Halyn bersiap-siap turun kebawah . Yaya sudah sampai dihadapan rumah mertuanya itu. Ketika melintasi garaj kereta, dia memandang kereta Honda Civic berwarna merah milik suaminya itu ada. Dia bingung . Bukankah lelaki itu berkata dia ada hal tadi ?. Tapi mana dia eh kalau dia ada dekat rumah . Ah suka hati dia lah.
“ Hey beb !” Sapa Halyn kepada Yaya.
“ Bb , I miss you “ kata yaya yang mahu memeluk Halyn.
“ I miss you too alolo. “
“ Beb teman aku pergi rumah aku . Aku nak ambil barang aku lepastu kita lepak café . Dah lama dah tak jenguk café lepas kahwin ni”
“ Ye la orang tu kahwin mana nak ingat kita yang dekat café ni “ kata yaya dengan nada merajuk.
“ Ok la lepasni aku akan duduk dekat café tu 24 jam perhatikan anak buah apa “
“ Ni yang aku sayang kau ni . Beb, kau dengan family kau okey ? nak pergi rumah kau ni kan ada yang kena halau nanti.” Halyn hanya tersenyum mendengar soalan yaya. Mana mungkin mama dan papa nak mengaku dia sebagai anak dah . Dia dah conteng arang dekat mama dan papanya.
“ Be patient ok bb . Aku yakin diorang akan terima juga nanti “ pujuk yaya.
“ Aku salah . Aku dah khianat kakak aku sendiri . Sudah la suami pun benci . Keluarga mertua pun benci . Hm inikan family aku mesti dorang lagi benci dekat aku. Aku ni tak layak ke nak bahagia ? tak layak ke nak dapat kasih sayang dari orang yang aku sayang ? Aku pun nak rasa kasih sayang dari dorang . “ kata Halyn dengan sayu. Mata mula merasai basah . Dari dulu dia tidak pernah merasa kasih seorang ibu bapa . Mama dan papanya terlalu memberi perhatian kepada kembarnya itu . Apa kurangnya diri dia ? dia pun anak .
“ Beb , jangan la macamni . Aku kan ada . Kau kena kuat . Ni semua bukan salah kau , tetapi takdir yang telah menetapkannya. Semua tuhan dah tetapkan , dari jodoh hingga ajal , Cuma kita kena bersiap untuk hadapi ujian dan halangan yang akan dating .“ kata yaya . Dia kena lakukan sesuatu untuk menolong kawannya itu.
“ Hm”
“ its ok beb . Kau tenangkan diri kau dulu . Nanti apa apa hal kau just telefon aku . Kalau kau dah tak kuat nak hadap , datang dekat aku . Aku ada untuk mendengar semuanya.” Halyn berasa beruntung mempunyai kawan sebaik Yaya.
“ Assalamualaikum mama ."
“ mama”
“mama”
“ ya sabar “ suara menyahut dari dalam rumah besar itu kedengaran .
“ Ya siap………” Cik Hasmah terkejut dengan kedatangan Halyn . Dia ingatkan lepas majlis perkahwinan itu gadis itu tidak lagi memunculkan diri.
“ Ma “ Halyn menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Cik Hasmah tetapi tidak disambut oleh Cik Hasmah .
“ Buat apa lagi kamu datang kesini ? “ Halyn terasa dengan soalan mamanya itu . Takkan nak datang rumah sendiri pun tak boleh.
“ Halyn datang nak ambil barang Halyn “ Kata Halyn . Kalau sebelum ini dia membahasakan diri dia ‘ adik ‘ tetapi dia tak tahu kenapa tidak terkeluar panggilan itu dari mulut . Dia berlalu pergi masuk ke dalam rumah .
“ Dah ambil semua barang kau dekat atas ? kalau boleh dalam bilik tu nanti takde langsung barang kau .” kata Cik Hasmah seraya memandang Halyn turun dari tingkat atas.
“ Sampai hati mama kan kata macamtu dekat Halyn . Apa salah Halyn sampai mama nak halau Halyn ? “ tanya Halyn dalam nada yang hampir nak menangis.
“ Kau dah lupa ke apa yang kau buat dekat kakak kau ? Kau dah lupa ?! Kau malukan keluarga kau dengan perbuatan terkutuk kau tu ! “ Herdik Cik Hasmah . Dia tak boleh hilang sabar dah . Kalau boleh dekat situ nak bocorkan rahsia .
Yaya yang berada di dalam kereta mula merasa tidak sedap hati melihat ibu dan anak bercakap . Walaupun dia tidak dengar tapi dari riak wajah Halyn yang menangis dan Cik Hasmah muka merah menahan marah.
“ Ya Halyn tak lupa! Halyn tak lupa yang Halyn rampas bakal suami kakak !. Selama ni apa yang Halyn nak , semua kakak nak . Sampaikan Aydeen pun dia nak !. “ Kata Halyn dengan geram .
Cik Hasmah hanya mendiamkan diri . Dia tahu selama ini dia hanya memanjakan Aura sahaja . Dia langsung tak boleh dengan budak dihadapannya sekarang ini . Baginya walaupun muka Halyn mengikut wajah suaminya tetapi perangai yang dalam diri Halyn sama seperti seseorang.
“ Kau pergi balik . Aku tak nak tengok muka kau “ halau Cik Hasmah .
“ Taknak ! Selagi Halyn tak tahu kenapa mama buat Halyn macamni selama ini selagi tu Halyn takkan beranjak dari sini “ kata Halyn dengan tegas .
“ Pergi balik aku kata !”
“ Halyn ni bukan anak mama ke ?” Mustahil aku bukan anak mama . Nama aku dengan Aura seakan sama seolah kami kembar . Nama ayah pun sama . Mana mungkin aku bukan anak mama.
“ Hasmah !” panggil Encik Nukail .
Halyn memandang papanya . Muka papanya kelihatan merah sedang menahan amarah.
Encik Nukail berharap isterinya itu tidak membuka rahsia besar yang selama ini dia dengan isterinya pegang.
“ Papa “
“Halyn pergi balik ya sayang . Nanti papa uruskan mama . Balik ya sayang “ pujuk Encik Nukail sambil mengesat air mata di pipi Halyn. Halyn hanya mengangguk .
Yaya yang berada didalam kereta melihat ada dua buah kereta datang dari arah hadapan . Sebuah kereta memasuki halaman rumah itu . Sebuah lagi hanya memarking kereta di hadapan rumah itu . Yang dia tahu kereta yang hanya memarking di hadapan rumah itu ialah Aydeen .
Halyn memandang kereta yang baru sahaja masuk ke halaman rumah itu . Halyn memandang kakaknya keluar dari kereta .“ Kakak “ Halyn memanggil kakaknya itu . Tapi kakaknya tidak melayan . Aura berhenti disebelah Halyn . Hatinya masih sakit melihat adiknya itu . Dia tak sangka adiknya itu sanggup memkhianati dia .
“ Kau nak apa ?” tanya Aura .
“ Adik nak minta maaf . Adik tahu ni semua salah adik . Maafkan adik ,kakak .”
“ Pergi balik dik . Aku tak sanggup nak tengok muka kau “ kata Aura lalu berlalu pergi meninggalkan Halyn disitu .
“ Kakak…” panggil Halyn dengan sayu.
“ Please remind this word in your brain . What you give you will take back , Halyn “ kata Ammar lalu mengikut jejak Aura.

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | CINTA YANG TERBIAR
Storie d'amoreOrang kata ada kembar ni best tapi tidak bagi Nureen Airahalyn. Baginya kembarnya Nureen Aurahelen itu seorang perampas. Dari kecil apa dia mahu, kembarnya turut mahu. Dia terlalu benci akan kembarnya itu sehingga sanggup mengadaikan maruahnya untu...