa ni ? "
" Cuba try benda ni " Pregnancy test dihulurkan kepada Halyn . Halyn terkejut . Jantungnya berdegup kencang . Bagaimana kalau terbongkar rahsianya ?. Dia baru sahaja mahu simpan rahsia ini .
" Bu-buat apa ni ibu? " tanya Halyn dengan gagap.
" Aydeen cakap korang tak ada apa-apa apa . Ibu tak percaya kalau dalam perut Halyn tu masih tak ada isi . Cuba Halyn try dulu mana tahu garis merah tu bergaris dua "
" Ibu masih berharap ke ibu akan dapat cucu ? kan Aydeen dah cakap Aydeen dengan Halyn tak ada apa-apa " Ujar Aydeen yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
" Betul tu ibu . Tak ada apa-apa lah . Halyn naik dulu ya ibu . Halyn penat sikit ." Pinta Halyn .
" Eh eh Halyn nak pergi mana . Ibu tak percaya . Entah-entah korang tak pergi klinik tu . Macam ibu tak percaya kamu tu cakap je pergi tapi tak pergi . Kamu punya takut nak masuk klinik tu kalah budak! " Halyn hampir mahu tergelak besar mendengar kata-kata ibu mertuanya tapi ditahan . Aydeen menjeling sahaja melihat Halyn yang cuba mahu ketawa .
" Ibu ni suka sangat malukan Aydeen depan perempuan ni! "
" Betul la ibu cakap . Dah . Dah . Halyn cepat pergi test ." Bahu Halyn ditolak lembut . Semakin dekat Halyn dengan tandas semakin jantungnya berdebar seperti mahu tercabut . Dia tak nak keluarga mertuanya tahu akan kewujudan anak dalam perut dia .
" Sini kamu teman ibu menunggu " Tangan Aydeen ditarik melangkah kearah ruang tamu.
" Jangan berharap sangat ibu , sakit nanti . Percayalah cakap Aydeen ".
" Biarlah ibu sakit berharap dari ibu sakit ditipu. "
" Tak mungkin Halyn akan mengandung . Tadi pergi klinik pun dia cakap tak ada apa-apa ." Kata Aydeen sambil membaringkan badannya pada sofa .
" Kalau tak ada apa-apa tipulah takkanlah kamu minta ibu buat tomyam tadi " Mata menjeling memandang Aydeen yang buat endah tidak endah je . Geram betul dia dengan anak dia tu .
" Aydeen nak makan tomyam tu sebab Aydeen rasa hari ini Aydeen nak makan tomyam masakan ibu . Lama tak makan tomyam masakan ibu " Suara dibuat mengada sambil memeluk sisi tubuh ibunya itu .
" Eh selama ni tak adanya kamu nak makan tomyam tu . Ini namanya pembawakan budak ."
" Malaslah layan ibu ini."
" Ibu lagilah malas nak layan kamu . Baik ibu tengok Halyn tu buat apa dalam tandas yang lama sangat." Aydeen hanya memandang sahaja pemergian ibunya itu .
Halyn yang berada dalam tandas gugup mahu keluar dari tandas . Pregnancy Test yang berjalur dua merah dipandang . Macam mana mahu larikan diri .
" Halyn , lambat lagi ke ?" soal Cik Raiziya . Pintu tandas itu ketuk perlahan .
" Ya ibu . Dah siap ." Tombol pintu tandas dipulas . Kelibat ibu mertuanya yang menghulur tangan dipandang . Pregnancy perlahan dihulur . Wajah Cik Raiziya yang berseri-seri tersenyum dipandang . Sudah kantoi !
" Alhamdulillah.. . Betul firasat ibu. " Halyn hanya tersenyum . Tetiba tangannya ditarik perlahan oleh ibunya menuju kearah ruang tamu.
" Aydeen, tengok ni . Kan ibu dah cakap . Kamu bakal jadi ayah! " Pregnancy test dihulur kepada Aydeen . Aydeen terkejut memandang Pregnancy test itu . Jadi perempuan itu menipu dirinya ?
" Kenapa dengan muka itu ? macam tak best je nak jadi ay..... " Belum sempat Cik Raiziya menghabiskan ayatnya . Aydeen menarik pergelangan tangan Halyn dengan kasar menaiki tangga .
" Aydeen nak pergi mana tu? ibu tak habis cakap lagi! "
Pintu bilik ditutup dengan kasar . Aydeen memandang Halyn dengan wajah bengis . Halyn hanya menunduk memikirkan tentang ibu mertuanya itu . Kuat betul firasat orang tua tentang ibu mengandung . Habis kantoi rahsianya .
" Kau tipu aku ?! " suara Aydeen naik seoktaf .
Halyn hanya mendiamkan diri . Kepala ditundukkan memandang lantai . Dia tidak berani memandang wajah bengis Aydeen .
" Aku tak bercakap dengan dinding Halyn "
" Kalau saya bagitahu awak pun , bukan awa- " belum sempat Halyn mahu menghabiskan ayatnya Aydeen sudah memotong. Tangan naik mencengkan pipi Halyn dengan kasar.
" Dah berapa lama budak tu dalam perut kau ? " Soal Aydeen . Dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa perempuan itu mengandung . Dia menyangkakan perempuan itu tidak akan mengandung .
" 2 weeks "
" Aku nak kau gugurkan kandungan tu "
" WHAT ?! NO NO . Awak cakap awak akan bertanggungjawab kalau saya mengandung !" Muka merah padam memandang Aydeen .
" Kau tahu tak semak ?! Aku semak sial dengan semua terjadi . Disebabkan kau ! Hidup aku jadi huru-hara ! Kau buatlah macam mana pun supaya budak dalam perut kau tu mati !"
Halyn tak sangka lelaki didepannya sekarang ni perangai macam iblis . Sanggup menyuruhnya gugurkan kandungan dalam perutnya itu . Mana janji kata-kata lelaki itu yang akan bertanggungjawab dengan kandungannya jika dia mengandung .
" Kau sedar tak apa kau cakap ni . Budak dalam perut aku ni darah daging kau sendiri tau . "
" Apa yang susah sangat kau nak gugurkan anak dalam perut tu . Sekarang zaman teknologi canggih petik saja anak dalam perut kau tu dah tak ada !"
" AKU TAK AKAN GUGURKAN KANDUNGAN NI! "
Aydeen menolak kasar tubuh Halyn ke dinding . Aydeen mencengkam bahu Halyn dengan kuat . Halyn mengerutkan muka menahan sakit . Muka Aydeen berada di tepi telinga Halyn berbisik sesuatu .
" Okay fine . Kalau kau nak anak dalam perut kau itu , kau jagalah sendiri" .
BAM !
Terhinjut bahu Halyn mendengar hempasan pintu . Tangan meraup kasar muka .
' Maafkan mama sayang sebab hadirkan awak dalam hidup mama '
" Memandangkan semua ada dekat sini . Ibu ada berita baik "
Hanya Encik Lee dan Sara sahaja memandang Cik Raiziya dengan tanda tanya . Aydeen menjeling tajam ke arah Halyn yang menunduk memandang nasi .
" Halyn mengandung ! Bang kita bakal jadi nenek dan atuk ! "
" Alhamdulillah "
" Wait wait wait. Perempuan ni mengandung ?"
" Dia ada nama Sara . Kenapa kurang ajar sangat ni . Abah tak ajar anak abah cakap macam tu " tegur Encik Lee dengan nada kasar.
Sara menolak pinggan dengan kasar . Dia bangun memandang Halyn yang berada didepannya .
" ANAK HARAM !" Kata Sara dengan kasar berlalu pergi dari meja makan .
" SARA AISYA ! "
" Semua disebabkan kau dengan anak dalam perut tu !" Jari telunjuk Aydeen ditunding ke arah Halyn . Kepala Halyn ditolak perlahan sebelum pergi dari meja makan itu .
" Ya allah , apa nak jadi dengan anak-anak aku "
" Ibu Abah , Halyn naik atas dulu ya . Halyn tak ada selera nak makan " pinta Halyn sambil tersenyum kelat . Encik Lee memandang Cik Raiziya dengan pandangan sedih .
____________________________________
I nak edit sedikit dari part 1 baru i akan update next part k 🤭
YOU ARE READING
OG | CINTA YANG TERBIAR
RomanceOrang kata ada kembar ni best tapi tidak bagi Nureen Airahalyn. Baginya kembarnya Nureen Aurahelen itu seorang perampas. Dari kecil apa dia mahu, kembarnya turut mahu. Dia terlalu benci akan kembarnya itu sehingga sanggup mengadaikan maruahnya untu...